LUAHAN IBU,PENGANJUR KARNIVAL UPIN-IPIN MESTI AMBIL MAKLUM !!!

Assalamualaikum wbt

Tuan,

Saya mewakili ibu bapa, mak ayah, atok opah dan semua org nk ucap terima kasih kepada tuan yang terutamanya kepada Les Copaque yg telah berjaya menganjurkan Karnival Upin Ipin dan Ultraman.

Surat saya ni tak formal sebab senang kot cerita mcm ni. Kalau saya tulis formal pun takut nanti masuk trash atau spam email jadi sia-sia saya menulis. Tulis kt sini untung-untung ade sesapa keje dengan pihak tuan boleh la forward..harapnye lah.

Sebelum saya tulis panjang, biar saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Salwa. Anak ada tiga. Semua hero. Yang sulung 5 tahun, yang tengah 3 tahun, yang bongsu 2 bulan setengah. Jadi faham-fahamlah kegilaan mereka pada watak Upin Ipin dan Ultraman ni.

Kalau tanya parents yang ada anak age dari 2 hingga 12 tahun ni, sape aje yang tk kenal upin ipin? Mungkin ada tapi 2 dalam 10 la kot. Sampai ke serantau asia orang kenal kan?

Jadinya tuan, jumaat malam tu kami dah sampai ke Karnival. Memang ramai orang dan jem utk tunggu parking. Dlm setengah jam macam tu dapat masuk parking di bawah. Alhamdulillah.

Walaupun penuh sesak, kami dapat jugak tengok perarakan masuk Upin Ipin dan kawan-kawan setelah bersabar tunggu setengah jam di tempat tu. Ekpresi anak bila nampak pujaan hati tu dh cukup nk bayar kepenatan.




Habis show tu, kami singgah pula di Upin Ipin store. Banyak barang dh habis malam tu. Mmg laku keras la. Mesti untung juta-juta

Hari ahad kami datang lagi dengan misi yang lain. Untuk tgk Ultraman pulak.

Walaupun drg saya dah tak bagi tgk Ultraman sejak saya terminate Astro beberapa bulan yang lalu (Youtube pun saya dh tk pasang Ultraman), tapi bila dapat tahu Ultraman nk datang (ye la iklan kat TV pun kemain banyak) makanya berjanjilah saya kepada anak-anak utk bawa pegi tgk. Kita tahu anak kita minat jadi macam mana pun mesti nk usahakan supaya dapat tgk live.

Saya rasa parents lain pun mcm tu la perasaannya.
Kan?
Kan?

Kami sampai di persimpangan trafik light depan PICC tu jam 9.56 pagi. Jem dah kawasan tu. Banyak kereta just park tepi jalan sebab give up nk masuk. Polis trafik pun dah mula sampai.  Dalam jam 10.12 pintu masuk utama PICC dah tutup utk kereta masuk sebab dalam katanya dh full.

Waaaaahh!!

Kami antara kereta terakhir yang dapat masuk. Yg lain tu mesti bengang beratur tapi tk dapat masuk main gate. Selepas tu tak pasti pula pukul berapa kereta dapat masuk semula sebab kami dh kat dalam

CADANGAN 1: Pihak penganjur panggil la polis trafik datang kawasan tu awal sikit. Jika start jam 9, sebolehnya jam 8.30 tu pun dh boleh ready. Jika polis sibuk, dapatkan krew dari pihak berkuasa kawasan tu utk kawal sebelum polis sampai.

Bila dah dapat masuk, jem pulak nk parking. Kalau berpusing-pusing pun belum tentu dapat parking. Sedikit pelik sebab dah hari ketiga jadi juga perkara ni.

CADANGAN 2: PICC ada jumlah parking kenderaan. Campur sikit dengan yang boleh parking tepi-tepi jalan. Pekerja pihak penganjur pakat la dengan pekerja di PICC yang dh selalu jaga event. Diorang seharusnya dah boleh estimate berapa kereta yang boleh masuk sebelum tutup main gate. Pakailah walkie talkie dan communicate dengan pekerja lain supaya orang tk perlu berpusing-pusing cari parking.

Kami masuk ke dalam dewan dari arah tempat pemunggahan barang. Takde dibuat orang waktu lain kot?
Dah masuk je dalam sekali tgkk..Ma sya Allah tuan, penuh tak terkata!

Dewan untuk Jejak kenangan dah melimpah ruah sampai halang laluan. Beratur panjang nak masuk. Oleh kerana kami ni mmg nk tgk ultraman je, kami terus ke Dewan Perdana. Waktu tu slot Pada Zaman Dahulu. Mmg dh penuh tapi masih boleh berjalan.

Mujur jumpa satu spot dimana booth tu kosong. Depan booth JKM. jadi dapatlah kami duduk disitu (waktu tu jam 11 pagi) sementara nk tunggu ultraman keluar pkl 1 nanti. Yang pasti, booth Julies, Vitagen dan seangkatan dengannya untung besar sebab orang panas, lapar dan bersesak sesak.

CADANGAN 3: Sediakan lah ruang sedikit utk ibu menyusukan. Dah tentu tentu ramai ibu yang umur anaknya average baru lahir sampai 12 tahun kt situ. Ruang kecil tapi akan bawa makna besar utk para ibu sebab event ni mmg event budak-budak, bukan utk kami nk bershopping pun.

Ada saya nampak ibu yg memangku bayi kecil dah terduduk di tengah orang ramai. Saya tegur dan tunjukkan spot saya duduk supaya dapat bernafas sikit ibu tu.

Jika ada yang tanya kenapa kitaorang bawa juga baby kecik mcm tu, jawapannya; abes tu sapa pulak nak jaga kalau tinggal? Lagipun ramai kot tak expect sampai mcm tu ramainya org. Mcm saya pula, saya dah tau mesti ramai orang tapi baby saya yang 2 bulan stgh tu so far alhamdulillah mmg jenis tk menangis, jadi saya confident bawa dia. Just kene kipaskan dia sepanjang masa je.

Suami saya bergilir-gilir mendukung anak sulung dan anak tengah utk tgk show di stage. Mcm mana keadaannya? Mcm ni la..



Mmg padat. Saya pasti ramai emak bapak akan lenguh bahu beberapa hari ni.

Jam 12 anak yg sulung nk pegi toilet. Walhal tadi dh pegi dah. So saya bawak ke toilet and guess what tuan? (sorry cakap omputih pulak) nak keluar dan masuk pegi toilet pun dekat setengah jam!

Dua-dua pintu stuck sebab orang keluar dan masuk di pintu yang sama.MMg membazir masa disitu. Ada yang dah jerit-jerit tak sabar, ada yang tolak-tolak

Cadangan 4: Walaupun pihak tuan letak signage 'KELUAR' dan 'MASUK', dek sebabkan orang yang datang dah ratusan ribu kot, mana la nk nampak. Apa kata hire 2 orang dengan jaket kaler stricking gila pastu tulis 'KELUAR' dan 'MASUK'. jadi orang tu boleh tolong kawal pintu tu. Ok tak?

Jam 12.35 setelah balik dari toilet, saya nak ambil anak kedua tapi tgk both kedua dan ketiga dah tertidur. Jadi suami saya jaga dan saya bersesak ke arah depan pentas utk bawa anak sulung.

Dengan badan yang dh agak kurus sikit lepas berpantang (eh?) berjaya juga menyelit kat depan sedikit. Itupun ngam2 aje utk nampak stage dengan penglihatan separa. (sebab dh ramai sgt org). Tuan tahu, orang2 di belakang saya dah mula meng&$&%*#& kerana orang didepan tak mahu bertolak ansur utk duduk.

Kami kecewa. dh 3 4 jam tunggu tapi jadi mcm ni. Seisi jeritan dan macam2 kata tak berapa nak manis bermula. Tgk la kalau dh mcm ni orangnya??


Hall dah tkde ruang utk berjalan pun. walaupun pengacara minta duduk berkali-kali tapi mereka yang kat depan tak nak dengar.

Cadangan 5: Saya tgk dari malam jumaat tu ramai krew Les Copaque berbaju hitam. apa kata tuan minta 4 orang jaga setiap penjuru dan minta parents duduk. Bila krew yang bagi arahan, drg akan ikut juga especially kalau tuan hire jenis yang badan Abg Sado... Kalau parents belakang jerit pecah anak tekak pun tkde makna de..


Akhirnya Ultraman muncul juga. Saya dah la tak berapa nk larat dukung, mujur ada brader sporting gila tolong dukung anak saya 15 minit sampai lastnya dia pun give up dan kata tak rasa dah kaki dia. Saya pun tarik je anak keluar dari kawasan tu


Of course la anak saya menangis guling-guling kan


1.25 show hampir tamat kami dah keluar dari hall. diluar hall walaupun tuan sediakan main screen, orangnya sama ramai je. Tak boleh nk jalan sampailah show habis.

Cadangan 6: Buat la dua tiga ke main screen tu. Pecahkan sikit crowd. 

banyak dah cadangan saya ni tapi ini cadangan last merangkap paling penting

CADANGAN 7, 8 , 9 dan 10: 
TUKAR LOKASI, 
TUKAR LOKASI, 
TUKAR LOKASI DAN 
TUKAR LOKASI!!!

PICC tak sesuai dengan ramainya org yg serbu. Buat la kat stadium putra ke, stadium melawati ke...
In sya allah masalah banyak dpt selesai

Apapun harapnya pihak tuan sudi la terima cadangan-cadangan saya tu. Tuan mesti nak ramai lagi datang lepas ni kan? Jadi janganlah kecewakan kami para ibu bapa yang berhempas pulas bergolok gadai berpeluh sakan sebab nk ke karnival ni

Sekian,

Emak 3 hero yang sangat bertabah

Nota tambahan:
Ini adalah pandangan peribadi saya. Tidak mewakili mana-mana pihak dan mana-mana individu. Jika ada yg rasa 'eh, tk mcm ni pun?" maka itu hak anda dan perasaan anda juga. Jadi saya hormati. Oh, timing tu yang saya ingat lebih kurang lah. Mungkin ada gap seminit dua.

chill!

Sumber: SALWASALEH dot com


BELA: Ada juga plan nak bawa anak-anak datang enjoy dekat karnival ni, memang dah jangka yang datang ramai gila sebab tengok gambar dari hari pertama lagi.

Bila nak pegi sesi Ahad pun ada je halangannya, last sekali tak pergi lansung.. Kita merancang Allah yang menentukan. Kalau tak senasib lah dengan Puan Salwa Saleh tu. Huhu..
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik