SULTAN SELANGOR TERSINGGUNG! ANWAR LAWAN ISTANA ???



KUALA LUMPUR
: Pihak Istana Selangor telah melabelkan kenyataan anti-istana yang dilemparkan sesetengah pihak ekoran krisis Menteri Besar Selangor sebagai 'menjejaskan' dan 'menyakitkan hati'.

Menurut laporan The Star, mengungkap kata-kata seorang sumber rapat kepada istana, pihak istana tersinggung dengan serangan berterusan oleh pihak tertentu.

"Istana telah berdiam tetapi orang ramai terus membuat kenyataan berbau anti-istana.

"Kenyataan seperti itu menyinggung perasaan. Orang-orang ini perlu membaca perlembagaan negeri dan memahami konvensyen istana, protokol dan tradisi sebelum membuat sebarang komen terhadap situasi yang berlaku.

"Peguam tertentu dari parti-parti politik pula diupah untuk mentafsir beberapa perkara menurut apa yang pelanggan mereka mahu," kata sumber tersebut kepada The Star.

Pada Selasa, Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baru.
Share:

SULTAN SELANGOR BUAT KEPUTUSAN IKUT UNDANG-UNDANG! PKR JANGAN DERHAKA !


Shah Alam – Datuk Seri Noh Omar berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil tindakan yang betul mengikut dasar Perlembagaan Persekutuan apabila menitahkan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memberi lebih daripada dua nama calon menteri besar bagi menyelesaikan krisis politik dalaman negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata, sememangnya Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam memperkenankan calon menteri besar seperti mana yang berlaku di negeri lain sebelum ini.

“Ini bukan satu perkara baru. Tindakan Sultan itu betul dan selaras dengan Perlembagaan. Sultan mempunyai kuasa memilih menteri besar yang difikirkan dapat berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

“Malah, ia pernah berlaku di Perlis apabila bekas menteri besar ketika itu, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak mendapat perkenan Sultan untuk terus mengekalkan kedudukannya,” katanya.

Noh berkata situasi sama juga berlaku di Terengganu pada bulan Mei membabitkan pelantikan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga pelantikan menteri besar baru selesai dan meminta setiap parti dalam PR memberi lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baru.
Share:

PENGANTIN BOGEL DI IPOH HANYA DI DENDA RM400 !


Majistret Haslinda A Raof mengenakan hukuman itu terhadap tertuduh lelaki, Low Kah Wai, 27, dari Petaling Jaya, Selangor dan tertuduh wanita, How Jo Yee, 21, dari Marang, Terengganu selepas mereka mengaku salah.

Mereka didakwa secara bersama mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (KK) iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam di lampu isyarat dan berdepan Bank CIMB di jalan berkenaan pada jam 9 pagi 25 Ogos.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 KK yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Mengikut fakta kes Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih ketika melakukan kesalahan itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh oleh Andrew Soong.



Share:

PKR LEMBAB, PAS DAH SEDIA RAMPAS KERUSI DUN PENGKALAN KUBOR



Itu lah sibuk sangat bergaduh nak rebut kerusi menteri besar Selangor,
Bergaduh pasal pemilihan parti pun tak selesai lagi.
Tak pasal-pasal PAS dah potong tang kona, Selamat Tinggal PKR di Pengkalan Kubor. Kahh3!
Share:

KES LIWAT ANWAR AKAN LIVE DI RTM !!!


Kementerian Komunikasi dan Multimedia tiada halangan untuk penyiaran secara langsung prosiding kehakiman kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim jika pihak mahkamah membenarkan, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian turut pernah memohon untuk penyiaran langsung proses Pilihan Raya Umum ke-13 daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya sendiri dahulu pernah meminta supaya proses pengundian pilihan raya di buat secara langsung kerana waktu itu ada pihak mengatakan proses yang dilakukan tidak betul, namun pihak SPR tidak membenarkan,” katanya selepas merasmikan aplikasi mudah alih ‘Citra Merdeka 57′ di sini hari ini.

“Bagi saya jika mahkamah membenarkan ia disiar secara langsung, saya rasa tidak ada masalah untuk pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkannya,” katanya.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilaporkan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan siaran langsung perbicaraan rayuan kes liwat membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun bagi Ahmad Shabery, permintaan daripada PKR itu hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi ketua pembangkang itu.

“Ketika memegang jawatan dalam kerajaan, dia (Anwar) tidak pernah menyarankan perkara sedemikian.

“Dia buat hanya untuk dirinya bukan untuk bina sistem yang lebih terbuka. Pada zaman dia pun sidang Parlimen tidak ada siaran langsung,(tapi) zaman saya sekurang-kurangnya ada,” katanya.

Mengulas dua stesen radio yang gagal mematuhi tempoh bertafakur sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi Malaysia Airlines MH17 pada 22 Ogos, Ahmad Shabery berkata mereka diminta untuk memberi penjelasan dan surat tunjuk sebab kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Pihak SKMM akan menghantar surat kepada mereka bagi mendapatkan sebab dan penjelasan mengenai mengapa ia tidak berlaku seperti yang dikehendaki (berkabung),”katanya.

Beliau berkata perkara itu akan dinilai dan tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh pihak SKMM sebagai pihak yang memberi lesen kepada stesen radio.
– BERNAMA
Share:

KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN , SULTAN TOLAK, ANWAR MELEPAS !!!


Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Dato' Menteri Besar Selangor & baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai. - TS Khalid Ibrahim

Share:

RAFIZI RAMLI KELUAR KENYATAAN BONGKAK ! MACAI ANGGUK JE ???



Share:

PENGANTIN CINA DAP PHOTOSHOOT BOGEL DI IPOH ! [ 2 GAMBAR ]



Lepas isu Vivian dan video seksnya. sekarang tersebar pula gambar pasangan pengantin yang dipercayai ahli DAP di Ipoh. Puak-puak ni makin berani buat provokasi pada pihak berkuasa kita.

Apa tindakan Pihak Polis?
Share:

ANWAR UBAH KEPUTUSAN PEMILIHAN KETUA AMK [PERBUALAN WHATSAPP] KANTOI !!!


SHAH ALAM: Lebih separuh perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari seluruh negara bertindak keluar dewan apabila Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad diumum dan dilantik secara rasmi sebagai Ketua AMK sesi 2014-2018 dalam Kongres AMK ke-10 di sini.

Tindakan itu difahamkan kerana perasaan tidak puas hati oleh penyokong Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini. - Laporan AWANI 22 OGOS 2014
Dibawah ni adalah punca kenapa separuh dari perwakilan bertindak keluar dewan sebagai tanda protes pada keputusan Pemilihan AMK PKR.



Tak lama lepas tu, satu perbualan WhatsApp dipercayai antara seorang pemerhati Politik bebas dengan perwakilan PKR tersebar luas di Media Sosial.

BELA percaya dia  adalah perwakilan PKR dari 'Kapal' Amiruddin Shari yang kecewa dengan keputusan yang diumumkan.

"Bayangkan dari 20 exco yang dapat majoriti datang dari 'Kapal' Amiruddin Shari dan Naib Ketua semua juga dimenangi kumpulan sama. Jadi tak logik kepala menang badan kalah" kata perwakilan PKR tu.

Ini bermaksud tak logik Nik Nazmi boleh menang, sedangkan kumpulan exco yang menang bukan datang dari 'Kapal' dia.

Pada pemilihan parti yang lalu, Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia mendapat 4,509 undi menewaskan Amirudin (4,259).

Yang jadi pertikaian para perwakilan adalah PKR guna undi dari Cabang Persiangan, Sabah yang masih belum selesai dan dapat keputusan muktamad apabila wujud kes kertas undi tak tally.
Dan perwakilan sudah pun membuat bantahan mahu keputusan di Cabang Persiangan DITOLAK.

Kalau dulu Anwar dan PKR FITNAH BN guna pengundi hantu untuk menang pilihanraya, keputusan berubah apabila undi Pos dikira. Macam-macam lagi lah FITNAH yang dilemparkan.

Yang sebenarnya mereka lah yang paling hebat SALAH GUNA KUASA, RASUAH, PENGUNDI HANTU, menentukan kemenangan proksi dan banyak lagi..

Pendedahan demi pendedahan sudah dibuat, tapi apa kan daya MACAI-MACAI dalam PKR dan penyokong PR dah jadi benak tak boleh diajar.

Bila dah heboh, jalan keluar mudah yang pemimpin PKR akan buat adalah SALAHKAN UMNO.
Hebat sungguh UMNO sampai boleh kacau Pemilihan Parti Anwar dan Keluarga kan?

Lu Fikir lah sendiri.... !



Share:

Dokumen Rahsia Langkah Kajang adalah ASLI ! Rafizi JANGAN LARI !!


Dokumen penuh -> SINI
Share:

#MH17 Tragedi kepada seluruh rakyat Malaysia


Share:

#MH17 Rakyat Malaysia bersatu dalam kehibaan


Share:

Calon Menteri Besar Selangor dari PAS ???


Dikhabarkan PAS sudah ada nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor. Dalam uturn pun bijak juga mereka. Apa ingat Anwar sorang je pandai 'game' ?

Secara peribadi Admin setuju dengan poster diatas.. Yang mula tersebar luas di media sosial dan WhatsApp..

Lagi baik beri kuasa menteri besar kepada ADUN PAS yang juga anak jati Selangor dari bagi pentadbiran negeri terkaya dan termaju di Malaysia ini kepada keluarga Anwar (Bapa Nepotisme)..!



Semua sedia maklum Selangor kini punya simpanan rizab lebih RM3billion. Ini antara punca kenapa Anwar gila meroyan mahu Isterinya menjadi kepala pentadbir. Ya Allah.. selamatkanlah Selangor dari perompak yang bakal menghancurkan negeri Selangor tercinta..
Share:

Razlan Rafii - Najib Razak Galas Tugas PM ke 6 Yang Paling Mencabar !!

RAZLAN RAFII

Kebelakangan ini banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi negara. Ia sekali gus menguji kepintaran pemimpin negara menangani pelbagai rintangan yang melibatkan isu-isu besar dari dalam dan luar negara yang tidak pernah dijangka akan menggusarkan banyak pihak.

2. Hari ini cabaran yang terpaksa dipikul Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat besar dan ianya diatasi dengan penuh berhati-hati agar hasil yang bakal diperolehi kelak tidak merugikan semua pihak.

3. Musibah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine pasti merupakan dugaan besar bukan saja kepada Perdana Menteri bahkan ia turut dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Misteri kehilangan pesawat MH 370 juga sehingga kini tidak bertemu jawapannya sudah pasti membuatkan Perdana Menteri sendiri mencari pelbagai inisiatif bantuan seluruh dunia agar ianya ditemui.

4. Tak dinafikan cabaran Perdana Menteri ke enam ini jauh lebih mencabar dengan pelbagai bentuk dugaan yang tidak terduga ditambah lagi dengan kemodenan komunikasi yang sukar dibendung dalam kepelbagaian bentuk penyebaran berita dan fitnah yang boleh mematikan semangat pemimpin ini meneruskan perjuangannya memartabatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

5. Melihat akan kepentingan rakyat terutama ahli UMNO, banyak pembaharuan yang telah dijanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Antaranya adalah memberi kuasa kepada lebih 3 juta ahli UMNO menentukan kepimpinan parti yang terbaik untuk diketengahkan dan secara tidak langsung telah memberi satu nilai tambah kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap UMNO terutamanya.

6. Ini adalah salah satu pembaharuan dalaman parti yang dibawa oleh Presiden UMNO dengan harapan UMNO lebih bersifat menyentuh nadi hati sanubari ahli. Bukan seperti sebelum ini, di mana hanya kuasa memilih diberikan kepada 2,500 Perwakilan dan terlalu banyak cerita politik wang yang dibangkitkan. Tindakan ke arah membersihkan persepsi bukanlah satu perkara yang dapat diselesaikan dengan cepat.

7.  Rakyat dapat menilai Perdana Menteri bertungkus lumus ‘membaiki’ kesilapan lalu yang menyebabkan orang Melayu cuba menjauhi parti Melayu ini terutamanya. Kesilapan lalu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi terjadi akibat daripada kerja-kerja tidak bertanggungjawab orang kita sendiri yang lupa akan kepentingan rakyat. Walaupun ianya tampak sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil jika ditangani secara perlahan-lahan akan membuahkan hasil yang baik.

8. Pembangunan dan perkembangan ekonomi negara membangun pesat saban tahun dan ia pastinya membanggakan rakyat Malaysia. Tetapi kepentingan rakyat yang tersepit di antara peningkatan kos sara hidup dan tempat tinggal telah menyebabkan pelbagai kepincangan tak terduga boleh berlaku. Mengambil kira keutamaan kepada rakyat, hari ini pelbagai bentuk dana dan bantuan kerajaan terus kepada golongan sasaran. Ditambah dengan rancangan projek perumahan mampu milik antaranya PR1MA, PPRT dan pelbagai lagi dibangunkan secara seimbang di dalam Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain seluruh negara.

9. Sekiranya mahu diceritakan di sini, terlalu banyak perkara sudah diperbaiki oleh YAB Presiden UMNO. Ada di antara rancangan kerajaan hari ini pasti tidak menampakkan hasil dalam tempoh terdekat tetapi mungkin mengambil tempoh jangkamasa 10 tahun akan datang.
- AGENDADAILY -  20/8/2014

- MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Share:

Ismail Sabri pertahan Najib Razak !


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus diberi ruang dan peluang untuk mengemudi pentadbiran kerajaan dengan caranya yang tersendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setiap perdana menteri mempunyai gaya kepimpinan tersendiri dan secara peribadi mereka mempunyai isu rakyat yang rapat dengan hati masing-masing.

"Malaysia sungguh bertuah kerana dianugerahkan perdana menteri yang sentiasa meletakkan rakyat di tempat paling atas dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak (Hussein), Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib," katanya.

Ismail Sabri (gambar) mengulas tulisan Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc pada Isnin lepas yang menarik balik sokongan kepada Najib dan menegur pentadbirannya kerana  berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.

Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak berniat meminta Najib meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap perdana menteri.

Berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dikritik Dr Mahathir, Ismail Sabri berkata pemberian itu sebenarnya menunjukkan keprihatinan Najib kepada permasalahan rakyat ketika kos sara hidup menjadi isu hangat di Malaysia dan seluruh dunia.

Beliau berpandangan Dr Mahathir mempunyai cara tersendiri  menangani implikasi isu kos sara hidup semasa beliau menjadi perdana menteri, tetapi mungkin persekitaran dan betapa mudaratnya isu tersebut ketika itu tidak memerlukan pendekatan seperti diperkenalkan Najib sekarang.

Berhubung kritikan Dr Mahathir BR1M membazir duit negara, Ismail Sabri berpendapat persepsi tersebut salah kerana ia cara baharu pembayaran subsidi kepada yang lebih layak dan kumpulan sasar.
"Apabila subsidi minyak dikurangkan, penjimatan dan subsidi digunakan untuk pemberian BR1M.

Jika tidak, rakyat berpendapatan rendah akan hadapi tekanan akibat kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kenaikan barangan lain.

"Ini merupakan langkah bijak Najib dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak terjejas sekali gus mengurangkan defisit negara," katanya.

Ismail Sabri berkata dasar Najib tidak mungkin silap sedangkan Malaysia mencapai kadar pertumbuhan 6.4 peratus untuk suku tahun kedua pada tahun ini dan merupakan pencapaian pertumbuhan terbaik dalam kalangan negara Asean.

"Bukan maknanya cara lama tidak bagus tetapi kita wajar memperhalusi dasar kerajaan," kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu.

Katanya dasar kerajaan kini digubal dan dipengaruhi statistik baharu, input semasa daripada para pegawai kerajaan, fakta yang diketengahkan oleh rakyat melalui parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) serta mendapat sokongan rakan-rakan dalam kepimpinan kerajaan.

Beliau berpendapat kenyataan Dr Mahathir mengkritik dasar kerajaan dari semasa ke semasa sebagai sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan beliau yang terus mengambil berat tentang hal-hal negara.

Ismail Sabri percaya Najib sentiasa terbuka dengan pandangan pelbagai pihak dan mengambil berat setiap kritikan, terutama daripada tokoh negara seperti Dr Mahathir.

Sambil menyifatkan teguran bekas Perdana Menteri itu sebagai teguran bapa kepada anak, katanya, "Alangkah baiknya jika teguran seorang bapa kepada anak tidak dibuat secara terbuka dan bukan di khalayak ramai".

Ismail Sabri yang merupakan Ketua Umno Bahagian Bera mewakili bahagiannya melahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Najib selaku perdana menteri dan Presiden Umno dan menyokong segala dasar yang diperkenalkan selama ini.

Sementara itu di Kedah, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyifatkan kritikan Dr Mahathir itu merupakan pandangan peribadi hasil pemerhatian seorang bekas perdana menteri.

Beliau berkata setiap individu mempunyai pandangan tersendiri terhadap kepimpinan negara, namun apabila pendapat itu datangnya daripada seorang negarawan, ia terus menjadi perhatian umum.

"Apa yang dibuat Datuk Seri Najib, ia sesuai dengan keadaan masa kini, tapi kerajaan wajar melihat teguran ini," katanya kepada pemberita pada Sambutan Merdeka Raya dan Meraikan Bakal Haji Felda Wilayah Alor Setar di Felda Bukit Tangga, Changlun, hari ini.

Mohd Isa yang juga Anggota Parlimen Jempol berkata beliau yakin Najib dapat menguruskan negara dengan baik. – Bernama, 20 Ogos, 2014.
Share:

Dokumen Rahsia Langkah Kajang, Rafizi Bakal Dipenjara ???

Share:

Kemalangan di tapak pembinaan MRT Tiga mangsa dipercayai tertimbus [4 GAMBAR]






TERKINI - TIGA MANGSA DIPERCAYAI TERTIMBUS BERIKUTAN RUNTUHAN KONKRIT DI TAPAK PROJEK MRT KOTA DAMANSARA SEBENTAR TADI - BOMBA
- AGENDADAILY
Share:

#KrisisSelangor KHALID IBRAHIM PECAT SEMUA EXCO PKR DAN DAP !!



Share:

#KrisisSelangor Krisis Menteri Besar Selangor [16 POSTER]

PKR bergaduh sesama sendiri di Selangor, akhirnya rakyat juga jadi mangsa kerakusan politik Anwar Ibrahim dan keluarga.

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

KHALID IBRAHIM, KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive