Dalam satu kenyataan secara bersama, BBC berkata, amat malang bagi rakyat Selangor apabila kerajaan negeri bercadang membentangkan sebuah Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang gagal membawa isu-isu rakyat secara dekat.
Ini menjadikan Belanjawan 2014 Negeri Selangor yang bakal dibentangkan dilihat tidak mengikut standard pengurusan ekonomi yang baik di mana belanja mengurus begitu besar berbanding belanja pembangunan untuk rakyat.
Belanjawan 2014 Negeri Selangor akan dibentangkan pada minggu hadapan semasa Mesyuarat Ketiga Persidangan Pertama Dun Selangor.
Menurut kenyataan itu, Menteri Besar itu juga telah membohongi Adun-Adun PR dengan tidak memanggil mesyuarat lanjutan membincangkan isu yang terkandung dalam memorandum pada 5 November lalu.
No comments:
Post a Comment