Lim Guan Eng Benarkan Tayangan Filem Tanda Putera, Buat U Turn Ke???
PULAU PINANG 29 Ogos - Selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat berdolak-dalik tentang tayangan filem Tanda Putera di negeri ini seperti diarahkan beliau semalam dengan menyalahkan media kononnya tersalah tafsir kenyataannya itu.
Menurut Guan Eng, beliau tidak pernah menghalang pemilik pawagam di Pulau Pinang menayangkan filem berkenaan sebaliknya sekadar menasihati mereka supaya tidak berbuat demikian.
"Sekiranya mereka tetap mahu menayangkan filem itu, tiada tindakan akan diambil. Saya rasa berlaku salah tafsir oleh sesetengah media berhubung kenyataan semalam dan saya memberi amaran supaya jangan salah tafsir lagi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam, Guan Eng menyatakan kerajaan negeri tidak membenarkan filem itu ditayangkan di negeri ini kerana babak pemuda Cina kencing di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor adalah sensitif dan berbahaya kepada masyarakat.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menguruskan perkara tersebut berikutan lesen perniagaan kepada pemilik pawagam dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Walau bagaimanapun, hasil penelitian Utusan Malaysia terhadap surat yang dikeluarkan PBT kepada pemilik pawagam mengenai perkara itu terdapat percanggahan.
Dalam surat semalam, PBT mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera kerana mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif kepada masyarakat setempat.
Surat bertarikh hari ini pula memaklumkan, kerajaan negeri bukannya mengarahkan sedemikian sebaliknya hanya menasihati pemilik pawagam untuk tidak menayangkan filem terbabit.
PBT juga menyerahkan kepada pemilik pawagam sama ada mahu menayangkan filem itu atau sebaliknya.
Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mengakui beliau tidak menonton filem berkenaan dan arahan dikeluarkan adalah berdasarkan komen awal yang diberikan terhadap filem itu.
Ditanya tindakan pawagam di negeri ini yang akur kepada nasihat kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem itu pada hari pertama tayangannya hari ini, Guan Eng menjelaskan, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut esok secara bertulis kerana bimbang disalah tafsir media.
GEMPAR! Gambar Ustaz Fathul Bari bersama Al-Sisi Tersebar !!!
Tak dinafikan Puak2 Jahat dalam Pembangkang ni memang pakar dalam mereka-reka dan menyebar FITNAH. Mereka tak kira siapa,asalkan bukan penyokong Pembangkang..
Tapi malangnya korang (Puak-puak Pembangkang) tak mampu nak tipu BELA,
Kat bawah ni bukti yang korang dah KANTOI!!! Sila cuba lain kali seperti biasa ya.. Hahahaha..
Khidmat Peguam PKR Latheefa Koya hanya untuk Penjenayah sahaja???
GAMBAR! Kumpulan Metallica Lagi Cerdik dari Rakyat Malaysia !!!
BELA rasa malu bila orang asing tunjukkan sikap lagi Cerdik dari Rakyat Negara kita sendiri..
Nak kata budak-budak takde pelajaran semuanya bijak pandai,sekolah bertingkat-tingkat..
Tapi lansung takde rasa hormat kepada Jalur Gemilang,Bendera lambang Negara kita..
Apa nak jadi lah kan?Bukan salah ibu mengandung.... Ermmmm...
PANAS! Video Ustaz Azhar Idrus Memandu Laju,Sebelum Kemalangan???
Kalau Volkswagen GTI macam ni takkan lah nak bawak 80kmh je kan? Hehehehe..
GAMBAR! Model Terbaru Keluaran Proton! Tersebar..
Credit To: http://panggungopera.blogspot.com/2013/08/sempoi-model-baru-proton-suprima-akan.html
Betul ke ini VIDEO Meteor Shower di Teluk Kemang,Port Dickson???
Berdasarkan Video,ia dirakamkan di Pantai Teluk Kemang,Port Dickson Negeri Sembilan.
Malaysia Vs Barcelona: VIDEO Hero Melayu Bergaduh dengan Fabregas
Harimau Malaya kalah 3-1 kepada kelab ternama dunia, Barcelona. Apapun keputusannya, tidak harus dipandang remeh semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak negara malam ini.
Namun bagi gua, insiden paling menarik sebentar tadi adalah di penghujung separuh masa pertama bila pemain sayap negara, Wan Zack Haikal bereaksi spontan terhadap tindakan penyerang Barca, Cesc Fabregas yang tidak menghormati tiupan wisel offside oleh pengadil.
Berlaku pertelingkahan kecil di tepi pintu gol Malaysia antara Wan Zack & Fabregas yang masih cuba meneruskan permainan selepas wisel dibunyikan.
Ini attitude yang membanggakan gua dari Wan Zack walaupun Fabregas satu nama besar di persada bolasepak dunia. Anak jantan Melayu Malaya ini meletakkan Fabregas setaraf di genggaman penumbuknya bila tidak pandai menghormati peraturan di dalam sukan.
Lebih Lanjut Di SINI (CLICK)
Gadis ni nak lari Bogel kalau Malaysia menang lawan Barca!!!
Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Tentera Laut Iran
Kesilapan DS Najib atau PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT di sekeliling beliau???
PM NAJIB asalnya seorang pemimpin yang hebat,penuh potensi dan melangkah ke dalam dunia politik dengan cukup bergaya selepas kembali ke rahmatullah Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak sebagai Menteri Besar dan ahli politik paling muda di zaman itu malah beliau menaiki tangga demi tangga dalam politik tanpa kontraversi dan penuh dengan kebanggaan.
Namun sebaik sahaja mengambil alih teraju kepimpinan Negara daripada Pak Lah (Tun) dan buat pertama kali memimpin Negara berhadapan dengan PRU13 dan akhirnya parti pimpinan beliau menang 133 kerusi,bintang kepimpinan Najib dilihat mula bercelaru,sekejap malap dan sekejap terang malah PM Najib dilihat oleh ramai orang ketika inisebagai seorang nakhoda yang gagal melayari bahtera serta tewas ketika meredah gelombang ganas lautan politik negara.
Dimana silapnya? Ada yang mendakwa Najib dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang salah,ada juga yang mendakwa bala yang diterima hari ini adalah balasan kerana dosa mengheret turun Pak Lah dari kerusi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO dan ada juga yang mendakwa bahawa Najib sudah kehilangan identiti sebagai seorang pemimpin Melayu yang sepatutnya meletakkan kepentingan Melayu terlebih dahulu dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan bangsa-bangsa lain.
Berbagai-bagai nama mula disebut satu persatu sejak PM Najib menang 133 kerusi Parlimen dalam PRU13 seperti Omar Ong,Idris jala,Osman Razak,Sahlan Nasution,Farid Redzuan dan berbagai-bagai lagi nama yang dikatakan sebagai punca menjadikan PM Najib hilang arah untuk memikirkan nasib bangsanya,mempertahankan ketenteraman awam,nama-nama yang sering disebut sebagai menjadikan kegemilangan PM Najib daripada menjadi Menteri Besar Pahang hinggalah ke kerusi Perdana Menteri tapi akhirnya PM Najib sedang meniti duri-duri kepimpinan yang cukup membimbangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Kita yakin serta teguh percaya bahawa PM Najib tidak ada masalah untuk mempertahankan kedudukan ataupun jawatannya sebagai Presiden UMNO kerana sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani mencabar beliau untuk jawatan itu tapi apalh gunanya memimpin sebuah gerakan siasah yang bertunjangkan perjuangan Melayu tetapi dalam masa yang sama Melayu dijadikan seperti malukut di tepian gantang,ada tak menambah,tiada tak mengurang.
Terlalu banyak ramalan dan telahan diberikan kepada masa depan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Terlau ramai nujum-nujum politik menujumkan kononnya nasib Najib akan lebih parah daripada Pak Lah dan lebih mengecewakan lagi,ada pula pihak-pihak tertentu sedang menggerakkan gerakan supaya hayat Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berkubur secepat mungkin untuk digantikan dengan pemimpin lain yang kononnya lebih berjiwa UMNO dan bukannya berjiwa 1Malaysia.
Mereka ini mendakwa PM Najib terlalu banyak melakukan kesilapan terutama sekali mengisi proses transformasi yang beliau laungkan dan kesilapan Najib kepada mereka ini kerana dalam diri beliau,beliau dilihat ingin menjadi bukan sahaja bangsa Melayu tetapi menjadi semua bangsa sedangkan sebagai pemimpin Melayu yang mewaris kepimpinan Negara berteraskan agama,bangsa dan Negara,identiti PM Najib mula diragui.
Malah ada juga yang mendakwa bahawa di zaman kepimpinan PM Najib ini,bangsa Melayu menjadi rakyat kelas ketiga walaupun belum merempat ditanahair sendiri,kemungkinan besar Melayu akan terhakis kuasa dan kedudukannya sekiranya PM Najib terus dengan pendirian menjamu bangsa-bangsa lain yang jelas mengkhianti beliau daripada menjamu bangsa Melayu yang masih kukuh menyokong perjuangan UMNO.Suara berbunyi,undi Melayu Najib tagih tapi kepentingan Melayu Najib ketepikan.
Saat ini PM Najib sedang diserang hebat ekoran `keseronokan’ beliau memansuhkan beberapa Akta ataua pun undang-undang seperti ISA dan Akta Ordinan Darurat kerana mereka menganggap transformasi itu terjadi kerana Najib masuk perangkap golongan pembangkang dengan tidak mengambil kira pandangan semua pihak sebelum beliau memansuhkannya dan ada juga yang menganggap proses transformasi yang Najib impikan itu hanyalah umpan untuk menarik undi dari kaum Cina tapi hasilnya hampir seratus peratus Cina menolak parti pimpinan Najib dalam PRU13 lalu.Tapi Najib masih memberikan muka lagi kepada Cina-cina ini.
Untuk berundur barangkali tidak mungkin kerana kita yakin PM Najib tidak mahu jadi PM flip flop tapi membiarkan pihak berkusa terkial-kial menangani masalah terutamaya sekali kejadian jenayah sejak akhir-akhir ini akhirnya kan menjadi Negara ini terbuka untuk segala kegiatan jenayah termasuklah membunuh manusia akan jadi seperti menyembelih ayam di pasar.
PM Najib harus isthikarah untuk mencari dimana silapnya seandainya beliau tidak mahu menjadi PM terakhir dari BN untuk Negara ini serta melengkapkan teori RAHMAN yang selalu disebut dan semakin kerap diulang sejak akhir-akhir.-Tok Guru.
Sumber: LINK
PM Pasang Pingat Pada Wanita Lagi DOSA BESAR dari Skandal SPENDA STOPA ???
Dia punya spin tu sampai 7 hari 7 malam tak habis macam lah PM kita dah buat dosa besar..Hahaha..
Nak tengok Cybertroopers Spin isu ni CLICK SINI
Puak-puak ni tak sedar yang skandal pemimpin kesayangan dia jauh lagi teruk dan jijik..
Bila kena tang pemimpin BN semuanya HARAM HARAM HARAM!
Tapi bila pemimpin PR buat dosa besar, HALAL HALAL HALAL! Lawak lah korang ni, Hahahaha..
Korang ni waras ke tak waras ha? Sebelum nak tuding jari tu tengok la pemimpin sendiri dulu..
Siap dah ada bukti gambar,video bagai,tapi taknak terima gak,kononnya pemimpin korang tu 'Maksum'
Apa korang ingat pemimpin dalam PR tu semua baik ke?
Ada jugak yang tikam sesama sendiri der,bila keluar video macam-macam UMNO BN jugak yang salah..
DS NAJIB RAZAK SENGAJA PEGANG BUAH DADA???
Dalam situasi macam ni bagi BELA yang patut dipersalahkan
1.Pembantu yang hulurkan pingat kepada PM,
2.Penerima pingat tu sendiri sepatutnya lebih alert dalam keadaan macam ni apa yang patut dia buat.
Sorang Perdana Menteri tak boleh nak fikir semua,ditambah lagi dalam bulan puasa bila letih kadang-kadang kita akan jadi hilang fokus,DS Najib Razak pun manusia beb,so yang SUPOL,SETPOL tak kira la apa POL lagi tu buat apa?Mana peranan korang dalam membantu PM?Jangan seronok angkat sumpah dan terima gaji je tiap bulan,Kerja la der!!!
Tolak pengamal media utama,ada ramai lagi pengamal media sosial macam BELA,Takkan taknak perbetulkan keadaan,sekurang-kurangnya bagi respon dan menjawap serangan dari Cybertroopers PR ni..
Jangan biarkan ia FITNAH pulak beb!!!
BELA sangat setuju dengan penulisan rakan Blogger SANGKAKALA (CLICK) & CUCU TOK SELAMPIT (CLICK)
Pingat dah dapat,kena la ingat-ingat,bila keadaan memerlukan yang terima tu kena la tunjukkan yang korang memang layak terima,Bak kata pepatah "Orang Berbudi Kita Berbahasa"
Kita tunggu dan lihat la ada tak Blogger Penerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) akan respon dalam Isu ni.. Kbai!
PANAS! VIDEO Terlampau Latipah Loya&Pasangannya Maznah Anjing !!
Bila dah ditangkap ada pulak Loya dari PKR nk tunjuk hebat membela minah 'Keliru' sorang ni..
Kenapa Jamalul Kiram3 pun TUNTUT Pingat Kedaulatan Negara (PKN) ???
Semalam 2 Ogos 2013 ada Majlis Berbuka Puasa Media Bersama YAB Perdana Menteri,
pada mulanya BELA ingat berbuka puasa je.. Rupa-rupanya kawan-kawan yang hadir maklumkan,
ada penyampaian Pingat Kedaulatan Negara (PKN) sekali..
Suratan atau kebetulan tak tahu lah..bila dia sampai-sampai je dengar PM (Pengerusi Majlis) umumkan nama Wartawan MalaysiaKini sebagai penerima..
Tak lama lepas tu nama Blogger yang terkenal dengan Artikel PORNO dan Copy Paste pula di sebut..
Mungkin pengunguman tu la yang buatkan blogger Sangkakalajari9 marah sangat kot.. Hehe.. Baca SINI
Ada juga yang kata Blogger BUTA IT pun dapat sama,adoi macam ni pun boleh ka?Ishh3.. Baca SINI
Bagi pendapat BELA la,ramai lagi yang lebih layak untuk terima pingat tu..
Kalau dalam konteks Media Baru ni,ramai yang siang malam berperang dengan pembangkang dalam nak menyampaikan Berita,Fakta,Kebenaran dan Pendedahan sepanjang peristiwa hitam di Lahad Datu hari tu..
Tak kira lah melalui Blog,Facebook,Twitter,Youtube masing-masing mainkan peranan..
Dalam melawan FITNAH dan cubaan pihak pembangkang mengalih pandangan rakyat tentang kebenaran dalam isu Lahad Datu..
Tapi malangnya kerja tak nampak,mungkin sebab takde hubungan dengan SUPOL PM kot.. Hehe..
Kalau macam tu BELA nak nasihat kepada PunahSihat PM supaya usulkan Nama-nama berikut pun jadi penerima Pingat PKN tu.. Alang-alang kan..Hahaha..
Punca PAS Kalah di PRK Kuala Besut Terbongkar!!!
1.FITNAH terus menjadi bahan Kempen walaupun di Bulan Ramadhan,sendiri buat sendiri sebar dengan tujuan untuk mengelirukan pengundi.
VIDEO 1 VIDEO 2
2.PENIPUAN dan putar belit tentang isu rumah roboh di Kampung Layout,Tok Saboh.
VIDEO 1 , VIDEO 2
3.Mempergunakan Agama sebagai modal untuk meraih sokongan pengundi.
VIDEO 1 , VIDEO 2
4.Calon di arah tidak memberi sebarang komen atau jawapan sekiranya disoal oleh media 'No Comment'
VIDEO
5.PAS Meletakkan calon 'Cari Makan' belum menang lagi Che Long dah keluar kenyataan yang dia akan serahkan tugas kepada pembantu untuk menguruskan kawasan.
VIDEO
6.Rakyat di Kuala Besut dari awal telah menolak Kempen 16:16 yang dijalankan Jentera PAS,
mereka dah matang dan tahu apa akibat yang akan terjadi kepada kerajaan Terengganu jika 16:16 terbentuk
VIDEO 1 , VIDEO 2
7.Ada juga sumber yang mengatakan wujudnya sabotaj dari Ahli PAS Terengganu sendiri kerana tak bersetuju dengan perlantikan Husam Musa menjadi Pengarah untuk PRK Kuala Besut yang lepas.
Tidak kurang juga unsur sabotaj dari rakan pakatan mereka iaitu PKR,Calon PRU13 N25 Bukit Besi Mohamad Shamsul muncul dalam satu sidang media menyatakan dia di FITNAH oleh Presiden PAS
VIDEO
Akhir kata dari BELA, PAS jangan mimpi lah nak rampas semula Terengganu, rakyat dah serik ketika pemerintahan PAS dari 1999-2004,macam-macam kepincangan yang berlaku....
Makin lama makin banyak kerosakan yang dilakukan PAS terdedah..
Popular Posts
-
PARLIMEN | Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan "kitab suci"...
-
Berita yang terbaru kami terima ialah berkenaan Mesyuarat Khas Majlis Raja2 yang membincangkan perihal Sultan Muhammad V yang bakal mena...
-
DS Rosmah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi jam 8 pagi. Kertas siasatan DS Rosmah tidak siap tetapi ditahan semalaman di lokap SPRM da...