Harimau Malaya kalah 3-1 kepada kelab ternama dunia, Barcelona. Apapun
keputusannya, tidak harus dipandang remeh semangat juang yang
ditunjukkan oleh pasukan bolasepak negara malam ini.
Namun bagi gua, insiden paling menarik sebentar tadi adalah di
penghujung separuh masa pertama bila pemain sayap negara, Wan Zack
Haikal bereaksi spontan terhadap tindakan penyerang Barca, Cesc Fabregas
yang tidak menghormati tiupan wisel offside oleh pengadil.
Berlaku pertelingkahan kecil di tepi pintu gol Malaysia antara Wan Zack
& Fabregas yang masih cuba meneruskan permainan selepas wisel
dibunyikan.
Ini attitude yang membanggakan gua dari Wan Zack walaupun Fabregas satu
nama besar di persada bolasepak dunia. Anak jantan Melayu Malaya ini
meletakkan Fabregas setaraf di genggaman penumbuknya bila tidak pandai
menghormati peraturan di dalam sukan.
Lebih Lanjut Di
SINI (CLICK)
No comments:
Post a Comment