HAPUS SUBSIDI RON95, ORANG KAYA MENGAMUK !!!

Ramai yang menzahirkan kemarahan apabila kerajaan umum untuk menghapuskan subisdi Petrol RON95 dan Diesel. Disebalik kemarahan tu ada yang kita perlu tahu apa manfaatnya kepada rakyat.

Siapa yang marah? Siapa yang untung? Siapa yang rugi?

Apaguna kalau kerajaan habis BERBILION RINGGIT MALAYSIA setiap tahun untuk subsidi petrol jika ia hanya akan menguntungkan orang-orang kaya berkereta mewah?

Istilah subsidi itu sendiri bermaksud bantuan. Jadi apa perlu kerajaan bantu orang kaya berkereta mewah jika mereka sudah mampu untuk membeli minyak tanpa subsidi?



Petikan dari Facebook:
Tiada lagi subsidi untuk minyak RON95 dan Diesel bermula 1 Disember 2014.
Tak dinafikan ramai yang marah, sebab apa sebab mula-mula sekali yang mereka fikir adalah akan lebih terbeban apabila subsidi dihapuskan.

1) Kita kena tahu yang harga minyak dunia sekarang berada dalam trend menurun dan mungkin akan turun lagi sehingga tahap dibawah RM2.30 seliter seperti sekarang.

2) Kerajaan beri subsidi atau kata lainnya bantuan pada setiap liter minyak yang rakyat isi di stesen minyak pada ketika harga pasaran minyak dunia tinggi.

3) Harga minyak RON95 dan Diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal atau lebih mudah faham ikut harga pasaran dunia sama seperti minyak RON97 yang ada sekarang.

4) Apa baiknya bila RON95 tiada subsidi dan ikut harga pasaran dunia?

i) Wang rakyat (Subsidi) yang dibakar oleh orang-orang kaya,rakyat asing,penyeludup akan dapat diselamatkan.

ii) Kerajaan dapat jimbat berBILLION Ringgit Malaysia setiap tahun dari terus dibakar.

iii) Hasil penjimatan ini boleh disalurkan terus kepada golongan sasar, ataupun pembangunan lain.

-------------------------------

Harapan: Kalau sebelum ni kerajaan membelanjakan wang bagi subisidi untuk bantu rakyat membeli minyak RON95 dan Diesel.

Apalah salahnya jika kerjaan fikirkan mekanisma lain untuk terus bantu ringankan beban rakyat atau lebih tepat lagi kumpulan sasar yang memang sepatutnya mendapat bantuan.

Sebagai contoh Bantuan Minyak 1 Malaysia ke atau apa sahaja yang sesuai asalkan beban kos sara hidup sekarang dapat dikurangkan.

Sumber: ZAPA - Aktivis Media Sosial (CLICK)
Share:

1 comment:

  1. marah2 pon x dpt buat apa2...
    .
    ini sekadar cadangan.. kalau bole di laksanakan atau di baiki...
    .
    kita kini da ada MyKad antara yg terbaik. gunakan mekanisma ini untuk bagi subsidi minyak..
    maksudnya,kalau mereka yg berdaftar dan layak terima subsidi, boleh isi minyak tapi kene scan/check MyKad n cap jari dulu, bila ada pangesahan layak, baru bole isi minyak...
    mungkin cara ini mcm susah dan leceh, tapi sampai pada golongan sasaran, ok la kan...
    .
    siapa2 bole komen/cadang/tambah baik...??

    ReplyDelete


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik