Pemilihan President PKR Anwar dan Wan Azizah hanya propaganda UMNO!


Anwar Ibrahim menentang Wan Azizah untuk jawatan President PKR adalah perkara biasa dan ia adalah demokrasi. Tapi luar biasa bagi kita.

Seperti biasa bila mereka dikritik hebat berkaitan isu ini, UMNO juga yang disalahkan.
Senangnya hidup jadi Anwar Ibrahim, dia boleh buat apa sahaja tak kira depan atau belakang,
betul atau salah semua tidak menjadi masalah sebab dia ada penyokong Taasub akan percaya apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut manusia bernama Anwar Ibrahim.

Modes Operandi dia sangat mudah, buat apa saja, sebab akhirnya mereka akan salahkan UMNO.
3 Hakim Mahkamah Rayuan Sabitkan kesalahan kes liwat bekas pembantunya Saiful Bukhari, ini juga dituduh Hakim UMNO.

Dihalang dari memasuki Jepun kerana kecuaian sendiri tidak memohon Visa itu juga salah UMNO.
Hebat UMNO boleh pengaruhi Kerajaan Jepun untuk Halang Anwar
Sedangkan Undang-undang negara itu sendiri menetapkan mereka yang pernah dipenjarakan mesti memohon Visa terlebih dahulu.

Pada 29 Mac yang lepas Anwar mengumumkan akan bertanding lawan Isterinya sendiri untuk merebut jawatan President PKR yang sebelum ini disandang oleh Wan Azizah.



Perkara ini mendapat reaksi yang pelbagai dari banyak pihak.
Ada yang mengatakan tindakan Anwar bertanding lawan Isterinya bertujuan untuk menghalang dari Azmin Ali bertanding untuk jawatan President.
Ini mungkin kerana Anwar masih tidak mempercayai pemimpin PKR lain selain dari Isteri dan ahli keluarganya sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim turut mengulas dengan menyatakan tindakan Anwar itu hanyalah untuk mencetus kontrovesi, Anwar tidak akan senang duduk jika media tidak menceritakan tentang dirinya. Perkara seperti ini akan jadi sesuatu yang amat serius jika berlaku dalam UMNO, dan perkara main-main macam ni tak boleh buat dalam UMNO tambah beliau.


Kita ambil contoh jawatan President UMNO, apa akan jadi sekiranya yang bertanding adalah DS Najib dan Isterinya DS Rosmah? Agak-agak apa komen penyokong pembangkang sekiranya ini berlaku? Soalan yang sama ditanya rakan Blogger DinTurtle (KLIK). Sudah pastinya ia akan dihentam sampai ke sudah.

Puan Zahida Zarik Khan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia yang juga Ahli Majlis Tertinggi pula menyatakan perebutan jawatan presiden PKR antara Anwar dan Isterinya membuktikan amalan Nepotisme memang sudah sebati dan subuhr dalam PKR, ini amat jelas apabila jawatan tertinggi dalam parti hanya boleh dicabar oleh ahli keluarga sahaja.


Persoalannya sekarang, dimana pejuang Demokrasi dalam pembangkang? adakah pertandingan suami dan Isteri ini juga Demokrasi? Mohon lebih cerdik dari terus ditipu dan dibuli oleh Anwar,Isteri,Anak dan Kroni-kroni mereka... !
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive