KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang melenting apabila ditanya
media mengenai pendirian partinya yang menolak langkah PAS membentangkan
Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan)
2016.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu terdahulu ditanya sama ada DAP masih
belum memahami penerangan PAS bersabit pindaan terhadap Akta Mahkamah
Syariah atau Akta 355 itu.
“Pendirian kita, PAS yang tidak faham penerangan yang diberikan oleh
G25 dan lain-lain sarjana Islam bahawa ini bertentangan dengan
perlembagaan,” katanya dalam nada sedikit tegang ketika menjawab soalan
pihak media sewaktu sidang medianya, sebentar tadi.
Malah Kit Siang juga bertanya wartawan yang menanyakan soalan tersebut mewakili agensi media dari mana.
“Mengenai PAS, anda tanya PAS lah. Saya bukan PAS, saya DAP,” katanya lagi.
Keadaan bertambah tegang apabila seorang wartawan kemudian bertanya,
mengapa DAP tidak menggesa pembangkang untuk mengundi ‘tidak’ RUU itu
terlebih dahulu dan bukan meminta parti komponen Barisan Nasional (BN)
untuk berbuat demikian.
“Tidak.. tidak, anda tidak perlu lihat pihak pembangkang, anda perlu
lihat kepada 133 (ahli parlimen BN sebab mereka majoriti),” katanya
mengelak sambil meninggikan suara.
Terdahulu dalam sidang media itu, DAP menggesa MCA dan Gerakan menyatakan pendirian mereka bersabit RUU tersebut.
Parti itu mempersoalkan sama ada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong
Lai, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Ketua Setiausaha
Datuk Ong Ka Chuan dan juga Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong
akan meletak jawatan jika usul PAS itu diluluskan di Parlimen.
AP
No comments:
Post a Comment