KUALA LUMPUR, 8 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Gareth David Huntley.
Warga British berusia 34 tahun itu dilapor hilang di Pulau Tioman pada 27 Mei lepas.
Mayat Huntley, yang juga seorang sukarelawan di Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara, ditemui Rabu lepas.
"Ingatan dan doa kami bersama-sama Gareth Huntley, keluarga dan rakan
mendiang pada masa yang tragik ini," kata Perdana Menteri menerusi
Twitter beliau.
Hari Sabtu, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan
mayat seorang lelaki yang ditemui di Sungai Mentawak berhampiran Chalet
Lagoon di Kampung Juara, adalah Huntley.
Ini berdasarkan keputusan ujian DNA yang positif membabitkan sampel
darah ibu Huntley, Janet Southwell, dan satu spesimen yang ambil
daripada mayat berkenaan.
Southwell tiba di Malaysia semasa usaha mencari anaknya dilakukan.
No comments:
Post a Comment