Home »
» TUN M PERTAHAN ANGGOTA PERTUBUHAN HARAM PPS ???
Bekas Perdana Menteri
itu menyifatkan penahanan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di
Pulau Pinang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindakan yang
wajar diambil.
Malah,
beliau turut menyifatkan pilihan dibuat PDRM itu sebagai tepat selepas
cabaran terbuka dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar, berhubung isu berkaitan status PPS.
"Di
negara ini kita sudah beri tanggungjawab kepada PDRM untuk menjaga
keselamatan... bagaimanapun sesetengah badan dan organisasi juga
dibenarkan memohon lesen khas daripada polis untuk memantau keselamatan
sesuatu kawasan, namun masih tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan ditetapkan.
"Mengandaikan
bahawa peraturan kawalan keselamatan adalah di tangan mereka, itu tidak
betul dan mereka tidak patut melakukan perkara sebegitu... malah mereka
mencabar Ketua Polis Negara (KPN) untuk menahan mereka, maka KPN tidak
ada pilihan lain selain menguatkuasakan undang-undang yang ada,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 156 ahli PPS di Pulau Pinang oleh PDRM kelmarin.
Sementara
itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan
polis untuk membantu siasatan berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela
(PPS).
Rayer
ditahan kira-kira jam 6 petang tadi ketika sedang berada di dalam Ibu
Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut untuk membantu 135 anggota PPS yang
direman.
Penahanan
Rayer yang juga seorang peguam disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur
Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid -Agendaily
No comments:
Post a Comment