Datuk Huan Lawan DAP di #BukitGelugor ! #Huan2BG #AsalBukanDAP



GEORGETOWN 9 Mei - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Cheng Guan, 53, berkata, keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini.

“Saya akan menggunakan pengalaman sebagai bekas Naib Presiden Gerakan dan anggota Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor.

“Malah, ketika bukan lagi bergelar anggota Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, manifesto pilihan raya dan slogan PCM yang akan digunakannya nanti akan diumum selepas hari penamaan calon, Isnin depan.

“Jentera pilihan raya PCM juga bersiap sedia dan kami sudah mula turun berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor serta mendapat maklum balas yang baik, kita akan pergiatkan kempen selepas penamaan calon, Isnin ini," katanya.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei.

Mendiang Karpal Singh yang juga bekas Pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi. - BERNAMA

Artikel Penuh: UTUSAN
Share:

1 comment:


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik