Isu UMNO Selangor lembab dan sebagainya cukup panas diperkatakan akhir-akhir ini.
Ini rentetan dari teguran pedas presiden UMNO Dato Sri Najib Razak sendiri ketika memberi ucapan dan merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2014 di PWTC tempoh hari.
Tidak cukup UMNO Selangor dihentam kiri,kanan atas dan bawah, kini muncul pula spekulasi untuk menukar Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor iaitu Dato Sri Noh Omar seperti yang ditulis oleh blog Pena Tanah Melayu (Click)
Saya setuju dengan pendapat dari penulis Pena Tanah Melayu yang mengatakan "Tindakan seperti ini hanya akan menyebabkan perpecahan yang lebih besar
dalam pentadbiran UMNO Negeri dan tidak membawa keuntungan untuk ahlinya
juga"
Dalam penulisan lain bertajuk "Yang Mana Satu Ganti Noh Omar Di Selangor" seperti dalam print screen di atas. Soalan saya apakah niat penulis artikel dalam portal POST METRO ini? Yang boleh saya katakan BERNIAT JAHAT dan mahu melaga-lagakan pemimpin di UMNO Selangor.
Apakah agenda mereka sehingga mengeluarkan spekulasi dan meletak nama-nama pemimpin tertentu sebagai 'option' untuk menggantikan pengerusi perhubungan sekarang?
Soalan saya seterusnya, adakah POST METRO mendapat arahan dan dibayar oleh pihak tertentu untuk melakukan spekulasi seperti ini?
Ini bukan masanya untuk memburukkan lagi keadaan, sebaliknya kita harus turut sama membantu dalam memperkuatkan lagi UMNO sebagai parti keramat orang Melayu umunnya dan UMNO Selangor khasnya.
Tidak salah kalau kita nak buat teguran atau kritikkan asalkan ia dengan niat untuk kebaikan parti,pemimpin dan seluruh ahli-ahli seperti yang saya tulis sebelum ini UMNO Selangor lembab ! Harus ditelan walaupun pahit !(CLICK)
Untuk jawapan kepada persoalan 'Siapa Dalang Serang Hendap UMNO Selangor ???' kita tunggu artikel yang seterusnya... Salamzz...
Penulisan lain tentang 'Spekulasi Tukar Noh Omar' - SINI , SINI
BANTU DANA MAHKAMAH SAYA MELAWAN SENDIKET PERJUDIAN DAN WARGA ASING
-
Saya sedang meneruskan kes-kes Mahkamah saya tetapi untuk kali ini tanpa
bantuan dana dari sesiapa. Jadi, saya memmohon kepada sahabat seperjuangan
ya...
1 year ago
No comments:
Post a Comment