Berita dari Istana Negara: Mahathir terdesak dan gelabah, cuba halang Sultan Johor ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong



Berita yang terbaru kami terima ialah berkenaan Mesyuarat Khas Majlis Raja2 yang membincangkan perihal Sultan Muhammad V yang bakal menamatkan tugasan Yang Dipertuan Agong lebih awal atas sebab-sebab tertentu.

Giliran seterusnya untuk menaiki takhta ialah Sultan Pahang namun Baginda telah menyatakan hasrat untuk menolak perlantikan sebagai Yang Dipertuan Agong atas sebab kesihatan Baginda yang tidak mengizinkan.

Justeru itu, giliran berikutnya ialah kepada DYMM Tuanku Sultan Johor di mana Raja2 Melayu sudah bermesyuarat dan bersetuju bahawa Baginda Tuanku Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Artikel Menarik - Tinggal sebilik tapi tak buat apa-apa [click]

Bagaimanapun, berita ini tidak menggembirakan seseorang, siapa lagi jika bukan Mahathir. Beliau berdendam kesumat pada Keluarga DiRaja Johor dan akan buat apa sahaja perkara untuk memastikan Sultan Johor tidak ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau perlu mengadap DYMM Sultan Ibrahim selaku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada setiap hari Rabu sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Mahathir kini gelabah, terdesak dan mengarahkan jenteranya supaya melakukan apa sahaja untuk menghalang Sultan Johor dari bersemayam di Istana Negara.

Artikel Menarik - SEKARANG NI POLIS NAK BUAT ITU TAK BOLEH, NAK BUAT INI TAK BOLEH! [CLICK]

Ini kerana Mahathir sedar, bahawa Sultan Johor akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi segala-galanya dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Baginda akan bersikap tegas, menitahkan perkara yang hak dan menyuarakan bantahan terhadap perkara yang batil lebih2 lagi jika ia melibatkan kebajikan rakyat.

Mahathir sudah tentu tidak selesa dengan keadaan seperti itu kerana ia akan mengganggu segala perancangannya kerana sehingga kini tidak ada siapa yang berani menegur pentadbirannya yang semakin menyimpang jauh dari kehendak rakyat.

Artikel Menarik - Video Bukti Adib tidak dilanggar jentera bomba tular [CLICK]

Keputusan Majlis Raja2 supaya Sultan Johor ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang baharu adalah satu keputusan yang amat tepat dalam mana negara sekarang berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat terlalu banyak politiking, kos sara hidup yang tinggi, keadaan ekonomi yang menguncup serta hubungan luar negara yang merosot teruk.

Kita mengharapkan rakyat Johor khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya mendoakan supaya Mahathir gagal menyekat sekaligus menyaksikan DYMM Tuanku Sultan Johor ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Amin ya rabbal alamin.

- Sumber Facebook Harimau Johor -
Share:

61 comments:

  1. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu

    ReplyDelete
  2. Bapa dia kena...anak n cucu dh ambil iktibar

    ReplyDelete
  3. Perkara baik harus disokong.sekarang bukan zaman suka hati nak titik kepala orang.zaman titik kepala orang sudah lama berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah buat Pilihanraya. Pilihanraya itu Ada lah PH. Cukup sudah dengan itu.

      Delete
  4. Sultan lain x bagus mcm sultan Johor ka? Semua sultan bagus...

    ReplyDelete
  5. Semua Sultan bagus, dan dan setiap Sultan mempunyai kekuatan dan kelebihan yang berbeza-beza.

    ReplyDelete
  6. Bukan tak bagus.kita nk yg lantang berani bersuara.itu yg kita rakyat marhain mahukan.

    ReplyDelete
  7. Sudah2 lh sebarkan fithnah..

    ReplyDelete
  8. Assalamulikum terbaik bagi raayat malaysia

    ReplyDelete
  9. yg duduk bwh tempurung akan kata ini fitnah..yg kelakar dgn penuh keyakinan dia kata ini fitnah..haha..padahal apa pon dia x tau..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. allah panjang kan umur sultan johor... daulat tuanku

    ReplyDelete
  11. Tak baik buat berita fitnah@ikut imosi. Dari dulu sampai sekarang YG Berkuasa pilih agung adalah Majlis raja2.Wallahualam bisawab.

    ReplyDelete
  12. Yg takut tu ada sebab dn sudah tahu yg Sultan Johor ni kalau ke PutraJaya bawak sekali dgn Rimau2nya.

    ReplyDelete
  13. Kecik nyiru, stadium kita tadahkan menyambut kebenaran berita mengembirakan rakyat. Ampun Tuanku..

    ReplyDelete
  14. Takut betul laman penjilat ni ngan madey ye hari hari tak puas hati

    ReplyDelete
  15. In shaa Allah..kami rskyat Johor mahukan ia menjadi kenyataan..
    Malaysia sudah tersimpang jauh dari landasan agama..

    ReplyDelete
  16. SULTAN2 DI MALAYSIA SEMUA BAIK DN BAGUS..TP LOM ADE YG SETEGAS SULTAN JOHOR ND TIDAK AKAN MGIKUT ARAHAN ORG BAWAHAN YG CUBA ANIAYA MALAYSIA DN NEGERI BAWAH NAUNGAN NYA..SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIA SULTAN JOHOR..AMIN

    ReplyDelete
  17. Daulat Tuanku! Dirgahayu Tuanku!

    ReplyDelete
  18. Daulat Tuanku....patik bersetuju sesangat di lantik YDPA...kutty karalla tu dah melampau lampau sgt Tuanku...dah jd macam Raja Mendeliar pulak...

    ReplyDelete
  19. Sultan payong negara. Siapa pn yg di pertuan Agong mestilah boleh memayongi rakyat jelata















    ReplyDelete
  20. Sokong sultan johor yg mesra rakyat, sultan yg dinatikan rakyat..tp xpayah fitnah madey mcm tu bro..dlm keburukan ada kebaikan..yg kau nmpak keburukan semata..jgn tunjuk kau ni penjilat mna2 cukup tunjuk sokong kebaikan..daulat tuanku

    ReplyDelete
  21. Daulat Tuanku! Dirgahayu Tuanku. Patik semua rakyat Johor menyokong penuh Tuanku Sultan Ibrahim menjadi Yang Di Pertuan Agong ke 16.

    ReplyDelete
  22. Rakyat Johor akan bercuti pada hari pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 16 jika Tuanku Sultan Ibrahim di tahtakan , ,dan kami rakyat johor akan berhimpun di istana negera pd hari tersebut untuk menyatakan sokongan kami pada Tuanku Sultan Ibrahim.

    ReplyDelete
  23. Setuju betul.. sultan Johor mmg terbaik

    ReplyDelete
  24. Kalau sudah KALAH terima lah dengan ke insafan, jangan lah buat cerita2 yg kamu fikirkan rakyat malaysia ni BODOH SANGKAT KAH.

    Tunggu saja kamu jadi pengemis setelah habis wang simpan yg di tapuk2 tapi buntut yg kelihatan

    Nasib kamu yang KALAH jadi lah pembangkang yg di hormati, jangan sampai di hina sehingga liang lahad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar trime hakikat kerajaan PH yg perintah.very simple.jgn jd pentaksub.

      Delete
  25. We love Sultan Johor..Daulat Tuanku..����

    ReplyDelete
  26. We love Sultan Johor..Daulat Tuanku..����

    ReplyDelete
  27. We love Sultan Johor..Daulat Tuanku..����

    ReplyDelete
  28. Daulat Tuanku.. Love Sultan Johor.

    ReplyDelete
  29. Keturunan lanun, jgn nak beraja di mata bersultan di hati, jgn ingat Mahathir takut pd Lanun Johor ni blh blah bro

    ReplyDelete
  30. Harapan agar DYMM SULTAN JOHOR jadi naik takta sebagai DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONH.ameen

    ReplyDelete
  31. Daulat Tuanku...terbaik DYMM sultan Johor.

    ReplyDelete
  32. Jika agong letak jawatan...bukankah pemangku agong yg di tabal jd agong...apa dh jadi pd sultan perak pemangku agong..sekadar brtanya kerna tak paham cara pelantikkan DYMM Seri Baginda Yang Di Pertuan Agong..tak pandai kena bertanya

    ReplyDelete
  33. cerita apakah dongeng apakah ini..

    ReplyDelete
  34. Semoga Allah perkenankan keatas Duli Yg Maha Mulia Tuanku supaya Tuanku segara dpt memerintah serta bersemayan diatas Takhta.... Daulat Tuanku!!

    ReplyDelete
  35. Sape pon perintah sama je'yang penting pemerintah itu sendiri menitik beratkan nilai nilai murni dan bertoleransi sesama umat . Jangan bersengketa kerana kebendaan dan jangan mencuri harta rakyat... Bagi lah rakyat kesenangan maka rakyat akan Mendoakan Kesejahteraan kepada pemerintah''jika sebaliknya wajarlah rakyat sanggah kerana rakyat adalah tulang depan bukan tulang belakang pemerintah... Lupakan tentang Tun mahadir kerana Tun bukan lah tuhan untuk di sembah 'Tun M juga tidaklah sehebat mana''cuma satu saya sampaikan . ALLAH telah berpesan Mereka yang di panjang kan usianya bukan lah kerana kebaikkanya''tapi Allah bagi peringatan agar kita dapat melihat betapa banyaknya perkara buruk yang di lakukan di masa hayat nya ada...

    ReplyDelete
  36. Sudah2 lah YDP Agung masih bersemayam. Jangan pandai buat cerita yg tak betul. Sekiranya tidak benar itu nama fitnah. Sama makan daging sedara sendiri

    ReplyDelete
  37. komentar murahan dan bersifat provokasi.

    ReplyDelete
  38. Alhamdulillah! Daulat Tuanku! Alah...kalau blog ni fitnah pn...org yg buat blog ni yg tnggung dosa! Yg kau sibuk2 nk hukum org fitnah tu knp? Stupid people!

    ReplyDelete
  39. Semua Raja Melayu baik tapi utk berhadapan dgn PM7 DYMM Sultan IBRAHIM of Johor Terbaik Dan Raja NAZRIN sbg Timbalan Nya. DAULAT TUANKU!!!

    ReplyDelete
  40. Semua Raja Melayu baik tapi utk berhadapan dgn PM7 DYMM Sultan IBRAHIM of Johor Terbaik Dan Raja NAZRIN sbg Timbalan Nya. DAULAT TUANKU!!!

    ReplyDelete


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik