SHAH ALAM: Rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar
Selangor bertukar tragis apabila kanak-kanak perempuan berusia tujuh
tahun mati lemas di kolam renang di sana.
Amanda Dany Shah sedang bersama-sama dengan ibu bapanya yang menyediakan
perkhidmatan katering untuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Kebajikan
dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis) pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata siasatan
mendapati Amanda telah berjalan-jalan seorang diri manakala ibu bapanya
sibuk menyediakan makanan.
“Gadis itu ditemui di kolam renang yang terletak di tingkat atas kediaman,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurut sumber, seseorang telah menarik Amanda keluar dari dalam kolam
dan cuba menyelamatkannya sebelum ambulans tiba dan digegaskan ke
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di mana dia telah diisytiharkan mati
kira-kira pukul 7 malam.
Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang dan sebuah kereta peronda telah dihantar untuk menyiasat.
Azisman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Beberapa jam selepas kejadian tragis itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid
Ibrahim menulis di Twitter mengucapkan takziah kepada ibu Amanda, Rini
Sutari.
“Takziah Kepada Puan Rini Sutari & Keluarga, katerer Majlis Tahun
Baru Cina PEKAWANIS, atas kehilangan puteri Amanda Dany Shah. Al-
Fatihah,” Khalid menulis.
Setiausaha akhbar Khalid Arfa’eza Aziz berkata beliau menghadiri majlis di Kuala Selangor pada masa kejadian itu.
“Terdapat kira-kira 400 tetamu di rumah terbuka yang diadakan di dewan
di tingkat bawah kediaman,” katanya ketika dihubungi. - mStar
No comments:
Post a Comment