KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang Tunisia Mohamed Brahmi(gambar), yang mengetuai pergerakan popular, Parti Pimpinan Rakyat, mati ditembak di hadapan kediamannya.
Pembunuhan Mohamed adalah insiden kedua dalam tempoh setahun, mencetus protes di seluruh negara.
Mohamed, anggota parlimen ditembak lelaki bersenjata yang menaiki motosikal.
Sejurus berita pembunuhannya tersebar, penunjuk perasaan turun ke jalanan bagi mengadakan protes.
Demonstrasi turut berlangsung di hadapan kementerian dalam negeri.
Pembunuhan serta protes yang tercetus susulan itu dilihat permulaan kepada insiden yang bakal menggugat kestabilan negara afrika utara ini.
Ia ditambah dengan gesaan kesatuan sekerja yang mendesak satu mogok besar-besaran pada jumaat.
Pembunuhan Mohamed dikecam Perdana Menteri, Ali Larayedd.
Februari lalu, pemimpin politik Chokri Belaid turut ditembak, hingga memaksa perletakan jawatan Hamadi JKbali sebagai perdana menteri.
No comments:
Post a Comment