MCA DALAM DILEMA ANTARA BUKIT GELUGOR ATAU JAWATAN KABINET !


Terjumpa tweet ini tersebar meluas di media sosial, sekiranya benar apa yang dikatakan mantan Presiden MCA ini sudah tentunya barisan pimpinan MCA sekarang yang diterajui oleh Liow Tiong Lai berada dalam dilema.

Dan bagi pendapat BELA sendiri pun ada betulnya desakan yang dilakukan CSL ini,
MCA tidak layak untuk tuntut jawatan Kabinet jika GAGAL untuk membuktikan kekuatan dan kembalikan semula sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional di Bukit Gelugor.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dilakukan MCA sama ada mahu tanding atau pun tidak.
Setakat ini khabar angin mengatakan MCA tidak akan bertanding, mungkin kerana mereka ada percaturan tersendiri atau pun takut mendapat tekanan hebat jika kalah disana nanti.

Berdasarkan pendapat penganalisis Politik Barisan Nasional sepatutnya tidak membuang masa di Bukit Gelugor, dan berikan fokus lebih kepada Pilihanraya Kecil Teluk Intan yang akan bermula seminggu selepas penamaan calon di Bukit Gelugor.

Ini masanya untuk MCA bersama-sama dengan parti komponen Barisan Nasional yang lain terutamanya GERAKAN berkempen habis-habisan di Teluk Intan untuk menarik semula sokongan kaum Cina kepada BN.


AGENDA DAILY: Angin makin bertiup kencang mengatakan Barisan Nasional besar kemungkinan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang pada 25 Mei ini.

Tiga hari menjelang penamaan calon Isnin ini...pelbagai tanda-tanda dikatakan memberi indikasi BN tidak begitu berminat untuk 'buang masa' pada pilihanraya kecil di kubu kuat DAP itu.

Sebaliknya BN dikatakan lebih berminat untuk tumpu kekuatan berentap dengan DAP di Teluk Intan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditanya waratwan mengenai dua pilihanraya kecil berkenaan dalam sidang akhbar selepas merasmikan Rumah UMNO Taiping Khamis hanya berkata," tunggulah...kita akan buat keputusan'.

Difahamkan MCA yang sepatutnya menjadi wakil BN bertanding di Bukit Gelugor sudahpun buat senarai pendek calon yang akan bertanding.

Namun kebelakangan ini ramai dikalangan pimpinan parti itu turut merasakan BN harus menumpukan tenaga di Teluk Intan yang akan diwakili oleh parti Gerakan.

Perkembangan terbaru ini timbul bila tiba-tiba dua pilihanraya kawasan parlimen perlu diadakan dalam jarak masa yang dekat.

Pilihanraya kecil Teluk Intan ekoran kematian wakil rakyat DAP situ ,Seah Leong Peng telah ditetapkan pada 31 Mei manakala penamaan calon pula pada 19 Mei.

Berbanding tiga pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan negeri sebelum ini iaitun di Kuala Besut,Kajang dan Balingian....pilihanraya kecil parlimen melibatkan kawasan yang luas.

Lagipun ada yang merasakan kematian tragik mendiang Karpal Singh dalam kemalangan ngeri boleh dianggap 'special case' untuk tidak bertanding di situ.

Jika benar BN tidak bertanding di Bukit Gelugor ia bukan libatkan faktor takut nak berentap dengan DAP di kubu kuatnya kerana sebelum ini BN sudah turun padang di kawasan kubu kuat pembangkang lain termasuk Permatang Pauh.

Malah ramai kalangan pemerhati politik sendiri merasakan BN wajar fokus pada satu kawasan saja dalam keadaan dua pilihanraya kecil ini.

Pada tahun 2009 BN pernah tidak bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan DUN Penanti di Pulau Pinang berikutan perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Mohamad Fairus Khairuddin.

Apapun jika BN tidak bertanding di Bukit Gelugor besar kemungkinan DAP tidak akan menang percuma balik kawasan itu.

Antaranya satu gabungan 44 NGO Cina yang menamakan diri mereka Penang Front Party telah menyatakan hasrat untuk letak wakilnya sebagai calon menentang calon DAP.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan telah menyatakan minat nak bertanding.

Selain itu seorang individu yang pernah bertanding di sebuah kawasan DUN di Georgetown juga telah menyuarakan minat sama.-10/5/2014
Share:

1 comment:


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik