KUALA LUMPUR 17 Julai – Akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi dibekukan oleh pihak berkuasa mulai semalam, kata sumber rapat kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Sumber tersebut berkata, tindakan itu
dikatakan dilakukan secara senyap-senyap, berbeza dengan publisiti
siasatan terhadap Najib.
Jelas sumber berkenaan, akaun tersebut tiada
kena mengena dengan politik dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara
yang disiasat oleh pihak berkuasa.
“Hakikatnya mereka membuka semula akaun itu secara senyap-senyap membuktikan mereka salah membekukan akaun itu pada awalnya.
“Difahamkan
akaun bank itu digunakan Najib untuk membayar bil dan perbelanjaan
keluarga,” kata sumber itu seperti dipetik daripada laporan portal Free
Malaysia Today hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment