Ahli
perniagaan berusia 29 tahun bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa
menyerang tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan lampau
berkaitan dadah.
Liow Soon Hee, 29 tahun minta
dibicarakan terhadap tuduhan di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan Majistret Namirah Hanum Albaki menetapkan 4 Disember
2017 ini untuk pendengaran kes.
Dalam artikel yang lain mendedahkan Misteri Di Sebalik Lelaki Bergelar Datuk Seri ini.
Nicky
Liow lelaki muda yang bergelar “Datuk Seri” menjadi perhatian umum di
seluruh negara gara-gara bertindak memukul tiga anggota Jabatan
Sukarelawan Malaysia (Rela).
Perhatian yang diberikan oleh media, rakyat terutama netizen di media sosial dilihat berterusan sehingga ke hari ini.
Punca
Nicky Liow memukul tiga anggota RELA tersebut kerana diminta untuk
mengalihkan kenderaan yang halang laluan selepas diletakkan di tepi
jalan besar.
Sebelum kejadian itu berlaku, tiada siapa
pun yang menyangka isu itu menjadi lebih besar. Kalau ikut
undang-undang, biarlah pihak berwajib melaksanakan tanggungjawabnya.
Namun
masing-masing berhak untuk mempertahankan diri mengikut undang-undang
sedia ada di negara ini. Cuma apa yang agak menarik perhatian umum
adalah mengenai lelaki muda bernama Liow Soon Hee, 29, apatah lagi
beliau telah diberikan gelaran “Datuk Seri” pada usia muda.
Ramai
yang ingin tahu apa yang istimewa mengenai individu yang bernama Liow
ini, sehingga memperolehi gelaran dan darjah kebesaran pada usia muda.
Malah
ada di kalangan netizen telah mewujudkan satu laman web,
“Freenicky.com”, sebagai tanda sokongan dan simpati kepada beliau.
Mengikut laman web itu, mereka mewujudkan satu petisyen dan mensasarkan
100,000 sokongan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa. Dan sehingga ke saat ini, laman web itu telah mencapai lebih 24,000 sokongan.
Persoalannya, siapa Nicky Liow ini ?
Di
kalangan sahabat Cina, Melayu dan India, beliau dikenali sebagai
“Nicky”, dikatakan seorang dermawan, gemar bersosial dan aktif dalam
persatuan perniagaan dan dekat di hati masyarakat bawahan.
Di
sebalik kontroversi yang melanda susuk tubuh bernama Nicky Liow ada
kebaikannya. Menurut maklumat yang diperolehi, Nicky Liow lahir dalam
keluarga yang sederhana, mempunyai empat adik beradik.
Sebagai
orang muda, Nicky Liow mempunyai wawasan dan memulakan pengembaraan
menerusi perniagaan sosial sewaktu berusia 24 tahun. Dalam tempoh yang
singkat, Nicky Liow mencapai satu kejayaan yang luar biasa sebagai
seorang usahawan muda, lalu beliau mewujudkan Kumpulan Perniagaan Winner
Dynasty.
Kekayaan dan kemewahan beliau bukan sekadar
untuk diri sendiri kerana Nicky Liow percaya kejayaannya perlu dikongsi
bersama masyarakat yang lain.
Hasilnya Nicky Liow menderma sebanyak RM250,000 bagi tujuan membina semula pusat perkhidmatan penjagaan dan bimbingan di Pahang.
Malahan,
“Datuk Seri” muda ini turut menderma RM20,000 kepada Rumah Penjagaan
Khas Cheras, RM10,000 (Rumah Sunray), RM888,881 (Tai Ping Keelung Kai
Hua Primary School di Taiping), RM190,000 serta RM10,000 setiap bulan
(Rumah Kanak-kanak Kurang Upaya di Melaka), RM50,000 serta RM10,000
setiap bulan (Pusat Perkhidmatan Sosial Pendidikan Diamond).
Di
samping itu, difahamkan Nicky Liow juga turut bermurah hati dan telah
menyumbangkan dua ambulans bagi kegunaan Persatuan Polis Komuniti
Kebangsaan selain menderma sebanyak RM30,000 masing-masing kepada
Yayasan Institut Jantung Negara dan Persatuan Parkinson Malaysia serta
Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.
Tidak
terkecuali keprihatinan Nicky Liow melangkau ke peringkat antarabangsa
apabila beliau menderma sebanyak RM50,000 kepada Yayasan Keusahawanan
Dunia bertujuan untuk memberi subsidi dan membantu pelajar miskin untuk
memperlajari Bahasa Inggeris secara dalam talian serta pelajar yang
memerlukan beg sekolah.
Tidak terhenti di situ, beliau
juga mengusahakan bantuan kepada Sekolah Rendah Harapan Mongolia di
Guam, Baotou City, Wilayah Autonomi Mongolia. Selain itu beliau turut
menyumbang kepada pembinaan Sekolah Rendah Harapan di Shibao, China.
Kerana
sumbangan-sumbangan inlah, Nicky Liow mendapat perhatian dan
pengiktirafan apabila dianugerahkan sebagai “Social Entrepreneur of the
Year Award” oleh World BrandLaureate SMEs Bestbrands Award 2015-2016
pada Mac 2016.
Selain itu, pada bulan Oktober 2016,
Nicky Liow sekali lagi diiktiraf sebagai “Excellent Emerging
Entrepreneur (E-Commerce)” di 15th Asia Pasific International
Entrepreneur Excellence Award 2016 serta “Asia’s Most Influential
Emerging Entrepreneur Award” di Asia Honesty Award 2016 Asia’s Best
Choice.
Maka terjawablah teka-teki, mengapa Nicky Liow
diberikan gelaran “Datuk Seri”. Mungkin kerana sumbangan amal yang besar
kepada masyarakat tempatan dan dunia.
Lagi pun, hak
Sultan Pahang untuk memberi gelaran kepada sesiapa yang difikirkan elok
atas sumbangan yang banyak kepada masyarakat dan tujuan amal.
Masyarakat
tidak patut mengecamnya kerana satu kesilapan yang dilakukan oleh Nicky
Liow kerana kita memerlukan lebih ramai orang seperti Nicky Liow yang
telah memberikan banyak sumbangan kepada aktiviti amal untuk
kesejahteraan rakyat.
Memang sukar untuk kita
‘memaafkan dan melupakan’. Tetapi kita perlu menghargai sumbangan yang
dilakukan oleh Nicky Liow dalam kerja-kerja amal sebelum ini.
Lagipun,
sebagai manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.Tetapi
janganlah kita meminggirkan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya
sebelum ini.
Sumber Artikel - Blog Bacalah Malaysia
BANTU DANA MAHKAMAH SAYA MELAWAN SENDIKET PERJUDIAN DAN WARGA ASING
-
Saya sedang meneruskan kes-kes Mahkamah saya tetapi untuk kali ini tanpa
bantuan dana dari sesiapa. Jadi, saya memmohon kepada sahabat seperjuangan
ya...
1 year ago
No comments:
Post a Comment