Blog pro-pembangkang, Omak Kau! masih cuba menegakkan benang basah. Apapun, biar hujah dibalas hujah.
Secara semberono, dia melabelkan saya, pengendali blog pro-UMNO. Barangkali dia tidak menyedari, saya hanya penulis bukan taksub kepartian, mengambil inisiatif mendedahkan fakta sekiranya dikelirukan oleh kelompok tertentu.
Omak Kau! harus
tahu, saya tidak pernah terbabit dalam bidang politik. Apatah lagi
mengampu pemimpin politik di Malaysia. Amat jarang saya menulis mengenai
isu poitik, jauh berbeza dengan tugasan rutin Omak Kau!.
Penjelasan
mengenai kesilapan tarikh dan waktu rakaman video dipaparkan di Buletin
Utama, TV3 pada 15 Februari lalu telah dijelaskan, klik di sini.
Omak Kau! kemudian mempertikaikan baju dipakai oleh Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar. Dakwa Omak Kau! tiada logo 1Malaysia di baju itu, oleh itu dia mendakwa visual terbabit direkodkan pada tahun 2007.
Teliti 2 gambar di bawah, disebarkan oleh pengendali blog pembangkang.
Logo 1Malaysia di dada kanan Jamawi memang tidak kelihatan kerana tertutup dan gambar Jamawi gelap di bahagian dada. Saya puji 'art work' terbabit kerana menyiarkan hanya gambar pegun terpilih untuk tatapan umum sekaligus menyokong hujah mereka.
Artikel Penuh: Mazidul Akmal
BELA: Memang dah rutin harian Blogger & Cybertroopers Pembangkang sebar Fitnah,
Apa nak diherankan? PR dan FITNAH berpisah tiada!
Tahniah kepada Mazidul kerana berjaya melondehkan penipuan dan Fitnah Blogger Omakkau.
Ini sumer poyo.... horeyyyyyyyyyyyy
ReplyDelete