KUALA TERENGGANU: Pembantu Ustaz Azhar Idrus (UAI), Zulkifli Wahab,
menyifatkan penyebaran klip video lucah yang dikaitkan dengan penceramah
terkenal itu sebagai usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan
golongan ulama.
Sambil menafikan pelaku dalam rakaman video itu adalah UAI, Zulkifli
berkata ia juga usaha pihak berkenaan untuk menggagalkan penyebaran
dakwah dalam kalangan umat Islam di negara ini.
"Bukan... jangan percaya... itu adalah usaha terancang pihak tertentu
untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara
ini.
"Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini," katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata kesedaran dan minat tinggi
masyarakat Islam di negara ini menghadiri pelbagai program agama dan
ceramah hingga mencetuskan satu fenomena yang menyebabkan pihak tertentu
tidak senang duduk.
"Tengok sajalah program 'I Want To Touch A Dog'... itu juga satu
daripada usaha kotor untuk menjatuhkan golongan ulama dan ilmuwan Islam,
selain memesongkan akidah umat Islam dan meruntuhkan keteguhan Islam di
negara ini.
"Mereka sengaja merancang usaha kotor ini dan mereka akan buat apa saja untuk merosakkan Islam di negara ini," katanya.
Ditanya penerimaan UAI berhubung penyebaran klip video itu, Zulkifli
berkata UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak
terjejas dengan penyebaran video palsu itu.
No comments:
Post a Comment