UMNO Selangor lembab ! Harus ditelan walaupun pahit !


"UMNO Selangor lembab"
ini antara ungkapan yang keluar dari mulut presiden parti sendiri Dato Sri Najib Razak. Jelas sekali presiden tak mampu nak pendam lagi apa yang beliau rasa selama ini.
Pagi semalam 1 November 2014 Dato Sri Najib Razak hadir merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2014 yang berlansung di Dewan Tun Razak PWTC.



Banyak amanat dan pesanan beliau berikan kepada para perwakilan UMNO Selangor yang hadir. Tidak kurang juga dengan teguran pedas dan kena tepat pada muka para pemimpin UMNO dalam negeri ini. Biarpun pahit tapi harus kita telan.

Bagi pendapat saya memang selayaknya UMNO Selangor mendapat teguran pedas sebegitu agar mereka yang berkenaan bangun dari mimpi dan tidur yang lena. "Hanya UMNO yang mampu pertahankan orang-orang Melayu di negeri Selangor" ini antara ungkapan yang sering kita dengar tapi apa maknanya kalau berbalah sesama sendiri, cantas mencantas dan sebagainya.

Ini adalah punca utama kekalahan lebih banyak kerusi DUN dari 20 pada PRU12 kepada hanya 12 pada PRU13. Umum tahu gabungan parti pembangkang di Selangor DAP,PKR dan PAS tidak sekuat mana apabila mereka sering berhadapan krisis pertembungan terutamanya dalam rumah PKR yang mana berlaku perebutan hebat jawatan Menteri Besar.

Sekali lagi UMNO Selangor gagal ambil kesempatan atas masalah dalaman parti lawan. Mungkin disebabkan masalah dalaman parti sendiri yang melemahkan segalanya. "Bersatulah orang UMNO, demi Agama Bangsa dan Tanah Air"

Pandang ke hadapan, PRU14 misi kita menawan semula Selangor negeri terkaya dalam Malaysia. "Bersatulah wahai UMNO rampas semula Selangor yang sudah kita bina".
PRU14 adalah pentas anak muda apabila 65% pengundi pada pilihanraya akan datang adalah dari saluran muda.


UMNO Selangor bukan sahaja harus tapi mesti, mesti, mesti mendekati mahasiswa dan kumpulan profesional muda dari setiap pelusuk negeri. Cari dan beri peluang kepada mereka berada di pentas-pentas utama UMNO. Beri peluang kepada mereka menyumbang idea segar kepada parti.
Jangan lagi ada 'Penghalang' kepada mereka. Hanya kerana kita takut hilang pengaruh dan sokongan kepada diri sendiri. Parti lebih penting dari pengaruh peribadi !

Percaya atau tidak masih ramai diluar sana tegar menyokong UMNO. Ramai anak muda sebenarnya lebih percaya kepada UMNO walaupun mereka masih belum menjadi ahli.
Ada yang sentiasa membantu dan berjuang walaupun mereka bukan ahli parti. Kadangkala mereka lebih UMNO dari ahli UMNO sendiri.

Semoga UMNO Selangor terus mara ke hadapan mengorak langkah dan strategi menguatkan jentera bagi menghadapi peperangan politik yang tidak sampai 5 tahun lagi. Terimalah segala teguran mahupun kritikan walaupun pedas tapi akhirnya ia akan memberi kebaikan kepada semua.

- Rakyat Marhaen -

Pemimpin UMNO harus sedar diri - Petikan dari SelangorPress
Lagi cerita UMNO Selangor SINI
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik