KUALA
LUMPUR 19 Julai – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui cukai barang
dan perkhidmatan (GST) adalah lebih telus berbanding cukai jualan dan
perkhidmatan (SST).
Guan Eng juga berkata, pelaksanaan SST yang dijangka bermula 1 September ini akan memberi impak terhadap harga barangan.
“Kita
tidak menafikan, kalau sebut yang mana lebih telus tentunya GST lebih
telus tetapi apabila sebut GST lebih telus maknanya GST itu boleh kutip
cukai dengan luas dan mempunyai kesan ke atas rakyat.
“Sedangkan
SST sungguhpun tidak setelus dan efisien seperti GST namun kesan kepada
rakyat khususnya pengguna akhir yang kita beri tumpuan,” katanya ketika
sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) dalam sidang Dewan
Rakyat, hari ini.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment