ZAHRA ADALAH POPULASI MANUSIA GOLONGAN KEDUA - PENULIS



MANUSIA HEBAT DAN TIDAK HEBAT
Di mana stand saya dalam isu SayaZahra ini? Stand saya senang. Dalam dunia ni ada dua jenis manusia. Manusia yang perlukan tongkat untuk berjaya dan mengharapkan bantuan manusia. Serta golongan kedua, iaitu golongan hebat yang menjadi tiang sebuah peradaban. Sebab tu wujudnya subsidi dalam mana-mana kerajaan di dunia sekalipun. Sebab tu wujud macam-macam bantuan dan elauns yang ditawarkan oleh kerajaan.

Jadi, saya berangapan bahawa Zahra ini adalah populasi biasa manusia yang memang harus ada dalam sebuah peradaban. Kalau semua manusia hebat di dunia, tidak seimbang jadinya. ALLAH menciptakan manusia-manusia seperti Zahra kerana untuk dibimbing oleh manusia dalam kategori dua. Populasi Zahra adalah populasi manusia yang hari ini kita langsung tidak kenal siapakah mereka dalam sejarah. Mereka sekadar dikenali sebagai manusia.

Orang kedua pula jenis fighter dan mempunyai survival instinct yang sangat tinggi. Mereka mempunyai DNA seorang pemimpin dan pahlawan. Mereka dari golongan yang biasanya akan menempa sejarah dalam kehidupan mereka. Kalau dalam kalangan orang Melayu, mereka mewarisi dna seorang pelaut yang berhati cekal yang masih tersisa dalam diri mereka. Mereka mewarisi DNA bangsa yang membina tamadun walau apa sekali keadaan, sehinggakan 4 penjajah yang datang tidak mampu menundukkan 9 raja-raja bangsa ini.

Dan manusia yang mempertikaikan Zahra di alam maya ini adalah biasanya mereka yang memang dah melalui zaman sengsara dan zaman derita sebelum menjadi berjaya. Mereka sedar bahawa hendak hidup senang itu bukan senang. Mereka inilah yang kebanyakannya melabelkan Zahrah sebagai lembik dan seumpama dengannya. Mereka ini adalah orang yang sampai ratusan tahun pun, akan dibicarakan oleh populasi pertama yang dikenali hanya dengan nama manusia. Kategori pertama akan mengagumi orang dalam kategori kedua. Kategori pertama adalah orang akan membeli buku-buku tentang orang kedua lalu membayangkan kehidupan mereka seperti orang dalam kategori kedua.

Dua-dua golongan ini tidak salah. Saya anggap inilah simbiosis kehidupan. Kerana perbezaan dua manusia ini melihat dunia, maka jalan yang diambil mereka pun berbeza. Saya di mana? Saya berharap saya dalam golongan kedua sebab perjalanan hidup saya baru sahaja bermula. Saya tidak mahu merungut pada awal permulaan perjalanan hidup sebab bagi saya rungutan itu adalah petanda manusia yang lemah.

- Helmi Effendy -
Share:

NAJIB RAZAK SAMAN FITNAH TERHADAP WALL STREET JOURNAL, BERANI KERANA BENAR



Menurut sumber yang diperoleh, pasukan guaman Dato' Sri Najib telah mengeluarkan surat bertarikh 8 Julai 2015 kepada Wall Street Journal (WSJ) berhubung dua artikel berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia tersebut. Surat tersebut dikeluarkan oleh Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menamakan Lembaga Pengarah Dow Jones & Company, Inc sebagai penerima surat guaman tersebut.

Surat tersebut menyatakan bahawa artikel yang ditulis oleh Simon Clark dan Tm Wright di dalam WSJ yang bertajuk "Malaysia Leader's Account Probed" yang diterbitkan pada 2 Julai 2015 dan "Scandal In Malaysia" yang diterbitkan pada 6 Julai 2015. Menurut surat itu lagi, peguam Dato' Sri Najib telah diarahkan untuk mendapatkan kepastian daripada WSJ adakah pendirian mereka di dalam artikel tersebut yang menyatakan bahawa Dato' Sri Najib telah menerima hampir USD 700juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pihak peguam Dato' Sri Najib juga menyebut bahawa arahan tersebut adalah kerana penulis tidak pasti sumber wang tersebut dan apakah yang terjadi kepada wang tersebut pada akhirnya. Walhal, keseluruhan artikel tersebut telah menampakkan secara jelas bahawa wang hampir USD 700 juta telah diterima oleh Dato' Sri Najib yang dimiliki oleh 1MDB. Surat tersebut juga menyatakan bahawa dakwaan WSJ diambil serius dan tindakan undang-undang akan diambil.

Peguam Dato' Sri Najib juga meminta jawapan dalam masa 14 hari bermula pada tarikh surat tersebut dan memaklumkan sekiranya WSJ telah melantik peguam di Malaysia bagi mewakili syarikat dan juga penulis artikel tersebut.

Bagi mereka yang bertanyakan samada Dato' Sri Najib akan mengambil tindakan undang-undang atau tidak terhadap WSJ, inilah jawapan kepada persoalan tersebut. Kes ini akan dihadapkan ke mahkamah sekiranya WSJ menjawab bahawa dakwaan mereka bahawa Dato' Sri Najib menerima hampir USD 700 juta adalah benar-benar dimaksudkan oleh WSJ ataupun tidak.

Sudah tentu sekiranya WSJ menjawab bahawa dakwaan tersebut bukanlah maksud mereka, maka artikel tersebut akan ditarik balik dan kredibiliti WSJ akan tercalar. Pada masa yang sama, Dato' Sri Najib sudah tentu akan dapat membersihkan nama beliau sekaligus menolak segala persepsi buruk dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau selama ini. 


Sumber: KLXPRESS
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik