ARAB SAUDI & EMIRIAH ARAB BERSATU SUMBANG DANA KEPADA UMNO?

Oleh : Jebat

Disebabkan ramai sangat yang nak tau siapakah penderma Timur Tengah yang sanggup memberikan dana kepada UMNO / Najib Razak sewaktu PRU13 yang lalu, disini ada beberapa negara yang kami rasakan terlibat dengan sumbangan berkenaan;

1. ARAB SAUDI - Sepertimana yang kita ketahui, negara kita mempunyai hubungan yang rapat dengan pemerintah negara tauhid berkenaan. Malah ketika persidangan UMNO yang terakhir sebelum PRU13 berlansung, kita dapati banyak imam-imam besar di Masjidil Haram dan Nabawi menziarahi Malaysia dalam rangka lawatan memperkuatkan hubungan diantara kedua buah negara. Selain itu, sepertimana gambar yang dispekulasi di internet, pertemuan diantara Najib Razak dengan Putera Turki bin Abdullah Al Saud (Biodata rujuk sini) juga boleh dijadikan jawapan kepada siapakah penyumbang 2.6 bilion ringgit tersebut.



2. UNITED ARAB EMIRATES - Umum tidak mengetahui bahawa negara berkenaan adalah negara yang terlibat secara tidak lansung dalam pembinaan Masjid di Bandar Malaysia yang diusahakan oleh 1MDB. Tak percaya? Rujuk disini : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysia-and-uae-sign-key-deals-to-enhance-ties

Masjid yang akan dibina di Bandar Malaysia sumbangan kerajaan UAE


Inilah antara 2 buah negara yang mungkin menjadi 'negara dana' dari 'Middle East' yang disebutkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kami percaya telah menyumbangkan dana kepada UMNO dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

Soalnya sekarang apa punca puak-puak Arab yang seaqidah dengan kita ini memberikan pertolongan kepada Najib Razak? Mengapakah mereka tidak menyasarkan dana kepada PAS, PKR atau DAP (Nauzubillah) Wallahu'alam. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.
Share:

DANA POLITIK UMNO DARI YAHUDI ?



1.Kecoh kini apabila SPRM mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun PM Najib Razak.

2.Pengesahan oleh SPRM ini telah menafikan fitnah yang dikeluarkan oleh Sarawak Report (SR) yang kemudiannya dipetik dan dijadikan sebagai bahan berita oleh Awani yang mendakwa dana tersebut adalah daripada wang 1MDB.

3.Menurut SPRM, wang yang diterima oleh PM itu ialah sumbangan pihak tertentu untuk kegunaan pilihan raya yang disalurkan atas kapasiti Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

4.Malangnya, pengesahan ini tidak difahami dalam konteks yang sebenar oleh sebahagian rakyat Malaysia kerana telah dipengaruhi persepsi negatif berkaitan syarikat 1MDB. Mereka lebih percaya terhadap fitnah yang dibuat oleh SR.

5.Tidak ada mana-mana parti politik yang ditubuhkan tanpa menerima sumbangan dana daripada mana-mana pihak.

6.UMNO misalnya, bermula sebagai parti Melayu yang menerima pelbagai bentuk sumbangan daripada ahli-ahlinya yang ketika itu terdesak dalam menuntut kemerdekaan negara. Terima kasih kepada nenek moyang kita.

7.Tanpa sumbangan-sumbangan ini, Tunku Abdul Rahman tidak mungkin dapat terbang ke London bertemu Queen Elizabeth dan kemungkinan besar juga, kemederkaan negara lebih lewat dicapai daripada yang sepatutnya (31 Ogos 1987).

8.Adakah UMNO sahaja yang menerima sumbangan dana ini? Sudah tentu tidak. Parti-parti politik lain juga turut menerima dana langsung dalam pelbagai bentuk, sama ada tunai atau aset-aset lain seperti premis bangunan, kenderaan dan sebagainya.

9.PAS misalnya, menerima sumbangan langsung daripada para penyokongnya melalui kutipan derma ketika ceramah-ceramah yang diadakan di seluruh negara. Wang kutipan derma itu akan disalurkan ke dalam akaun MTD dan Negeri masing-masing. Terdapat beberapa syarikat milik Melayu turut menyumbang dana kepada PAS di peringkat pusat, antaranya termasuklah sebuah syarikat terkenal yang beroperasi di Langkawi, Kedah.

10.Adakah ia menyalahi undang-undang? Sudah tentu juga tidak. Malaysia merupakan antara negara yang tidak mewajibkan parti-parti politik mendedahkan sumber dan jumlah dana yang diterima.

11.Pun begitu, dalam usaha melakukan transformasi politik, Najib Razak pernah mengusulkan supaya parti-parti politik bersikap telus dalam mendedahkan kekuatan kewangan masing-masing termasuk sumber dan jumlah dana yang diterima. Usul ini telah dibentangkan di Parlimen tetapi ditentang hebat oleh wakil-wakil pembangkang khususnya DAP.

13.Adakah pembangkang di Malaysia begitu bersih dan tidak pernah menerima dana asing?

14.Adalah diketahui, National Endownment for Democracy (NED) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat sejak berdekad-dekad yang lalu menyumbang dana secara langsung kepada beberapa entiti di Malaysia yang bekerja untuk pembangkang.

15.NED ialah agensi khas (bukan NGO) yang ditubuhkan dalam usaha Amerika Syarikat meluaskan sayap pengaruhnya di negara-negara dunia ketiga dan Islam amnya termasuk di Malaysia atas nama demokrasi.

16.NED ditubuhkan sebagai projek khas CIA yang menggunakan tiga kaedah dalam mempromosikan demokrasi versi mereka sendiri iaitu : a) Penyusupan masuk b) Sumbangan dana c) Peperangan.

17.Di bawah NED, terdapat tiga agensi khas lain ditubuhkan iaitu International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) dan Center for International Private Enterprise (CIPE). Ketiga-tiga agensi inilah yang menjadi nadi penggerak agenda NED termasuk di Malaysia.

18.Jika di Timur Tengah, kaedah peperangan menjadi pilihan sebelum menjalankan pilihan raya atas nama demokrasi, di Malaysia, langkah NED sebenarnya lebih mudah kerana demokrasi sudah dijalankan di sini sejak 1987.

19.NED menyumbang dana secara terus melalui IRI di mana Ketua Pembangkang (yang kini dipenjarakan atas kesalahan meliwat), Anwar Ibrahim, telah dilantik sebagai salah seorang panel lembaga pengarahnya.

20.Pada 22-23 April 2005, Presiden IRI, Lorne Craner, dalam satu ucapan di 6th Annual Conference, Center for Study of Islam & Democracy (CSID), di Marriot Wardman Park Hotel, Washington, memuji-muji Anwar Ibrahim sebagai hero baru dunia kini.

21.”Tonight, I am on the same platform as Anwar Ibrahim. The best part of being in my line of work is the people you get to meet, the heroes of our time. Anwar Ibrahim is a hero of our time,” – Lorne Craner.

22. Tidaklah aneh kepada Amerika untuk memuji mana-mana pemimpin yang disukai dan mengecam mana-mana pemimpin yang tidak disukai. Biasanya, yang dikecam akan berakhir dengan penyudah yang tragis seperti Saddam Hussein di Iraq suatu ketika dahulu.

BAGAIMANA IRI MEMPROMOSIKAN DEMOKRASI DI MALAYSIA?

23. Sekurang-kurangnya dua buah NGO politik diketahui mendapat dana daripada IRI iaitu Merdeka Center dan MAFREL. Kedua-dua NGO ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangkang di Malaysia. Merdeka Center ialah NGO yang menjalankan kajian berkaitan demokrasi di Malaysia manakala MAFREL dikenali sebagai pemantau pilihanraya.

24. MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) diketuai aktivis reformasi, Abd Malek Hussin dan dibantu oleh Syed Ibrahim Syed Noh, bekas pemimpin Jemaah Islah Malaysia (JIM) selaku Timbalannya.

25. Dalam satu berita bertajuk “MAFREL SEEKS RM5.7MIL GOVT FUND” yang dimuatnaik dalam laman web rasmi BERSIH 2.0 bertarikh 30 Nov 2007, Abd Malik Hussin mengakui MAFREL menerima dana daripada IRI, yang diakui kemudiannya oleh editor bahawa IRI menerima dana daripada kerajaan Amerika Syarikat.

26. Merdeka Center pula, selain mendapat dana langsung daripada IRI, ia turut mendapat dana daripada The Asia Foundation dan Fredrich Naumann Foundation (FNF) yang turut berperanan mempromosikan demokrasi khususnya di rantau Asia Pasifik.

BAHAGIAN PENTING - 2.6 BILION VS PROJEK DEMOKRASI YAHUDI

27. Berbanding Anwar dan pembangkang sendiri yang sentiasa berdolak dalih dalam menyatakan sumber kewangan mereka, Najib Razak dilihat lebih telus apabila menubuhkan task force untuk menyiasat dakwaan SR berhubung wang yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

28. Siasatan ini akhirnya membawa kepada pengesahan daripada SPRM bahawa wang tersebut ialah dana pilihan raya yang disumbangkan oleh penderma daripada Timur Tengah terus kepada Najib tanpa mendedahkan identi sebenar penderma tersebut.

29. Berbanding Anwar yang mendapat dana daripada Barat khususnya Amerika Syarikat, Najib menerima dana daripada Timur Tengah (dunia Arab) atas pelbagai faktor seperti hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan negara-negara Arab dan agama Islam sebagai tunjang negara ini yang dipelihara dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama.

30. Berbanding Anwar dan pembangkang yang menerima dana atas nama demokrasi, derma atau sumbangan yang diterima Najib Razak sebenarnya lebih bersifat kepercayaan, penghormatan dan penghargaan kepada kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi tersendiri (demokrasi berparlimen, Raja berperlembagaan) yang tidak diamalkan di negara-negara demokrasi yang lain.

31. Amalan demokrasi di Malaysia sehingga kini tidak meminggirkan Islam berbanding demokrasi Barat yang turut mempromosikan kebebasan mutlak seperti LGBT, pluralisme dan liberalisme akidah yang melampaui batas-batas Islam.

KESIMPULAN

32. Kesimpulan ini harus ditutup dengan persoalan berikut : Jika Anwar benar-benar hero di kaca mata dunia khususnya Barat sehingga diangkat sebagai tokoh pemimpin Islam era baru, kenapa penderma Timur Tengah tidak menyalurkan derma kepada beliau dan pembangkang yang ketika itu turut dianggotai PAS sebagai sebuah parti Islam, sebaliknya mereka memilih Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional? Dan kenapa NED memilih menjalin kerjasama dengan Anwar dan proksi-proksinya untuk menyalurkan dana atas nama demokrasi. Kenapa NED tidak memilih Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional?
Share:

ZAHRA ADALAH POPULASI MANUSIA GOLONGAN KEDUA - PENULIS



MANUSIA HEBAT DAN TIDAK HEBAT
Di mana stand saya dalam isu SayaZahra ini? Stand saya senang. Dalam dunia ni ada dua jenis manusia. Manusia yang perlukan tongkat untuk berjaya dan mengharapkan bantuan manusia. Serta golongan kedua, iaitu golongan hebat yang menjadi tiang sebuah peradaban. Sebab tu wujudnya subsidi dalam mana-mana kerajaan di dunia sekalipun. Sebab tu wujud macam-macam bantuan dan elauns yang ditawarkan oleh kerajaan.

Jadi, saya berangapan bahawa Zahra ini adalah populasi biasa manusia yang memang harus ada dalam sebuah peradaban. Kalau semua manusia hebat di dunia, tidak seimbang jadinya. ALLAH menciptakan manusia-manusia seperti Zahra kerana untuk dibimbing oleh manusia dalam kategori dua. Populasi Zahra adalah populasi manusia yang hari ini kita langsung tidak kenal siapakah mereka dalam sejarah. Mereka sekadar dikenali sebagai manusia.

Orang kedua pula jenis fighter dan mempunyai survival instinct yang sangat tinggi. Mereka mempunyai DNA seorang pemimpin dan pahlawan. Mereka dari golongan yang biasanya akan menempa sejarah dalam kehidupan mereka. Kalau dalam kalangan orang Melayu, mereka mewarisi dna seorang pelaut yang berhati cekal yang masih tersisa dalam diri mereka. Mereka mewarisi DNA bangsa yang membina tamadun walau apa sekali keadaan, sehinggakan 4 penjajah yang datang tidak mampu menundukkan 9 raja-raja bangsa ini.

Dan manusia yang mempertikaikan Zahra di alam maya ini adalah biasanya mereka yang memang dah melalui zaman sengsara dan zaman derita sebelum menjadi berjaya. Mereka sedar bahawa hendak hidup senang itu bukan senang. Mereka inilah yang kebanyakannya melabelkan Zahrah sebagai lembik dan seumpama dengannya. Mereka ini adalah orang yang sampai ratusan tahun pun, akan dibicarakan oleh populasi pertama yang dikenali hanya dengan nama manusia. Kategori pertama akan mengagumi orang dalam kategori kedua. Kategori pertama adalah orang akan membeli buku-buku tentang orang kedua lalu membayangkan kehidupan mereka seperti orang dalam kategori kedua.

Dua-dua golongan ini tidak salah. Saya anggap inilah simbiosis kehidupan. Kerana perbezaan dua manusia ini melihat dunia, maka jalan yang diambil mereka pun berbeza. Saya di mana? Saya berharap saya dalam golongan kedua sebab perjalanan hidup saya baru sahaja bermula. Saya tidak mahu merungut pada awal permulaan perjalanan hidup sebab bagi saya rungutan itu adalah petanda manusia yang lemah.

- Helmi Effendy -
Share:

NAJIB RAZAK SAMAN FITNAH TERHADAP WALL STREET JOURNAL, BERANI KERANA BENAR



Menurut sumber yang diperoleh, pasukan guaman Dato' Sri Najib telah mengeluarkan surat bertarikh 8 Julai 2015 kepada Wall Street Journal (WSJ) berhubung dua artikel berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia tersebut. Surat tersebut dikeluarkan oleh Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menamakan Lembaga Pengarah Dow Jones & Company, Inc sebagai penerima surat guaman tersebut.

Surat tersebut menyatakan bahawa artikel yang ditulis oleh Simon Clark dan Tm Wright di dalam WSJ yang bertajuk "Malaysia Leader's Account Probed" yang diterbitkan pada 2 Julai 2015 dan "Scandal In Malaysia" yang diterbitkan pada 6 Julai 2015. Menurut surat itu lagi, peguam Dato' Sri Najib telah diarahkan untuk mendapatkan kepastian daripada WSJ adakah pendirian mereka di dalam artikel tersebut yang menyatakan bahawa Dato' Sri Najib telah menerima hampir USD 700juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pihak peguam Dato' Sri Najib juga menyebut bahawa arahan tersebut adalah kerana penulis tidak pasti sumber wang tersebut dan apakah yang terjadi kepada wang tersebut pada akhirnya. Walhal, keseluruhan artikel tersebut telah menampakkan secara jelas bahawa wang hampir USD 700 juta telah diterima oleh Dato' Sri Najib yang dimiliki oleh 1MDB. Surat tersebut juga menyatakan bahawa dakwaan WSJ diambil serius dan tindakan undang-undang akan diambil.

Peguam Dato' Sri Najib juga meminta jawapan dalam masa 14 hari bermula pada tarikh surat tersebut dan memaklumkan sekiranya WSJ telah melantik peguam di Malaysia bagi mewakili syarikat dan juga penulis artikel tersebut.

Bagi mereka yang bertanyakan samada Dato' Sri Najib akan mengambil tindakan undang-undang atau tidak terhadap WSJ, inilah jawapan kepada persoalan tersebut. Kes ini akan dihadapkan ke mahkamah sekiranya WSJ menjawab bahawa dakwaan mereka bahawa Dato' Sri Najib menerima hampir USD 700 juta adalah benar-benar dimaksudkan oleh WSJ ataupun tidak.

Sudah tentu sekiranya WSJ menjawab bahawa dakwaan tersebut bukanlah maksud mereka, maka artikel tersebut akan ditarik balik dan kredibiliti WSJ akan tercalar. Pada masa yang sama, Dato' Sri Najib sudah tentu akan dapat membersihkan nama beliau sekaligus menolak segala persepsi buruk dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau selama ini. 


Sumber: KLXPRESS
Share:

500 ANAK YATIM DAPAT BAJU RAYA JAKEL DARI PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN


Rezeki Allah dikongsi bersama.. Beruntung anak-anak yatim, fakir miskin dan yang kurang berkemampuan ini semua bila ada pihak yang prihatin sumbangkan baju raya untuk mereka.

Bukan kedai biasa, baju raya dari Jakel tu.. Dapatlah mereka merasa kemeriahan dan kegembiraan berhari raya dengan baju baru sama seperti kanak-kanak lain..






Tahniah diucapkan kepada saudara Razlan Rafii (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan), seluruh warga Pemuda Wilayah dan juga boss besar mereka Tengku Adnan yang juga pengerusi perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Kerana menganjurkan program Jom Shopping Raya ini.

Biarlah apa tanggapan negatif orang ramai terhadap UMNO, tapi terbukti parti ini sentiasa mengambil berat kebajikan dan kesusahan yang ditanggung rakyat.
Usaha murni seperti ini patut dicontohi dan perlu diteruskan. Hanya Allah mampu membalasnya.

Secara konklusinya, kami berharap program sebegini dapat diteruskan oleh bakal- bakal pemimpin pemuda pada masa yang akan datang. Program sebeginilah yang membezakan kita dengan pihak pembangkang. Dikala pihak pembangkang sibuk berdemo, memfitnah dan memburukkan negara, UMNO sebagai parti tonggak orang Melayu terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat. - - KL CHRONICLE -

Share:

KLCC, KLIA, LRT DAN LAIN LAIN, RAKYAT MARHAEN DAPAT APA???



Rakyat Merhean bangga dengan KLCC, KLIA, LRT, Putrajaya & Lebuhraya yg di bina oleh negarawan ulung dunia - Tun Dr Mahathir. Kata mereka, dengan adanya semua ini maka rakyat Marhean lebih senang kehidupan mereka. Benarkah?

1. KLCC
Rakyat Marhean bangga dengan KLCC. Mereka pergi ke KLCC melihat keagungan pembinaannya. Depa mampu melihat sambil mandi kolam KLCC. Depa tak mampu membeli belah di KLCC. Sebaliknya, Kedai 1 Malaysia juga yg mereka cari.

2. KLIA.
Rakyat Marhean bangga dgn KLIA. Saya juga bangga. Mereke memuji Tun M. Depa hina DS Najib. Namun rakyat Marhean tetap guna Air Asia. Air Asia di KLIA2. KLIA2 binaan DS Najib juga yg mereka guna.

3. LRT
Rakyat Marhean bangga dgn LRT yg menghubungkan bandaraya KL. Tp rakyat Marhean nafi peranan yg bakal MRT lakukan. Malah keretapi laju juga akan siap terbina ke Utara dan Selatan. Rakyat Marhean nafikan.

4. Lebuhraya
Bangga rakyat Marhean dgn lebuh2 raya yg Tun M bina. Saya juga bangga. Namun lebuh2 raya itu bertol. Saya redha. Kini DS Najib bina lebuhraya Pan Borneo tanpa Tol. Rakyat Marhean tak puji pun. Walhal itu adalah titik tolak penbangunan di Sabah dan Sarawak.

5. Putrajaya.
Pembinaan putrajaya sgt baik dan strategik. Kementerian2 di Malaysia lebih sistematik dan terurus. Namun zaman Najib, memberi kemudahan kepada rakyat dgn pembinaan UTC. Segala urusan harian ada di situ. Rakyat dapat perkhidmatan selesa. Rakyat Marhean tak nampak. Mereka jarang pergi ke Putrajaya utk urusan. Tetapi mereka akan kerap ke bangunan UTC untuk sebarang urusan.
Pembinaan Putrajaya sangat strategik. Di zaman DS Najib, beliau mengimpikan pembinaan twin town iaitu Bandar Malaysia dan juga pusat perniagaan dunia TRX. Rakyat Marhean marah dgn 1MDB kerana mengusahakanny. Tetapi mereka tak marah dgn pembinaan Putrajaya. Walhal putrajaya dibina dgn hutang. Dan hingga kini Kerajaan terpaksa menyewa dari Perbadanan Putrajaya.
----
‪#‎kesimpulan‬
Rakyat Marhean tidak nampak kejayaan DS Najib dalam masa 6 tahun pemerintahan.
Mereka hanya nampak kejayaan Tun yg memerintah 22 tahun, itu pun muncul setelah 10 tahun pemerintahan Tun.

Sumber: Dr Aznil Hisham
Share:

FAKTA YANG TAK AKAN KELUAR DI PAGES PRO-TUN !


Tahukah Anda : TH Heavy Engineering
1- TH Heavy Engineering adalah salah satu anak syarikat kepada Lembaga Tabung Haji.
2- Baru-baru ini THHE telah membeli Plantar Minyak Terapung dari Rumunia Syarikat Rumunia mengalami beban hutang sebanyak RM 285 juta. Akibat itu, syarikat berkenaan terpaksa menjual Plantar Minyak Terapung ini utk membayar hutang. Harga maximum FPSO THHE ini adalah RM 195 juta.
3- JX Nippon pula menyewa FPSO ini dgn contract sehingga Nov 2023 sebanyak RM 1.47 billion (extended contract).
4- Maknanya, secara purata THHE boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM 130 juta setahun.
5- Tahukah anda bahawasanya Petronas tidak ada plantar seperti ini. Petronas terpaksa menyewa Plantar minyak.
6- Tak tahu apa yg mantan Petronas (Tun M) fikir masa tu. Tetapi yang penting, semasa Tun M menjadi pengerusi Petronas, Petronas membeli minyak dari plantar milik Petrofac-Sapura Kencana ( mase tu bos sapura kencana adalah Mokhzani Mahathir).
----
‪#‎Kesimpulan‬
1- Dari urus niaga ini sahaja THHE memperolehi pendapatan RM 140 juta setahun. Setakat nak beli tanah TRX RM 188.5 juta tu celah gigi. Tapi ada juga puak2 Totok ni takut LTH ni bangkrap. Sanggup pi keluarkan duit masuk tabung milo. Bingai.
2- Tak salah pun syarikat anak jual minyak pada syarikat di mana bapakny menjadi pengerusi. Masa tu tak de siapa yg pertikaikan. Tak de istilah "conflict of interest".
3- Tun tak kesah pun bantu anak dia utk berjaya. Tak pa org Melayu juga yg berjaya. Tetapi anak tiri Najib yg seorg banker HSBC gi buat studio Hollywood guna fund Middle Eastern Tun dah bising.
Moga Tun selamat pergi dan pulang dari Umrah.
Crdt to : Zulhafiz 'Pathfinder' Ramli - Dr Aznil Hisham
Share:

SULTAN JOHOR DAN GST SIAPA YANG TAK FAHAM ???


Oh! ‪#‎GST‬..
"GST adalah tidak masuk akal" - Sultan Johor
Ini tajuk beberapa portal yang diviralkan. Sah orang kita suka baca tajuk tanpa baca isi dan kenyataan penuh..

Dua tiga hari ni nampak ramai betul suka manipulasi atau dalam bahasa mudahnya putar belit kenyataan Tuanku Sultan Johor. Dari tajuk tu habis Sultan Johor pun diheret kononnya tuanku kritik GST secara keseluruhan.

Yang sebenarnya ramai tak baca kenyataan penuh tuanku seperti berikut:
1) Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

2) "Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan"

3) Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan GST ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat.

4) Pelaksanaan GST yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda .

5) Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam telah pun dibuat oleh kerajaan persekutuan sebelum sistem percukaian itu diluluskan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat juga.
Tak kurang juga ada yang gunakan kenyataan itu untuk kepentingan politik. Sedangkan kita semua tahu institusi Raja-raja Melayu tidak ada kaitan dengan politik.

Ok, berdasarkan kenyataan 5 perenggan Sultan Johor tu apa yang kita faham? Ke faham tajuk lepas tu sebar?

Kalau difahamkan tuanku Sultan meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor supaya mengkaji semula charge GST yang dikenakan mereka contohnya kalau yang bayar saman PBT, Renew lesen perniagaan, Lesen iklan dan sebagainya.

Ini bermaknya tuanku tidak bersetuju PBT yang dibawah kerajaan negeri Johor mengenakan GST untuk perkhidmatan berikut. Bukan bermakna tidak setuju dengan GST secara keseluruhan.

Tapi sedih orang kita ni suka baca tajuk dan sebar. Malas membaca mungkin.
Atau pun memang dah terbiasa sebar perkara yang belum pasti betul..

Apa pun secara peribadi saya sokong jika PBT di Johor mula kecualikan GST dalam perkhidmatan mereka bertepatan dengan permintaan tuanku Sultan.

Dan jika PBT Johor dapat buat, tak jadi perkara mustahil untuk PBT di negeri lain pun ikut sama terutamanya Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan..

- ENCIK ZAPA - AKTIVIS -

Sumber: FB (CLICK)

Share:

JAWAPAN KEPADA 10 SOALAN TUN M. ADA SOALAN LAGI?


Sepuluh persoalan yang masih menjadi tanda-tanya, namun ada jawapannya…

1. Siapa arah Sirul & Azilah bunuh Altantuya?

2. Siapakah Jho Low?

3. Mengapa Jho Low ada akses dan menguruskan dana 1MDB?

4. Kalau 1MDB untung, kenapa terpaksa berhutang untuk membayar faedah RM2 bilion?

5. Kenapa berhutang dengan Ananda?

6. Kenapa kerajaan bagi lagi RM1 bilion kepada 1MDB, walaupun setelah faedah RM2 bilion tersebut telah dibayar?

7. Kalau wang pelaburan di Cayman sudah dibawa balik, RM6 bilion diletak di Singapura, mana baki RM6 bilion lagi?

8. Kenapa diletak di Singapura dan tidak terus dibawab balik ke Malaysia?

9. Berapa harga kerajaan jual tanah kepada 1MDB (Razak Exchange)?

10. USD700 juta dibayar kepada Petro Saudi, kenapa?

 JAWAPAN KEPADA RAKYAT MARHAEN

Jawapan, semuanya berasaskan daripada maklumat yang boleh didapati secara umum:

1) Sirul telah berkata dengan jelas di mahkamah bahawa Azilah yang mengarahkannya dan memanggil beliau untuk terlibat dalam kejadian malam itu.

Selain itu, Azilah harus menjadi orang yang memberitahu kita siapa lagi mengarahkan beliau tetapi beliau tidak berkata apa-apa walaupun dia menghadapi hukuman mati sekarang.

Kedua-dua Sirul dan Azilah mempunyai masa lebih daripada 9 tahun untuk mendedahkan sesuatu tetapi telah memilih untuk tidak berkata apa-apa – walaupun dalam sesi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Dan Sirul yang selamat di Australia masih tidak berkata apa-apa walaupun didorong oleh PAS (“Hello? Hello?”) dan orang ramai.

Kedua-dua mereka mempunyai PELUANG LEBIH DARI MENCUKUPI untuk memberitahu kita siapa yang mengarahkan mereka beserta bukti tetapi tidak mengatakan apa-apa. Walau apa pun, kedua-duanya masih hidup dan selamat untuk mendedahkan apa yang mereka tahu. Tiada siapa yang menghalang mereka.

2 & 3) Jho Low masih muda dan gaya hidup beliau tidak boleh menjadi contoh yang baik tetapi beliau efektif (cara kerja) dan itulah sebabnya bekas Agong Tuanku Mizan ialah orang yang pada mulanya meminta untuk bantu baginda menubuhkan TIA (yang berkembang menjadi 1MDB.

Jika mempunyai soalan mengapa Jho Low terlibat, mungkin kita perlu mengadap Sultan Mizan Terengganu untuk mohon baginda mengesahkan mengapa?

Hubungan beliau di peringkat tertinggi di timur tengah telah terbukti sebelum 1MDB ditubuhkan lagi malah sebelum Najib menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Ini termasuk jualan pegangan milik KWSP dalam RHB yang sangat menguntungkan kepada Abu Dhabi Komersial Bank dan juga pembelian syarikat senarai awam – Loh & Loh Bhd dan Putrajaya Perdana Bhd – dengan wang timur tengah pada tahun 2008 dan juga pelaburan ke Iskandar Malaysia.

Malah selepas 1MDB, Jho Low terus mendapat kepercayaan dari dana dan syarikat-syarikat timur tengah dan malah nama terkenal seperti Sony dan kumpulan pelaburan terkenal Blackstone dalam menerajui pembelian kumpulan muzik EMI, Coastal Energy dan Reebok .

Pinjaman RM2 bilion memang SENTIASA patut dibayar daripada mana-mana dua sumber sama ada IPO atau langganan saham RM2 bilion oleh Tanjong dalam aset IPP (dan bukan dari sumber lain!) sebagai sebahagian daripada perjanjian asal bertarikh Mei 2012 apabila 1MDB membeli aset kuasa dari Tanjong milik Ananda.

Ini telah dinyatakan dengan jelas di halaman 170 laporan kewangan 1MDB secara umum ini untuk tahun 2014: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=16468034455384436)

1MDB telah menunjukkan keuntungan pada tahun-tahun yang lalu (ia kerugian dalam laporan kewangan FY2014) tetapi ini adalah keuntungan atas kertas. 1MDB hanya pernah mempunyai RM1 juta dalam dana tunai sebenar dari kerajaan dan selebihnya telah dipinjam untuk membina dan memperoleh aset.

Masalah utama 1MDB sekarang adalah bahawa ia mempunyai banyak aset TIDAK CAIR (non-liquid) untuk menampung hutang yang tinggi. 1MDB membuat komitmen untuk tidak lagi meminjam wang dan memerlukan RM1 bilion sebagai modal kerja dan untuk membayar balik pinjaman sementara ia terus meningkatkan nilai aset-aset tidak cair ini dan membuat wang (monetize) daripada aset-aset tidak cair supaya ia boleh membayar balik semua pinjaman.

Ini telah pun bermula dengan termeterainya perjanjian RM8 bilion dengan gergasi kewangan Australia, Lend Lease. RM1 bilion itu memberi 1MDB ruang yang tidak melibatkan diri dalam penjualan aset tergesa-gesa (fire sale) hanya untuk membayar balik pinjaman.

Penjualan aset tergesa-gesa kerana berada di bawah tekanan dan ‘kebuluran’ pembiayaan hanya akan membuat 1MDB dan Malaysia kehilangan lebih banyak wang. RM1 bilion ini bukan satu suntikan modal dan ia adalah garis kredit oleh kerajaan untuk menyediakan 1MDB ruang masa dan akan berterusan dibayar balik sementara 1MDB terus membuat wang daripada aset-asetnya.

7 & 8) Seperti pada halaman 93, Laporan Kewangan Beraudit 1MDB bagi tahun 2014 yang boleh diperolehi umum (http://goo.gl/g5DLbH), separuh daripada RM7.71 bilion (bukan RM6 bilion) wang telah digunakan untuk modal kerja, pembayaran hutang dan pembayaran balik faedah dan USD950 juta (kira-kira RM3.6 bilion) sebagai deposit yang boleh DIKEMBALIKAN SEMULA untuk membatalkan option Aabar (95% dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi).

Dan mengapa wang itu masih dalam bank Singapura?

Saya yakin bahawa pemberi pinjaman asing dan pemegang bon juga sangat gugup kerana publisiti negatif yang berterusan mengenai 1MDB dan mahu jaminan untuk pembayaran balik akan datang dan bertegas mahu wang berada di Singapura di mana mereka boleh melihatnya dan di luar bidang kuasa Malaysia, di mana ia boleh dibekukan jika terdapat perubahan dalam iklim politik – 1MDB perlu mengesahkan ini.

Hakikat bahawa bon 2023 1MDB walaupun dijamin oleh kerajaan Abu Dhabi dan diberi nilai A- oleh Standard & Poor’s adalah didagang seperti ‘Junk Bond’, bukti bahawa pemberi pinjaman gugup dan mahu jaminan atas pembayaran – dan anda tidak boleh menyalahkan mereka kerana laporan negatif tanpa henti dan serangan oleh kedua-dua pihak pembangkang dan pemimpin UMNO.http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-02-23/1mdb-trades-like-junk-as-investors-weigh-wind-down-asean-credit

9) 1MDB membeli 70 ekar daripada kerajaan untuk RM320 juta – yang merupakan kos nilai buku (book value cost) tanah pada buku kerajaan.

Bagaimanapun, tidak kira berapa harga kerajaan jual tanah TRX untuk 1MDB kerana 1MDB adalah 100% milik kerajaan juga. Sebagai contoh, jika satu syarikat yang memperolehi satu plot tanah kosong, dan kemudian membangunkannya, nilai tanah akan meningkat. Dan 1MDB telah membelanjakan wang yang banyak menempatkan semula dan membayar pampasan kepada penduduk asal tanah ini, merancang, membangun dan memasarkan tanah.

Pada tahun 2012, tanah ini dinilai semula sekali lagi, kepada RM1.78 bilion. Dilaporkan juga bahawa 1MDB telah mengambil alih tapak Bandar Malaysia dari kerajaan untuk kira-kira RM1 bilion, bersamaan RM46.40 sekaki persegi. Walau bagaimanapun, 1MDB juga menanggung kos memindahkan lapangan terbang tentera untuk RM2.7 bilion, yang menunjukkan bahawa jumlah kos bagi 495 ekar adalah RM3.7 bilion.

10) 1MDB TIDAK MEMBAYAR apa-apa wang kepada Jho Low. Usahasama dan seterusnya perjanjian pinjaman 1MDB adalah dengan PetroSaudi dan dengan itu pihak kaunter 1MDB adalah dengan PetroSaudi.

Ini bermakna 1MDB sepatutnya membayar wang itu kepada PetroSaudi. Di bawah perjanjian itu, ia adalah keputusan PetroSaudi untuk mengarahkan mana-mana pemindahan wang dari 1MDB ke dalam akaun bank pilihan mereka selagi PetroSaudi memberi pengesahan bertulis akaun mana untuk dipindahkan dan mereka mengesahkan bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas akaun-akaun ini.

Difahamkan bahawa PetroSaudi mempunyai perjanjian pengurusan dana dengan sebuah syarikat bersekutu Jho Low dan USD700 juta daripada dana dalam akaun bank Good Star Ltd yang dipindahkan kepada akaun milik 1MDB oleh PetroSaudi tetapi diuruskan oleh syarikat bersekutu Jho Low.

Siapa yang PetroSaudi minta untuk uruskan wang mereka adalah masalah mereka kerana ia adalah wang mereka.

Ingat bahawa PetroSaudi masih memiliki wang itu tetapi orang lain dibayar untuk menguruskan wang mereka dan membuat keuntungan untuk mereka.

Perlu diambil perhatian bahawa tidak pegawai kerajaan Malaysia dan bukan juga 1MDB yang mengarahkan bahawa wang ini dibayar kepada Good Star Ltd dan permintaan bertulis adalah dari pihak Arab Saudi.

Bukti dan maklumat lanjut mengenai susunan pengurusan dana PetroSaudi adalah di sini: http://tinyurl.com/lj2sb6n

Share:

TUN M TAK PERNAH BUAT SILAP MASA JADI PM? BETUL KE?



Entry dalam blog Tun hari adalah serangan terbaru beliau.
Tun berkata bahawa pada ketika zaman pemerintahan beliau, segala skandal beliau telah jelaskan. Dan beliau mengaku kesilapan dalam skandal kewangan tersebut.
Jom kita lihat.

1- 1 MDB vs Perwaja
Skandal Perwaja bermula sejak tahun 1986, apabila mencatatkan kerugian. Rakyat bertanya ttg pengurusan kewangan Perwaja. Hingga Anwar membuat laporan polis pada tahun 1999, barulah pada tahun 2002 Tun mengakui kesilapan beliau dalam pengurusan kewangan Perwaja.
16 tahun lamanya rakyat menunggu pengakuan dari Tun. Namun tetap tiada penjelasan sepanjang tempoh tersebut.
Kes Perwaja masuk Mahkamah. 2011 baru Tun cerita dalam buku memoir Tun. Jadi, apa salahnya Tun tunggu siasatan dari Audit?
---
2- Pembunuhan Altantuya vs Jalil Ibrahim.
Dua kes pembunuhan adalah serupa. Namun kes pembunuhan Jalil Ibrahim melibatkan skandal kewangan dunia.
Scandal BNF ini rumit. Namun pembunuh kepada Jalil Ibrahim iaitu Mak di ketahui. Ianya menjadi mesteri, siapa yg mengarah Mak membunuh Jalil? Apa motif pembunuhan? Hingga kini menjadi misteri. Rakyat bertanya Tun selaku PM ketika itu. Siapa yg arahkan Mak? Ada Tun jawab?
Tun bernasib baik. Zaman tu Mahpus masih pakai pempers lagi... Kalau tidak dah lama dia buat sidang konferense dgn Mak ataupun terbang pi Hong Kong .. Kongk*k panda kat sana sepertimana dia pi Ostolia k**gkek kanggaru.
Apapun tak de.. Balik Malaysia bawak telor ja.
---
Apa pun, segala skandal beliau ini di ceritakan dalam buku "A doctor in the House"
----
Kalaulah aku adalah DS Najib dan di tanya sebegitu oleh Tun.. Aku akan jawab
" Tun.. Tunggu saya pencen. Saya akan cerita semua itu dalam buku:
"Najib In The House: Memoirs Of Tun Najib Razak”.
Jangan ganggu tugas saya sebagaimana saya tidak ganggu tugas Tun dahulu yg penuh dgn skandal.

(^_^)

- Dr Aznil Hisham -


Share:

SALAHGUNA HAK KEBEBASAN BAKAL CETUS HURU HARA !!!


Lepas hangat isu Mariam Mokhtar menulis artikel berunsur hasutan dan sentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia, muncul pula gambar lukisan yang dikatakan dilukis oleh Vincent Leong.
Dan lukisan itu dipamerkan di Singapura..

Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni? Adakah sistem kita lemah sampai menyebabkan makin ramai dan banyak isu penghinaan yang semakin menjadi-jadi?

Siapa yang menjadi dalang kepada semua ni? Siapa yang sibuk memperjuangkan Hak Kebebasan dalam Malaysia?

Seperti Penulisan dari seorang Aktivis Media Sosial:

"Salahguna hak kebebasan bakal mengundang kekacauan"
Hak kebebasan? Bebas bermaksud kita boleh melakukan apa sahaja mengikut apa yang kita suka.. Mungkin itu adalah tafsiran kepada sesetengah pihak yang menggunakan alasan hak kebebasan untuk melakukan perkara-perkara yang secara lansung dan tidak lansung menyentuh sensitiviti Agama, Bangsa dan juga persasaan orang lain..

Baik, kita ambil contoh di negara kita Malaysia. Adakah negara kita tidak meraikan hak kebebasan? Semua orang tahu yang Malaysia adalah satu negara demokrasi berpalimen Raja Berpelembagaan. Dan rakyat punya hak untuk menyuarakan pandangan luahan, kritikan dan lain-lain seumpamanya..

Yang menjadi kerisauan kepada saya adalah, apabila hak kebebasan ini disalah tafsir dan disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mahupun mewakili pihak lain..

Bagi saya sendiri, saya menyokong rakyat Malaysia diberi hak bebebasan, tetapi biarlah bersederhana dan tidak keterlaluan sehingga ia digunakan untuk tujuan provokasi, penghinaan Agama, pertikaian isu-isu sensitif, melakukan fitnah dan apa sahaja yang melanggar undang-undang dan perlembagaan negara..

Saya tak nampak yang negara kita menyekat hak kebebasan untuk rakyat Malaysia. Banyak kritikan tidak kurang juga penghinaan yang dilakukan pengamal media sosial kepada pemimpin negara tidak kira pemimpin politik mahupun Raja-raja Melayu.

Berapa banyak pula penulisan blog, portal online, termasuk juga surat khabar milik pihak tertentu yang mengkritik secara terbuka tentang kerajaan? Saya tak nampak tindakan mereka dapat sekatan dan tekanan kecuali yang betul-betul berunsur Fitnah itu pun akan diambil tindakan mengikut saluran undang-undang.

Apa akan jadi jika semua hal kita sandarkan kepada alasan hak kebebasan? Bagai mana jika ada individu A kata nak tampar muka individu B dan dia guna alasan itu adalah hak kebebasan untuk dia? Bukankah ia akan mengundang kecelaruan?

Saya ambil contoh apa yang berlaku kepada saya sendiri selepas saya mewakili NGO buat satu laporan polis terhadap seorang penulis portal online yang bagi kami penulisan dia ada berunsur hasutan,menyentuh sensitivi, pertikaian melampau dan boleh melaga-lagakan rakyat Malaysia yang berbilang Agama dan Bangsa.

Sebagai rakyat Malaysia itu juga adalah hak saya untuk menyuarakan kerisauan dan ia dipanjangkan kepada pihak yang bertanggung jawap untuk mereka siasat. Bukan dengan cara melakukan tindakan sendiri meluahkan perasaan sehingga melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan orang lain.

Tetapi malangnya saya sudah mula diserang dan dilable sebagai 'Pembuli' kepada mereka yang memperjuangkan hak kebebasan. Itu adalah tidak tepat sama sekali..
Dalam artikel blog mereka juga ada muat naik gambar saya bersama Anggota Polis yang kononnya saya diberi layanan istimewa. Sedangkan itu bagi saya adalah perkara biasa. Adakah saya tiada hak untuk berkenalan,berbual dan bergambar dengan mereka? Kerana saya bukan seorang penjenayah dan jauh sekali melanggar undang-undang.

Kalau diberi peluang saya juga mahu selfie, duduk minum tea tarik dan makan karipap bersama ketua pembangkang Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim..

- ENCIK ZAPA (Aktivis Media Sosial) -
**Maaf kalau penulisan tak menarik, sebab saya bukan orang yang ada ilmu penulisan. Mungkin saya kena belajar dengan orang lama macam bekas sub editor surat khabar terkenal berbahasa English NST
Sumber: FB (CLICK)
Share:

MISTERI KUBUR ATAS JALAN DI SEKSYEN 10 SHAH ALAM


Beberapa Gambar yang dikirimkan kepada saya pagi tadi melalui WhatsApp. Tengok gambar pertama dah cukup misteri bila tiba-tiba ada kubur atas jalanraya. Baca apa yang tersirat dari gambar superimpose tu.. Info dari pengirim gambar ni dirakamkan di Seksyen 10 Shah Alam.








Jarak tak sampai 10minit untuk ke pejabat Menteri Besar Selangor. Mungkin MB tak pernah lalu jalan ni. Dan kalau lalu pun tak mungkin dia akan nampak sebab dia bukan lalu naik basikal pun.

Kalau dilihat dari lubang tu dah cukup bahaya bagi penunggang motorsikal. Mungkin tiada masalah bagi yang dah biasa lalu dah tentu mereka akan elak. Tapi macam mana dengan yang tak biasa?

Bila waktu hujan air bertakung, siapa tahu dekat situ ada lubang besar? Tayar pecah, rim bengkok boleh diganti lagi. Tapi kalau penunggang motosikal jatuh tergolek dan meninggal dekat situ Azmin Ali nak ganti dengan nyawa siapa?

Mereka akan guna alasan yang itu adalah lubang 'mainhole' tak boleh diturap dengan tar sebab nanti menyusahkan pihak yang nak menggunakan lubang tu. Tapi kalau terus dibiarkan macam tu tak menyusahkan orang lain? Nak tunggu ada kematian baru nak selesaikan masalah?

Bak kata orang "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jadi sepatutnya mereka yang sepatutnya dah fikirkan cara macam mana nak selesaikan masalah tu. Bukan bagi beribu alasan.

"Masa saya dekat situ tak sampai 10minit pun dah nampak ada beberapa motorsikal hampir terbabas sebab nak elak lubang" - Pengirim

"Ada juga pengunggang motor yang terlanggar lubang tu dan kemungkinan rim dia rosak. Mujur bukan nyawa yang melayang" - Pengirim

Jadi MB Selangor Azmin Ali bila nak berlakon jadi penurap jalan dekat Seksyen 10 tu?

Baca-> AKSI AZMIN ALI DAN LANDO TURAP JALAN DI SHAH ALAM ! (CLICK)
Share:

AKSI AZMIN ALI DAN LANDO TURAP JALAN DI SHAH ALAM !


Selangor amat beruntung kerana dapat seorang menteri besar yang amat prihatin kepada masalah rakyat. Terutamanya rakyat Shah Alam kerana MB anda bakal beraksi sebagai penurap jalan dikawasan anda.

Beritahu saja dimana lokasi jalan berlubang, dengan pantas Azmin Kowi akan sampai selesaikan masalah anda. Dalam masa yang sama anda juga perlu berdoa agar masih panjang umur untuk lihat aksi MB Kesayangan rakyat Selangor beraksi turap jalan. (Makan dalam)

Masalah jalan berlubang di Selangor ni bukan benda baru jadi semalam. Bila disoal mereka akan donggakkan kepala kata itu adalah jalan persekutuan kerajaan negeri taknak campur. Mungkin itu adalah jawapan yang paling tepat untuk sebuah kerajaan yang 'Mempedulikan Rakyat'

Jalan berlubang bunyinya macam perkara remeh je. Tak macam kisah banjir,tanah runtuh atau bencana alam yang lain. Tapi itu cukup untuk jadi risiko kemalangan malah kematian.
Adakah Azmin Ali rela tengok berita kematian kerana kemalangan yang berpunca dari jalan berlubang?


Laporan berita dibawah dipetik dari Sinar Harian.19 Januari 2015.

Tak sanggup lagi lalu lopak maut

SHAH ALAM - "Saya terpaksa 'terbang' tiap kali nak elak lubang-lubang di sini." Itu antara reaksi pengguna jalan raya di Seksyen 15 di sini.

Seorang pekerja swasta, Mohd Farizwan Hassan, 18, berkata, selain risaukan keselamatan diri, dia terpaksa berdepan masalah tayar pancit yang kerap setiap kali terlanggar lopak.

“Nyawa kami ibarat di hujung tanduk, bajet pun tak cukup sebab selalu kena baiki motosikal,” katanya,

Reaksi sama turut dilahirkan seorang pemandu teksi, Omar Hussin, 60.

Pengalamannya melalui jalan di sepanjang Seksyen 15 memang menyukarkan malah terpaksa keluar duit lebih untuk baiki kenderaan.

“Bayangkan rezeki tak banyak mana, terpaksa pula bayar kos selenggara teksi. Pihak berkuasa tempatan kena segara baiki jalan, takkanlah nak tunggu ada kematian baru nak bertindak,” katanya.

Seorang pemandu lori, Mohd Asfan Azman, 35, berkata, dia yang kerap melalui jalan itu terpaksa mengelak berpuluh lubang untuk memastikan barangan dibawa tidak rosak.

“Bila terpaksa bawa dalam keadaan macam tu, boleh bahayakan orang lain juga. Tapi saya tak ada pilihan.

“Lori yang saya bawa lori syarikat, kalau selalu nak kena baiki melibatkan kos yang banyak juga. Saya harap sangatlah masalah jalan berlopak ni dibaiki segera,” katanya.

Baca - AZMIN ALI BERPERANG (CLICK)
Baca - AZMIN ALI MENZALIMI RAKYAT SELANGOR (CLICK)
Share:

HALANG PROJEK KERAJAAN PUSAT AZMIN ALI MENZALIMI RAKYAT !!!


Dalam pembentangan bajet 2015 bagi negeri Selangor pada 24 November tahun lepas Azmin Ali atau juga dikenali sebagai Azmin Jokowi Tak Menjadi telah memperkenalkan tema "Pebangunan Berkualiti Rakyat diPeduli"

Belanjawan Selangor bagi tahun 2015 merupakan satu belanjawan defisit dan terbesar sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ini kerana, anggaran perbelanjaan negeri pada tahun depan berjumlah RM2.42 bilion untuk melaksanakan rancangan pembangunan sementara kutipan hasil negeri itu dianggarkan berjumlah RM1.97 bilion.
Jumlah defisit ialah sebanyak RM450 juta.  

 
Baik... kita tinggalkan seketika soal bajet berlebihan yang diumumkan Azmin Kowi Tak Jadi. Sekarang kita cerita tentang kesungguhan kerajaan negeri dalam menunaikan janji mereka kepada rakyat. Yang kononnya
"Pebangunan Berkualiti Rakyat diPeduli".

Berdasarkan sidang media Datuk Seri Noh Omar semalam mengatakan ada dua projek besar kerajaan pusat untuk rakyat Selangor tidak mendapat kerjasama baik dari kerajaan negeri.

1. Pembinaan kampus UniKL, Malaysian Institute Aviation Technology (MIAT) projek ni projek Mara. Ini merupakan satu projek MARA bernilai RM120 juta tetapi kerajaan negeri minta peruntukan tambahan RM70 juta selain bayar premium yang tinggi bagi kawasan tak sebesar mana pun. Ini membantutkan hasrat mahu melihat anak-anak negeri ini ada pusat latihan penerbangan

2. Pembinaan bangunan tambahan Maktab PDRM di Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor.
Projek ini sudah siap sepenuhnya tetapi tidak diberikan sijil layak menduduki (CF) oleh kerajaan negeri. Bangunan itu sudah siap pada 1 Mei lalu pada kos RM53 juta tetapi tidak dapat diduduki kerana tidak ada CF.

Malah kerajaan negeri mensyaratkan kos tambahan untuk tanggung kos buat jambatan di kawasan terletak kira-kira satu kilometer daripada kawasan pembinaan dan tidak ada kena mengena pun.



Selain dari membuktikan yang anda (Azmin Ali) hebat dalam lakonan korek longkang, masuk tong sampah, masuk longkang, jadi petani dan terbaru jadi tukang cuci.

Azmin juga mesti buktikan yang anda betul-betul 'Mempedulikan Rakyat' . Selesaikan dan permudahkan semua projek yang akhirnya akan memberi manfaat kepada seluruh Rakyat Selangor.
Berhenti dari menyulitkan bantuan kerajaan Pusat kepada negeri Selangor.

Dahulukan rakyat dari kepentingan politik sendiri dan poket kroni-kroni PKR.
Share:

AZMIN ALI BERPERANG !



Azmin Ali menteri besar yang paling pandai dalam sejarah demokrasi kerajaan negeri Selangor? Satu persoalan yang bermain difikiran saya yang juga seorang anak jati Selangor.

Impian Azmin untuk merampas takhta pemerintahan negeri Selangor sudah dapat dihidu sejak kemenangan PR dalam PRU13 lagi. Penggal ke dua selepas mereka berjaya menawan Selangor pada PRU12 tahun 2008.

Pasca PRU13 bermulalah seribu satu drama perang politik dalaman PKR terutamanya di Selangor. Antara tersurat dan tersirat. Tetapi bagi pemerhati politik mereka tahu dan sedar ada pergolakan dalaman di Selangor. Tidak dapat disorok lagi.




Dalam perperangan hebat antara kem Azmin, Khalid Ibrahim dan Wan Azizah siapa untung siapa rugi? Sudah tentunya yang menjadi mangsa kerakusan PKR adalah rakyat Selangor itu sendiri. Banyak perkara yang ketinggalan dek kerana sibuk berpolitik sesama sendiri melebihi kepentingan rakyat Selangor.

Soalan saya adakah perperangan ini terhenti apabila Selangor diterajui oleh menteri besar baru? Selepas Azmin mencipta musuh politik dalaman yang tidak mustahil sedang merangka strategi 'Balas Dendam' selepas apa yang Azmin telah lakukan kepada mereka. Tiada yang mustahil dalam politik. Dan rakyat Selangor seharusnya buka minda seluasnya.

Hari ini 13 Januari 2015 Datuk Seri Noh Omar pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor memberi tahu kepada media fakta-fakta angka tentang peruntukan Kerajaan Pusat yang disalurkan kepada kerajaan Negeri walaupun semua maklum Selangor bukanlah negeri dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.



Ini bukan gula-gula tapi inilah tanggungjawap dari kerajaan pusat untuk turut sama memaju dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor. Adakah perlu membandingkan peruntukan kerajaan pusat dan negeri? Bukan untuk memperkecilkan tetapi inilah fakta yang rakyat Selangor perlu tahu.

Kerana sebelum ini rakyat Selangor dimomokkan yang kerajaan pusat 'Menganak tirikan' negeri Selangor. Peruntukan tidak disalurkan dan macam-macam lagi tuduhan jahat dilemparkan. Sekarang semua FITNAH sudah terjawap.

Lagi cerita Azmin Ali 'Jokowi Tak Jadi', 'Bible Bahasa Melayu' , 'Perjanjian Langat 2' -- SINI (CLICK)
Share:

AKSI TERBARU RAJA MUDA SELANGOR ! MESTI BACA !



Kalau sebelum ini bila sebut saja nama Tengku Amir Shah Raja Muda Selangor macam-macam cerita yang keluar. Positif dan tidak kurang negatifnya.

Tapi kali ini bukan itu yang kita nak ceritakan, yang lepas biarkan lepas. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan.

Dalam negara sedang dilanda ujian banjir ramai rakyat Malaysia yang prihatin menghulurkan bantuan tidak kira wang ringgit, barang keperluan dan tenaga.

Sikap prihatin rakyat Malaysia ini membuatkan kita dipandang hebat di mata dunia. Tidak mengira bangsa, agama, politik juga darjat..

Saya adalah anak jati Selangor, saya sayang negeri ini dan saya juga sayang Raja Melayu yang memayungi Agama dan Bangsa.

Tertarik dengan posting rakan blogger DaengSelili (Click) dan BeliaBangkit (Click) yang menulis tentang Tengku Amir Shah turut serta bersama para sukarelawan menyumbang tenaga dalam misi bantuan banjir kepada negeri yang terlibat.




Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor telah mencemar duli untuk bersama-sama sukarelawan menyumbang tenaga dalam membuat pengagihan dan penyusunan barangan bantuan. - Belia Bangkit



Bagi saya ini adalah contoh baik untuk semua terutamanya anak muda di Selangor. Kalau seorang Raja Muda pun boleh turun sumbang tenaga bantu mangsa banjir apa tah lagi kita kan?
Semoga Allah merahmati Tengku Amir Shah Raja Muda Selangor, dan saya harap beliau akan terus menjalankan kerja-kerja masyarakat seperti ini...
Share:

SIAPA DAPAT RM30,000 SEHARI DARIPADA NOH OMAR ???


Pagi Isnin 5 Januari 2015 BELA dapat mesej melalui WhatsApp yang mengatakan pengerusi perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar akan menyerahkan wang sebanyak RM30,000 kepada individu yang tidak dikenali..

Siasat punya siasat rupanya Ds Noh Omar akan buat pertemuan dengan Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) di TUDM Subang. Dan RM30,000 yang dimaksudkan tu adalah sumbangan dari kerajaan persekutuan melalui ISU Selangor dan disampaikan oleh Ds Noh kepada wakil BAKAT di TUDM Subang petang tadi..

Ini dapat memudahkan lagi misi bantuan banjir yang akan digerakkan oleh BAKAT ke negeri-negeri yang terlibat. Dan dibantu oleh YB Halimaton ADUN Kota Damansara dalam mengurus dan membantu BAKAT dari segi keperluan barang- barang bantuan dan sebagainya..

Sebelum majlis penyampaian Ds Noh diberi taklimat dari ketua staff Tentera Darat berkaitan misi bantuan yang telah,sedang dan akan dilakukan oleh ATM dan sukarelawan yang terlibat.



BELA harap sumbangan itu dapat membantu mangsa yang terlibat. Tahniah TUDM dan ATM yang menguruskan logistik, Tahniah Kerajaan Persekutuan kerana prihatin dengan kesusahan rakyat di negeri yang dilanda banjir. Tahniah UMNO Selangor terutamanya Ds Noh Omar kerana buat keputusan pantas disaat mangsa banjir memerlukan bantuan dengan cepat.




Lagi cerita RM30,000 (CLICK)
Share:

BANJIR KELANTAN BERPUNCA DARI TANGAN DUA PEMIMPIN DAP PERAK !



DAP Perak mengaku buat pelaburan balak di Kelantan dimana ianya punca banjir.
1.Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming DAP yang juga Setiausaha DAP negeri Perak, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan yang telah mengakibatkan banjir di Kelantan yang paling teruk dalam sejarah.

2.Adun DAP Sitiawan dan Ahli Parlimen DAP Beruas yang menang hasil pilihan orang Melayu itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. 

3.DAP melalui syarikat Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

4.EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan

5.Ditanya kedua dua Ahli DAP Perak mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengakui mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:

“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi. Ini rahsia saya, mana boleh bagitahu. Pembalakan di Kelantan itu perkara lepas, mengapa mahu mengungkit ngungkit sehingga kaitkan kami? Perniagaan syarikat memanglah begitu."
Sumber Bukti:
http://www.bharian.com.my/…/ProjekpembalakandiKela…/Article/
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive