PRK Teluk Intan - Senarai Pusat Daerah Mengundi

 



Share:

Datuk Huan Lawan DAP di #BukitGelugor ! #Huan2BG #AsalBukanDAP



GEORGETOWN 9 Mei - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Cheng Guan, 53, berkata, keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini.

“Saya akan menggunakan pengalaman sebagai bekas Naib Presiden Gerakan dan anggota Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor.

“Malah, ketika bukan lagi bergelar anggota Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, manifesto pilihan raya dan slogan PCM yang akan digunakannya nanti akan diumum selepas hari penamaan calon, Isnin depan.

“Jentera pilihan raya PCM juga bersiap sedia dan kami sudah mula turun berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor serta mendapat maklum balas yang baik, kita akan pergiatkan kempen selepas penamaan calon, Isnin ini," katanya.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei.

Mendiang Karpal Singh yang juga bekas Pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi. - BERNAMA

Artikel Penuh: UTUSAN
Share:

MCA DALAM DILEMA ANTARA BUKIT GELUGOR ATAU JAWATAN KABINET !


Terjumpa tweet ini tersebar meluas di media sosial, sekiranya benar apa yang dikatakan mantan Presiden MCA ini sudah tentunya barisan pimpinan MCA sekarang yang diterajui oleh Liow Tiong Lai berada dalam dilema.

Dan bagi pendapat BELA sendiri pun ada betulnya desakan yang dilakukan CSL ini,
MCA tidak layak untuk tuntut jawatan Kabinet jika GAGAL untuk membuktikan kekuatan dan kembalikan semula sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional di Bukit Gelugor.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dilakukan MCA sama ada mahu tanding atau pun tidak.
Setakat ini khabar angin mengatakan MCA tidak akan bertanding, mungkin kerana mereka ada percaturan tersendiri atau pun takut mendapat tekanan hebat jika kalah disana nanti.

Berdasarkan pendapat penganalisis Politik Barisan Nasional sepatutnya tidak membuang masa di Bukit Gelugor, dan berikan fokus lebih kepada Pilihanraya Kecil Teluk Intan yang akan bermula seminggu selepas penamaan calon di Bukit Gelugor.

Ini masanya untuk MCA bersama-sama dengan parti komponen Barisan Nasional yang lain terutamanya GERAKAN berkempen habis-habisan di Teluk Intan untuk menarik semula sokongan kaum Cina kepada BN.


AGENDA DAILY: Angin makin bertiup kencang mengatakan Barisan Nasional besar kemungkinan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang pada 25 Mei ini.

Tiga hari menjelang penamaan calon Isnin ini...pelbagai tanda-tanda dikatakan memberi indikasi BN tidak begitu berminat untuk 'buang masa' pada pilihanraya kecil di kubu kuat DAP itu.

Sebaliknya BN dikatakan lebih berminat untuk tumpu kekuatan berentap dengan DAP di Teluk Intan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditanya waratwan mengenai dua pilihanraya kecil berkenaan dalam sidang akhbar selepas merasmikan Rumah UMNO Taiping Khamis hanya berkata," tunggulah...kita akan buat keputusan'.

Difahamkan MCA yang sepatutnya menjadi wakil BN bertanding di Bukit Gelugor sudahpun buat senarai pendek calon yang akan bertanding.

Namun kebelakangan ini ramai dikalangan pimpinan parti itu turut merasakan BN harus menumpukan tenaga di Teluk Intan yang akan diwakili oleh parti Gerakan.

Perkembangan terbaru ini timbul bila tiba-tiba dua pilihanraya kawasan parlimen perlu diadakan dalam jarak masa yang dekat.

Pilihanraya kecil Teluk Intan ekoran kematian wakil rakyat DAP situ ,Seah Leong Peng telah ditetapkan pada 31 Mei manakala penamaan calon pula pada 19 Mei.

Berbanding tiga pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan negeri sebelum ini iaitun di Kuala Besut,Kajang dan Balingian....pilihanraya kecil parlimen melibatkan kawasan yang luas.

Lagipun ada yang merasakan kematian tragik mendiang Karpal Singh dalam kemalangan ngeri boleh dianggap 'special case' untuk tidak bertanding di situ.

Jika benar BN tidak bertanding di Bukit Gelugor ia bukan libatkan faktor takut nak berentap dengan DAP di kubu kuatnya kerana sebelum ini BN sudah turun padang di kawasan kubu kuat pembangkang lain termasuk Permatang Pauh.

Malah ramai kalangan pemerhati politik sendiri merasakan BN wajar fokus pada satu kawasan saja dalam keadaan dua pilihanraya kecil ini.

Pada tahun 2009 BN pernah tidak bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan DUN Penanti di Pulau Pinang berikutan perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Mohamad Fairus Khairuddin.

Apapun jika BN tidak bertanding di Bukit Gelugor besar kemungkinan DAP tidak akan menang percuma balik kawasan itu.

Antaranya satu gabungan 44 NGO Cina yang menamakan diri mereka Penang Front Party telah menyatakan hasrat untuk letak wakilnya sebagai calon menentang calon DAP.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan telah menyatakan minat nak bertanding.

Selain itu seorang individu yang pernah bertanding di sebuah kawasan DUN di Georgetown juga telah menyuarakan minat sama.-10/5/2014
Share:

Aziz Sattar meninggal dunia. AL-FATIHAH


Aziz Sattar meninggal dunia

PELAKON veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. - Foto Afendi Mohamed
Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

AZIZ SATTAR MENINGGAL DUNIA


"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. - BERITA HARIAN -
Share:

Khairy Jamaluddin pun hentam Menteri Kewangan Kedua ?


Kalau sebut pasal GST, berapa ramai yang tahu apa itu GST sebenarnya?
Gasak Sampai Tumbang? Geng Songkok Tinggi? Government Sucks Tax?
Itu antara definasi yang keluar dari puak-puak pembangkang ketika demo TOLAK GST di Dataran Merdeka 1 Mei semalam.

Persoalannya GST itu bagus atau tak bagus? Bebankan rakyat atau tidak?
Masih tiada pencerahan yang 'konsisten' untuk soalan-soalan ini yang sentiasa berlegar dalam fikiran rakyat terutamanya di media sosial seperti Facebook, Twitter.


Dalam ribuan rakyat yang turun demo di Dataran Merdeka semalam BELA boleh katakan 80% daripada mereka sebenarnya tak faham apa pun tentang GST.
Sedangkan penyokong kerajaan sendiri masih ramai lagi tidak faham, inikan pula puak-puak pembangkang yang lebih mudah terpedaya dengan PENIPUAN pemimpin mereka.

"Yang demo semalam tu faham tak apa GST?" soal KJ. Beliau turut akui penerangan tentang GST sekarang masih lemah, dan perlu dipertingkatkan agar Rakyat diluar jelas tentang dasar cukai 'Bharu' yang telah diluluskan Parlimen April lepas.




Tonton Video ini:



Mujur ada aktivis yang menggelarkan diri mereka 'Malaysian Patriots' (CLICK&LIKE) sanggup turun untuk menyaksikan sendiri bantahan yang dianjurkan kumpulan pembangkang.

Kerana rasa tanggungjawap untuk mempertahankan Kerajaan sedia ada, maka Video ini terhasil.
Dan BELA boleh mengesahkan, ini BUKAN hasil kerja dari team PUBLISITI GST KEMENTERIAN KEWANGAN.

Namun impaknya amat besar apabila menjadi 'Viral' di Facebook,Youtube dan Twitter dalam masa tak sampai 6 jam..


FB: Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad





FB: Malaysian Patriots (CLICK)


FB: Suara Nibongtebal



dan banyak lagi termasuklah laman Facebook peribadi yang tak sempat BELA nak 'Print Screen'.
Sekarang sudah jelas yang peserta demo TOLAK GST hanya memperbodohkan diri sendiri untuk turun ke jalanraya tapi tak tahu apa yang mereka bantah.

Jadi apa langkah yang patut diambil kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini?
Terutamanya pihak Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua Husni Hanadzlah perlu menjawap segala persoalan.

Bukan niat kita untuk menentang Kerajaan, jauh sekali untuk menyokong tindakan BODOH pembangkang. Cuma kami mahukan Menteri Kewangan Kedua bertanggungjawap demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia.

Masih belum terlambat untuk menjelaskan, kecuali kalau kita nak lihat Kerajaan BN tumbang hanya kerana GST... !

Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik