Lahad Datu: Penduduk di Kampung Tembisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa
penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar
di pantai kampung terbabit.
Menurut sumber Jabatan
Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan
itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.
Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai
dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku
tsunami dikesan ketika ini.
Semalam, jabatan terbabit
mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di
kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut
Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan,
Sabah
Jawapan Ketua Kampung di Tanjung Labian -
"Sekarang musim ikan tamban memang banyak, Kejadian tu hanya dari spesis ikan tamban sahaja dan memang akan berlaku apabila musim ikan spesis itu tiba. Cuaca di Lahad Datu buat masa sekarang baik. Kejadian sebegini telah berlaku beberapa kali dalam bulan ini."
Sumber: EddyJugaks
Sumber: EddyJugaks
No comments:
Post a Comment