Skandal 1MDB masuk sukatan pelajaran Sejarah, Penipuan Hapus Tol Simpang Renggam pula tidak



KUALA LUMPUR: Isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah sebagai pengajaran.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kesilapan itu perlu dipelajari supaya tidak diulangi generasi masa depan.


“Saya boleh memberi jaminan isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi masa depan tidak akan mengulanginya.
 
“Sejarah khazanah yang ‘disamun’ dan juga pemimpin akan dimasukkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN UMNO-Pontian) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad ingin mengetahui fakta sejarah yang menjadi kontroversi dalam negara dan garis masa ditetapkan bagi membolehkannya dijadikan sebahagian daripada pengisian mata pelajaran.

Kepada soalan tambahan Hasanuddin Mohd Yunus (PH AMANAH-Hulu Langat) berhubung langkah diambil bagi memupuk minat tenaga pengajar dan pelajar lebih meminati subjek terbabit, Maszlee berkata, ia berada dalam tindakan kerajaan.

“Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menambah baik pengisian kokurikulum dan teks Sejarah. Kita akan bekerjasama dengan jawatankuasa sedia ada bagi memperkasakan pengisiannya.

“Selain itu, beberapa siri wacana dengan tokoh dan ahli sejarah diadakan bagi mengenali serta mendalami perspektif sejarah secara lebih naratif dan produktif,” katanya.

- BH - 
Share:

1 comment:

  1. BETUL BETUL MUNAFIK ..PUAK PUAK NI..APA KENA MENGENA 1 MDB DI JADIKAN SUKATAN PELAJARAN SSEJARAH..NAK BERPOLITIK PUN BIAR LAH DGN ADA MARUAH..KALAU BEGITU MASUKKAN JUGA LAH DALAM SUKATAN PELAJARAN SEJARAH ..BAHAWA KERAjaan PAKATAN ADA LAH SATU SATU NYA GABUNGAN PARTI POLITIK YG MENANG DGN KAEDAH FITNAH DAN PENIPUAN...DAN JUGA MASUKKAN NEGARA INI HANYA SATU SATU NYA NEGARA ISLAM YG MELANTIK BAKAL PM NYA DARI KALANGAN PESALAH LIWAT..ATAU MASUK KAN JUGA YG ANDA LAH SEORANG YB YANG MENIPU RAKYAT UTK HAPUS TOL DITEMPAT ANDA UTK JADI YB..ATAU NEGARA INI HANYA SATU SATU NYA DIDUNIA YG MELANTIK PERASUAH UTK JADI MENTERI KEWANGAN..APA MACAM ..BODOH DAN BANGANG LAH STANDARD MENTERI PELAJARAN YG KITA ADA SEKARANG..

    ReplyDelete


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik