DARI PUTRAJAYA KE SELANGOR ? APA LAGI KAU MAHU ?



Ini susulan dari artikel sebelum ini yang mengulas dan melontarkan persoalan Siapa Dalang Serang Hendap UMNO Selangor ??? (CLICK) Soalan yang sama dilontarkan oleh rakan blogger MEGATSPY (CLICK) iaitu:


"Siapakah dalang disebalik 'perancangan' itu?

Dari orang UMNO sendirikah?
Dari orang luar UMNO kah?"

Mungkin semua persoalan ini akan terjawap tak lama lagi atau dengan kata lain 'Kita tengok siapa yang kena' Heh3..

Kalau PKR terkenal dengan operasi 'Langkah Kajang' yang disusun rapi untuk menumbangkan kepimpinan menteri besar Selangor yang lepas iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Perancangan yang mereka buat bukanlah sehari dua sehinggalah TSKI dipecat dari PKR dan melepaskan jawatan Menteri Besar.

Kini seolah-olah 'Teori' yang sama berlaku di dalam kepimpinan UMNO Selangor. Cuma jalan ceritanya agak berbeza.

Kalau PKR punya cerita 'Dari Kajang ke Putrajaya', kini kita punya cerita baru iaitu 'Dari Putrajaya ke Selangor'. Atau lebih tepat lagi UMNO Selangor..

Bukan baru kita dengar tentang sikap 'TAMAK' segelintir pemimpin ( pemimpin ke dia?:P ) yang sentiasa mengintai peluang untuk menjana lebih kekayaan untuk diri dan keluarga.

Keluarga 'BANGSAWAN' tamak seperti ini lah yang akan merosakkan Kerajaan dan parti UMNO khasnya.

Adakah 'BANGSAWAN' ini layak untuk ambil alih kepimpinan dan menguatkan UMNO Selangor?
Atau kita bakal melihat kehancuran yang dasyat jika kumpulan 'BANGSAWAN TAMAK' ini diangkat menjadi pemimpin tertinggi parti di Selangor.

Bersyukurlah dengan apa yang sudah dimiliki sekarang, duduklah dengan selesa di Putrajaya sana. Jalankanlah amanah sedia ada dengan sebaiknya.

** Masih samar siapa Dalang? 'Kita tunggu dan lihat siapa yang kena' .. Salamzz..
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik