BUKTI ! DAP NAK MENJAHANAMKAN MALAYSIA !!



KUALA LUMPUR 20 Mac – Pe­mimpin DAP merupakan yang paling aktif mensabotaj ekonomi negara hingga sanggup menghantar wakil mereka ke luar negara dengan tujuan memburuk-burukkan imej Malaysia dan kerajaan.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkata, sebagai contoh, pada 18 Julai 2013, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN Tangkak, Ee Chin Li; ADUN Bentayan, Chua Wee Beng dan bekas pe­mimpin Pas, Mazlan Aliman pergi ke Taiwan untuk memprotes penyertaan Kuokuang Petrochemical Technology Co. (KPTC) daripada melabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petroki­mia (RAPID). 

“Akibatnya, sebulan selepas protes diadakan di Taiwan oleh wakil-wakil DAP ini, KPTC menarik diri daripada melabur di RAPID atas sebab tertentu.
“Selain RAPID, pem­bangkang cuba men­sabotaj projek Lynas di Kuantan, Pa­hang. Mereka ber­demonstrasi di ha­dapan pejabat Pe­su­ruhjaya Tinggi Aus­tralia di Kuala Lum­pur. Malah, Ahli Par­limen Kuantan da­ripada PKR, Fuziah Salleh juga antara yang kuat membantah pembangunan Lynas dan menggunakannya sebagai modal politik kempen pilihan raya umum. Namun sekarang, isu Lynas sudah senyap,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Kelmarin, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbuatan mensabotaj ekonomi harus dihentikan oleh mana-mana pi­hak demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, tindakan sedemikian tidak wajar diteruskan walaupun golongan berkenaan mempunyai perbeza­an pendapat politik.
Sehubungan itu, Cheng Guan menya­rankan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara supaya melihat undang-undang yang bo­leh dikenakan ke atas pengkhianat tersebut­ supaya tindakan men­­sabotaj ekonomi ne­­gara tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

“Ini kerana tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab mereka mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap kemajuan serta pembangunan negara tercinta ini.
“Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan, latihan keusahawanan sama ada dalam industri kecil atau sederhana, industri perkhidmatan dan aktiviti ekonomi lain hasil daripada pelaburan tidak akan wujud sekiranya pembangkang berjaya dalam agenda jahat mereka untuk mensabotaj ekonomi negara,” ujarnya.
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik