SALEEM IKLIM KEMALANGAN, MOHON DOA


Berita diterima daripada PA beliau sendiri dan gambar mula menjadi viral di Faceboo dan WhatsApp.
Dimaklumkan keadaan abang Saleem sedang kritikal di Hospital Kajang selepas dilanggar kereta dalam satu kemalangan.

"Petang semalam sekitar jam 3.30.. Kemalangan Kat area restoran yg kita lepak minum ramai2 dulu tu (Bandar Mahkota Cheras). Dia bawak moto nak gi beli makanan kucing
Kene hentam dari belakang dengan kereta yang dipandu orang tua.." kata PA beliau..

11 tulang rusuknya juga patah, mohon para peminat dan pembaca doakan kebaikan untuk Abang Saleem agar beliau sedar dan sembuh semula..





Share:

Percayalah, Saya tak guna SPRM dan PDRM untuk tekan orang UMNO - Tun Mahathir



PUTRAJAYA
: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nafi beliau menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengenakan tekanan ke atas ahli UMNO.

Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, beliau, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, siasatan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat aduan dan jika cukup bukti, mereka akan dikenakan tuduhan oleh PDRM atau SPRM di mahkamah.

“Secara kebetulan, mereka disyaki terlibat dalam jenayah... Kalau mereka tidak terlibat jenayah, mereka tidak disiasat, polis pasti mengetahui perkara ini,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai sesetengah laporan media bahawa beliau menggunakan SPRM dan PDRM untuk memastikan ahli-ahli UMNO keluar dari parti itu, dan seterusnya menyertai parti beliau sendiri iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dakwaan itu timbul susulan dua pemimpin kanan UMNO bertindak keluar dari parti itu, iaitu ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman.

Sementara itu, ditanya sama ada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjumpa dengan beliau untuk menyertai PPBM, Dr Mahathir berkata ia hanya perjumpaan biasa, termasuk dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain.

“Mereka datang berjumpa saya, selepas berjumpa saya, mereka jumpa Pas. Anda sekarang bebas, tidak seperti dahulu, sebelum ini kalau berjumpa orang salah, orang income tax akan datang," katanya secara berseloroh.
Share:

RATUSAN RIBU PELUANG PEKERJAAN DARIPADA PETRONAS



Secara peribadi, saya amat gembira bahawa projek penapisan minyak dan gas serta petrokimia hasil usahasama Petronas dan Saudi Aramco RAPID di Pengerang, Kota Tinggi akan beroperasi tidak lama lagi.

Ia adalah pusat minyak dan gas serta petrokimia terbesar di Asia dan antara yang terbesar di dunia.
Laporan media semalam melaporkan bahawa kargo minyak pertama membawa bahan mentah untuk penapisan akan diterima pada akhir bulan ini. Ini bermakna loji sudah bersedia untuk beroperasi.

Apabila loji penapisan yang juga terbesar di negara ini dengan kapasiti penapisan 300,000 tong sehari memulakan operasi, ia bermakna negara tercinta kita ini buat pertama sekali dalam sejarah sudah mencapai tahap mampu diri atau ‘self-sufficiency’ bagi memenuhi keperluan petrol serta bahanapi lain.

Selain dari mewujudkan ratusan ribu pekerjaan, secara langsung dan tidak langsung, projek RAPID ini adalah keutamaan bagi saya kerana ia strategik bagi pembangunan industri petroliam dan petrokimia negara dan kita tidak lagi bergantung kepada negara lain bagi keperluan penapisan.

Sekian lama, kapasiti penapisan minyak Malaysia tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan negara mengakibatkan kita terpaksa mengimpot petrol dan bahanapi dari Singapura.

Saya pernah bertanya, mengapa kita perlu mengimpot keperluan harian petrol dan diesel dari Singapura sedangkan repubik itu bukanlah pengeluar minyak seperti Malaysia. Pada pendapat saya, kita patut membina kemudahan ini bagi memenuhi keperluan negara.

Oleh itu, projek ini dilaksanakan. Biarpun kosnya bukan kecil tetapi ia juga akan menghasilkan lebihan bahanapi sudah dipais setiap tahun serta keluaran produk downstream yang lain dari projek ini yang boleh dieksport.

Hasil dari hubungan antara negara yang rapat pada masa itu, dengan kerjasama dan pelaburan sebanyak US$7 bilion (RM29 bilion) dari syarikat minyak nasional Arab Saudi iaitu Aramco, RAPID juga tidak perlu bimbang tentang keperluan minyak mentah mereka kerana ini juga terjamin melalui usahasama ini.



Saya cuma kesal bahawa projek saluran paip minyak dan gas yang sepatutmya menghubungkan projek RAPID di Pengerang sampai ke Alor Setar, dibatalkan.

Projek saluran paip ini sudah mula dibina oleh syarikat milik kerajaan China tetapi dibatalkan oleh kerajaan PH.

Projek saluran minyak dan gas ini yang dikenali sebagai projek MPP ataupun Multi-Purpose Pipeline membolehkan petrol, diesel dan bahanapi lain disalurkan ke seluruh pantai barat Semenanjung Malaysia dengan kos yang termurah tanpa memerlukan beratus lori tangki petrol berada di jalanraya.

Kelemahan ini perlu di atasi oleh kerajaan PH pada masa depan.
Share:

LEPAS LIM GUAN ENG, NAJIB RAZAK TROLL LIM KIT SIANG PULA



Hari ini, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa saya tak sepatutnya keluarkan bukti dana 1MDB kerana kes saya masih di mahkamah.

Jelas kelihatan Kit Siang tidak gembira apabila saya paparkan bukti-bukti itu.
Nampaknya Kit Siang sudah tersalah kes. Nasib baik bukan tersalah faham titik perpuluhan, salah faham dan hantam cukai ke atas barang basah, salah tarikh ataupun salah negara.

Untuk makluman Kit Siang, saya didakwa berkaitan SRC dan bukan 1MDB di mana saya yakin akan dapat mempertahankan diri dalam kes ini.

Justeru, saya berhak untuk mempertahankan diri dan beri penjelasan tentang tuduhan-tuduhan terhadap saya mengenai isu 1MDB.

Baru-baru ini, saya mencabar Kit Siang untuk mengakui bahawa beliau tahu saya sudah kembalikan wang yang disebut RM2.6b itu tetapi Kit Siang memilih untuk tidak menjawab.

Semalam saya telah memuatnaik dokumen-dokumen dari bank yang menunjukkan wang yang disebut ramai sebagai RM2.6 bilion ini telah dikembalikan kepada sumber sama yang menghantarnya.

Penjelasan saya mengenai RM2.6b ada dihantaran semalam di link ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155586360370952

Bila agaknya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH akan mengakui bahawa saya tidak merompak, menyamun, mencuri dan menyimpan dalam poket wang RM2.6b ini untuk membeli cincin dan beg tangan?

Saya juga dapati pihak polis turut mengeluarkan kenyataan semalam bahawa RM2.9 bilion pernah masuk ke dalam akaun peribadi.

Namun, saya dapati mereka tidak menyatakan bahawa saya sudah memulangkan wang RM2.6b itu dan tidak menyebut bahawa sekurang-kurangnya US$200 juta ialah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud.



Juga Artikel Menarik --> MOF PADAM STATUS SEKALI LAGI
Share:

MOF PADAM STATUS SEKALI LAGI

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini memadam sekali lagi status mereka di dalam Facebook rasmi kementerian dan kali ini status yang melampirkan kenyataan Menteri Kewangan, Hong Kong mengenai prestasi nilai matawang pula dipadam.

ini adalah status kedua yang dipadam selepas status perbandingan SST dan GST yang memaparkan infografik yang salah tempoh hari.
 
Kali ini pula, Menteri MOF yang paling malang dalam sejarah Malaysia telah menyatakan bahawa nilai ringgit yang terbaik semenjak Pakatan mengambil alih pemerintahan di Putrajaya, namun fakta yang diberikan Lim itu tersasar jauh apabila turut mengambil kira tempoh pentadbiran kerajaan BN.
Status berkenaan turut ditegur oleh Mantan Menteri Kewangan dengan perlian “salah ambil tarikh pula” ,

Siaran media kementerian yang telah dipadam


siaran media yang telah dipadam, MENTERI KEWANGAN HONG KONG

MOF telah memadam status berkenaan dan hanya tinggal status Prestasi Nilai Matawang Ringgit di antara yang terbaik sahaja tanpa lampiran siaran media berkenaan.


 Sumber - Facebook Barisan Nasional
Share:

“Tindakan kepada Shafee adalah untuk nafikan saya dapat perbicaraan yang adil!” – Najib Razak.



Oleh : Najib Razak
1. Pertuduhan AMLA terhadap teraju utama pasukan peguambela saya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menerima pembayaran bagi khidmat guaman dilaksanakan beliau adalah satu lagi tindakan untuk menafikan saya perbicaraan yang adil. Ia boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang beliau dan peguam lain daripada mewakili saya di mahkamah.

2. Sebelum ini, hakim bagi kes saya telah ditukar secara tiba-tiba manakala Jabatan Peguam Negara (AGC) pula melantik dua peguam luar bagi mengetuai kes pendakwaan terhadap saya. Ini juga jelas bertentangan dengan pendirian dan bantahan PH sebelum ini di mana AGC tidak sepatutnya melantik peguam luar sebagai pendakwaraya ketika Tan Sri Shafee bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini, AGC bukan sahaja melantik seorang, malah dua peguam luar untuk bertindak sebagai pendakwaraya.

3. Sebagaimana yang saya dedahkan sebelum ini melalui paparan beberapa dokumen, saya menerima sumbangan politik dalam jumlah yang agak besar secara terus kepada saya daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab Saudi yang bertindak mewakili Raja Abdullah.

4. Wang dari sumber ini yang dibayar untuk khidmat Tan Sri Shafee yang menjalankan tugas guaman mewakili parti dalam pelbagai kes selama bertahun-tahun termasuk petisyen pilihanraya bagi Pilihanraya ke-12 dan 13 bagi pemimpin BN lalu seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai lagi. Peguam berkhidmat dengan yuran dan mereka berhak menerima pembayaran atas khidmat yang sudah disempurnakan.

5. Membuat dakwaan terhadap Tan Sri Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.
Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda.

6. Cepatnya pendakwaan menindas terhadap Tan Sri Shafee ini juga mencetuskan persoalan kerana ia dilakukan beberapa hari selepas Tan Sri Shafee mendedahkan secara jelas bahawa Perdana Menteri hari ini yang mengarahkan beliau dilantik sebagai ketua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar, satu fakta yang masih tidak dinafikan oleh Tun Mahathir, pembantu peribadinya yang mengatur pertemuan itu atau bekas Peguam Negara ketika itu.

7. Pemilihan masa bagi menuduh Tan Sri Shafee juga mengejutkan kerana saya masih tidak lagi diambil keterangan oleh SPRM ataupun berpeluang untuk memberi bukti dokumen-dokumen berkaitan kes ini. Ini bermakna siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Tan Sri Shafee dituduh di mahkamah.

8. Penindasan terhadap Tan Sri Shafee juga boleh dianggap sebagai amat kontroversial pada ketika AGC baru menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, di mana ia adalah satu kes yang sedang melalui perbicaraan dengan 20 orang saksi sudah memberi keterangan.
Lebih 12 pertuduhan lagi terhadap pemimpin politik Pakatan dan yang berkaitan dengan mereka turut digugurkan dalam tempoh beberapa bulan ini. -TTKM-

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor
Share:

TIDAK SETUJU LANGKAH PD, ZURAIDAH AKAN KELUAR PKR ?



Penyandang ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa langkah mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson seperti yang diumumkan hari ini tidak diputuskan melalui saluran yang betul.

"Tindakan yang dibuat sesetengah pemimpin PKR dilihat dangkal kerana tidak mengikut saluran betul dalam memutuskan untuk mengosongkan kerusi parlimen Port Dickson.

"Setiap keputusan perlu dilaksanakan secara musyawarah untuk mendapat sokongan seluruh anggota parti dan konsensus yang dicapai perlu selari dengan semangat reformasi dan demokrasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kelakuan seperti itu mungkin menimbulkan tanggapan PKR kini dimanipulasi sesetengah kelompok.

Semalam, Naib Presiden PKR Tian Chua turut membidas Rafizi kerana menurutnya bekas anggota parlimen Pandan itu merancang PRK secara rahsia.

Ia susulan daripada kenyataan Rafizi bahawa "keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua orang dan hanya diselesaikan dengan beberapa orang di kalangan kita".

Sidang media pengosongan kerusi parlimen Port Dickson sebagai laluan kepada Anwar hari ini disertai calon timbalan presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan naib presiden Dr Xavier Jayakumar.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata setiap anggota PKR dan juga rakyat Malaysia ingin melihat Anwar kembali ke Parlimen, tetapi ia mestilah diputuskan mengikut saluran yang betul.

"Penting untuk semua pimpinan menjunjung tinggi agenda reformasi yang kita perjuangkan. Saya amat berharap Anwar sendiri akan menyatakan pendirian tentang perkara ini," katanya yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Terdahulu, Saifuddin berkata perkara itu dibincang dalam mesyuarat biro politik - badan pembuat keputusan eksekutif - semalam.

Difahamkan Zuraida dan ramai pemimpin utama parti tidak hadir ke mesyuarat itu. Anwar berada di Hong Kong manakala Azmin di Vietnam sebagai wakil kerajaan dalam Forum Ekonomi Dunia.

- Malaysia Kini -
Share:

Tidak Boleh Turun Harga Petrol Kepada RM1.50 seliter - Timbalan Menteri



KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada rancangan untuk menurunkan harga petroleum sehingga ke paras RM1.50 seliter, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, kerajaan tiada rancangan sedemikian kecuali jika harga minyak mentah dunia turun ke paras itu.

Malahan, katanya manifesto Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Umum lepas tidak menyenaraikan perkara itu sebagaimana yang didakwa segelintir pihak.

"Saya mencari di mana RM1.50 (disebut) dalam buku Pakatan Harapan, tetapi tidak ada. Tidak tahulah jika ada pihak yang dalam keghairahan berkempen menjanjikan perkara itu," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Ng Chiang Chin mengenai jumlah subsidi minyak yang dibelanjakan dan rancangan kerajaan untuk menurunkan harga minyak ke RM1.50 yang dikatakan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Amiruddin berkata, jumlah subsidi petrol bagi RON95 dan diesel yang ditanggung kerajaan bagi tempoh Mei hingga Julai lalu adalah sebanyak RM1.667 bilion.

Katanya, pada masa ini kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.20 dan RM2.18 seliter walaupun harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada harga yang dikekalkan.

Beliau berkata, mekanisme terperinci mengenai pelaksanaan sistem subsidi petroleum secara bersasar sedang dikaji dan akan diumumkan setelah ia dimuktamadkan.

Menerusi sistem subsidi bersasar itu, subsidi petrol diberikan pada kadar yang sesuai setiap bulan dan mengikut satu kuota yang ditetapkan kepada golongan kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40).

"Subsidi ini diberi kepada golongan yang layak untuk kegunaan motosikal 125cc ke bawah dan kereta 1300cc ke bawah," jelasnya.-- BERNAMA
Share:

Lima jenama kereta ini turun harga selepas SST, Rakyat dah mampu beli setiap hari



GEORGE TOWN
: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan sekurang-kurangnya  lima jenama kenderaan  menyaksikan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menurut Guan Eng, lima jenama kenderaan itu termasuklah bagi model Perodua,  Honda,  Toyota,  BMW dan Volkswagen.

Jelas beliau, penurunan harga kenderaan itu adalah selari dengan hasrat kerajaan baharu  untuk menjamin kesejahteraan rakyat berikutan pelaksanaan SST.

"Saya telah memperoleh maklumat bahawa ada beberapa jenis kereta yang harganya jika dibandingkan dengan (ketika dilaksanakan) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih rendah.

"Ini kerana kita tidak kutip begitu banyak berbanding GST, harga barangan boleh lebih kurang dan ia juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lim berkata bagi harga sebuah kereta Proton Axia harga yang dikenakan selepas pelaksanaan SST adalah RM40,390 berbanding RM41,497 iaitu penurunan sebanyak RM1,107 semasa dikenakan cukai GST.

"Bagi kereta Myvi 1.5 harga kini adalah RM54,090 berbanding RM55,300, Honda Jazz 1.5 berharga RM83,633 (sebelumnya RM85,750), Toyota Vios RM93,200 berbanding dahulu RM93,980 manakala kereta jenis Volkswagen Polo hanya RM74,900 berbanding harga semasa dikenakan GST iaitu RM76,888," katanya.

Selain itu, Lim berkata jenama BMW 118i turut menyaksikan penurunan harga sebanyak RM3,000 iaitu RM185,800 dari RM188,800 sebelum ini.

Sebelum ini, syarikat pengeluar kereta, Perodua mengeluarkan kenyataan berhubung  penurunan harga bagi model tertentu keluarannya antara 1 hingga 3 peratus susulan perlaksanaan SST.

Berikutan itu, bermula 1 September lalu, Perodua telah mengeluarkan senarai harga baharu untuk semua kenderaannya, antara 1 hingga 3 peratus lebih rendah  berbanding 6 peratus dibawah GST.

Turut mengumumkan penurunan harga kenderaan ialah Honda Malaysia yang bertindak menyelaraskan harga model kenderaan dan perkhidmatannya selepas jualan.
Share:

Marah dengan SST, Mercedes rempuh restoran makanan segera



PETALING JAYA: Seorang pemandu lelaki berusia 40 tahun merempuh sebuah premis restoran makanan segera di Sunway Mentari, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata kejadian berlaku ketika lelaki yang bekerja sebagai pengurus itu singgah di restoran berkenaan untuk membeli sarapan.

"Dia dalam perjalanan pulang selepas selesai bekerja singgah di restoran itu untuk membeli sarapan.
"Apabila hendak beredar dari restoran itu, dia tersalah masuk gear dan menyebabkan kereta jenis Mercedes miliknya meluru laju ke depan dan merempuh pintu kaca restoran berkenaan.

"Rempuhan itu menyebabkan kerosakan di bahagian pintu, cermin dan dinding premis serta kereta lelaki itu," katanya dalam satu kenyataan.

Azman berkata, pihak pengurusan restoran makanan segera itu sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Kita sudah menjalankan ujian bagi mengesan penggunaan alkohol oleh pemandu itu berkenaan dan didapati negatif.

"Saman kemudian dikeluarkan terhadap pemandu itu mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan," katanya.

- Berita Harian - 
Share:

IZZAH TAK PUAS HATI PEGUAM NEGARA GUGUR KES RASUAH GUAN ENG



SHAH ALAM
: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Pejabat Peguam Negara tampil memberikan penjelasan berhubung pengguguran pendakwaan terhadap kes rasuah dalam pembelian banglo di bawah harga pasaran melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau turut mengulangi pendirian sama seperti 2013, agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kuasa membuat pendakwaan.

Nurul Izzah berkata demikian sebagai menjawab komen pengguna Twitter, Shahidil yang memuat naik kenyataan beliau ketika pertemuan tertutup pemimpin PKR dan SPRM di Bangunan Akademi Pencegahan Rasuah lima tahun lalu.
Kenyataan Nurul Izzah itu menyebut SPRM perlu diberi kuasa membuat pendakwaan kerana Peguam negara yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas tersebut terbukti gagal melaksanakan dengan adil.

"Terima kasih kerana mengingatkan. Saya mengulangi pendirian yang sama hari ini. Kita mahukan dan perlukan reformasi sistem," jawab Nurul Izzah.

Pada 21 Ogos 2013, Nurul Izzah berkata dalam usaha mencegah rasuah di negara ini, PKR menyokong SPRM diberi kuasa pendakwaan.

Katanya, SPRM perlu diberi kuasa membuat pendakwaan kerana Peguam negara yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas tersebut terbukti gagal melaksanakan dengan adil.

Jelas, sudah banyak kes sebelum ini yang sudah disiasat oleh SPRM tetapi hingga kini tidak dibuat pendakwaan dan butiran siasatan sangat kabur serta tidak diketahui umum.

Tambahnya lagi, dalam bersama SPRM, antara perkara yang turut dibincangkan adalah cadangan SPRM untuk meminda Seksyen 23, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar setiap menteri dan ahli keluarga mereka yang mendapat habuan atau projek kerajaan boleh diambil tindakan.

- Astro Awani -
Share:

Raja Arab Saudi Hadiahkan Kelambu Kiswah Kepada Najib Razak



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercadang mempamerkan kelambu Kiswah yang dimilikinya di galeri sama ada di Kuala Lumpur atau Pekan.

Mengulas hubungan eratnya dengan raja-raja Arab Saudi, Najib mendedahkan bahawa Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud pernah menghadiahkan secara peribadi satu keping kelambu itu yang digunakan untuk melindungi Kaabah genap setahun bagi 2009.

“Kain Kiswah ini dibuat setiap tahun dengan menggunakan 670kg benang sutera dan benang-benang emas dan perak seberat 150kg.

“Bahagian kain Kiswah yang baginda hadiahkan kepada saya amat besar dan seberat 170kg. Ia merupakan bahagian yang paling berharga dan bermakna kerana merupakan bahagian Multazam yang ada banyak tenunan dan hiasan benang perak dan benang emas untuk menutup pintu Kaabah.

“Oleh itu kepada saya, bahagian Kiswah ini boleh dianggap sebagai tidak boleh dinilaikan harga tetapi ada yang memberitahu saya ia bernilai sekurang-kurangnya AS$20 juta,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Menurut Najib, beliau pernah mempamerkan Kiswah itu di Seri Perdana tetapi tidak pernah memaklumkannya kepada media tempatan kerana Raja Abdullah bimbang perkongsian berita itu mungkin mempunyai kesan kepada negara-negara Islam lain.

“Saya berharap satu hari nanti akan dapat mempamerkannya di suatu galeri di ibu negara ataupun di Pekan,” katanya.

Selain itu, Najib berkata Raja Abdullah juga berpesan kepadanya supaya tidak mendedahkan bahawa baginda pernah memberinya 20,000 tempat haji tambahan (10,000 setiap tahun untuk dua tahun) secara "one-off".

“Kuota tambahan istimewa 20,000 inilah yang digunakan oleh 1MDB untuk menghantar umat Islam yang mereka biayai bagi menunaikan ibadah haji,” katanya.

Najib turut menceritakan dirinya diberi anugerah kehormat tertinggi kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) - satu anugerah yang menurutnya tidak pernah diberikan kepada mana-mana perdana menteri Malaysia sebelum ini.

“Memandangkan saya bukan lagi perdana menteri, saya membuat keputusan untuk berkongsi kisah ini kerana ramai yang pernah bertanya dan supaya rakyat Malaysia dapat tahu mengenai hubungan rapat dengan penjaga dua kota suci sebelum ini,” katanya.

Tulis Najib lagi, beliau tetap mengekalkan hubungan baik dengan Riyadh selepas kemangkatan Raja Abdullah, di mana penggantinya, Raja Salman mengumumkan pelaburan syarikat Aramco milik Arab Saudi berjumlah AS$7 billion (RM30 bilion) di Pengerang, Johor dalam lawatannya ke Malaysia tahun lalu.

Beliau berkata, RM30 bilion itu diterima Petronas sebelum pilihan raya umum ke-14 dan ia adalah pelaburan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Baru-baru ini, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan akan membatalkan Pusat Keamanan Raja Salman di Malaysia baru-baru ini.

Malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga bertegas Malaysia adalah negara neutral dan tidak akan terheret dalam perang di Timur Tengah, terutama yang membabitkan Arab Saudi.

- Malaysia Kini - 
Share:

Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Perdana Menteri Dalam Masa Terdekat



BANDAR SERI BEGAWAN 3 Sept. - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Katanya, beliau akur dengan persetujuan akan menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh yang disebut adalah dua tahun.

Dr. Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan da­lam sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brunei Darussalam, di sebuah hotel di sini malam tadi.

Mengenai kebimbangan sekiranya sejarah akan berulang apabila beliau (Dr. Mahathir) tersilap memilih penggantinya untuk menerajui negara, Dr. Mahathir memberitahu, sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan penggantinya, maka rakyat boleh membuat pendirian pada pilihan raya umum.

Perdana Menteri seterusnya menafikan tohmahan yang sering dilemparkan terhadapnya, kononnya beliau adalah ‘ultra Melayu’ kerana menurutnya gelaran itu sama se­perti label Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya semata-ma­ta diberikan oleh musuh politik.

Katanya, beliau me­ngutamakan negara supaya tidak wujud jurang perbezaan begitu ketara antara penduduk pelbagai kaum sehingga boleh mengundang permusuhan dan rusuhan.

Bagaimanapun, tambahnya, isu perkauman akan tetap wujud dalam sesebuah negara berbilang kaum dan bangsa namun usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan baharu tidak akan menjurus kepada ketegangan atau permusuhan dalam negara.

Menjawab soalan hadirin me­ngenai harapannya sebelum ber­undur, Dr. Mahathir memberitahu, beliau mahu mengembalikan zaman kegemilangan Malaysia yang pernah digelar Harimau Asia dan menjadi kebanggaan rakyat.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di penghujung lawatannya hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau menyatakan kepada Brunei bahawa polisi Malaysia terhadap negara itu tidak berubah dan kekal ingin menjadi negara yang bersahabat baik. 

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merupakan pemimpin negara luar pertama yang me­ngunjungi beliau hanya beberapa hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah termasuk isu berkaitan de­ngan Lebuhraya Pan Borneo, kerjasama berkaitan pengeluaran minyak dalam blok yang dipersetujui dua negara sebelum ini, dan berkaitan Limbang. – BERNAMA
Share:

Perdana Menteri Tidak Tahu Tentang Pelantikan Petron - Menteri Kewangan



PUTRAJAYA - Pelantikan Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) ke dalam panel pembekal bahan api kepada kenderaan kerajaan melalui kad inden dilakukan tanpa campur tangan politik.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menegaskan keputusan tersebut dibuat secara pentadbiran untuk perjalanan urusan operasi.

“Perkara ini tidak dirujuk sama sekali kepada Perdana Menteri atau Menteri Kewangan malah ia dijalankan tanpa campur tangan politik.

“Pelantikan ke dalam panel ini adalah telus dan tidak berkaitan dengan mana-mana individu yang terlibat dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN : Lantik Petron timbul konflik kepentingan: Najib]
Menurutnya, Kementerian Kewangan akan memproses sebarang permintaan berdasarkan garis panduan yang terpakai ke atas Petronas, Shell dan Petron.

“Dengan lantikan ini, panel kad inden tersebut sekarang dianggotai oleh Petronas, Shell dan Petron di mana ketiga-tiga syarikat ini mempunyai rangkaian stesen minyak terbesar di Malaysia.

“Sebagai bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib sepatutnya tahu bahawa BHP dan Caltex boleh memohon untuk menjadi ahli panel sekiranya mereka berminat,” katanya.

Mengulas lanjut, Kementerian Kewangan berkata, syarikat Petron hanya dilantik ke dalam panel tersebut pada tahun ini selepas rundingan dua tahun dijalankan.

“Petron telah membuat permohonannya pada 2016 dan pada Disember 2017, syarikat tersebut telah bersetuju memberikan kerajaan penjimatan kecil melalui program kad indennya.

“Rundingan yang bermula di bawah pimpinan Datuk Seri Najib menunjukkan bahawa kerajaan terdahulu tiada halangan menimbang permohonan Petron dan kerajaan terbaharu hanyalah meneruskan proses dalaman mengikut panduan jelas yang sedia ada,” katanya.

Malah katanya, kebenaran ke atas permohonan Petron juga tidak memakan apa-apa kos kepada kerajaan dan proses dalaman ini tidak memerlukan kebenaran Menteri Kewangan.


Sementara itu, Kementerian Kewangan turut mengalu-alukan permohonan daripada pembekal lain bagi menambahkan pilihan dan penjimatan untuk kerajaan serta meningkatkan persaingan di pasaran.

”Jumlah anggota tidak dihadkan oleh Kementerian Kewangan dan ia boleh diluaskan lagi jika pembekal lain membuat permohonan rasmi dengan memberikan kerajaan penjimatan munasabah melalui kad inden.

“Buat masa ini, tiada permohonan telah diterima oleh Kementerian Kewangan daripada mana-mana syarikat pembekal bahan api yang lain,” katanya.


- Sinar Harian -


 
Share:

Taknak kena SST jangan berbelanja



KUALA LUMPUR 17 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah berbeza dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang didakwa sebagai punca harga barang meningkat.

Disebabkan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah pun meng­u­­mumkan pemansuhan GST dan akan menarik balik perundangan sistem percukaian itu di Parlimen.

“Kita sudah umum sifar GST.Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah untuk memastikan Parlimen memansuhkannya.

“SST adalah berbeza, cukai hanya dikenakan apabila membeli. Jika tidak beli, tiada cukai dikenakan. Tetapi GST ini sumber cukai, sama ada beli atau tidak, harga akan tetap meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 hari ini.

Sementara itu, Dr.Mahathir menegaskan kerajaan tidak akan menyekat sebarang percakapan ataupun kritikan Ahli Parlimen pada sesi perbahasan di Parlimen.

“Esok kita tengoklah tetapi Ahli Parlimen susah sedikit mahu kawal. Biasanya dia nak cakap dan kita punya dasar ialah tidak ada sekatan. Nak cakap apa, cakaplah,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam titah pembukaan mesyuarat menyatakan keyakinannya sesi perbahasan akan berlangsung dengan berhemah.

Berkenaan titah Seri Paduka, Dr. Mahathir percaya mesejnya ialah supaya kesederhanaan di­terapkan dalam semua perkara termasuklah soal agama.

“Kita harus bertimbang rasa terhadap agama orang yang berlainan daripada kita dan mereka juga harus hormat kita punya agama

“Kalau kita mula cabul agama lain, kita akan terima padahnya,” jelas beliau.

Menyentuh jenaka Seri Paduka yang meminta semua wakil rak­yat duduk dan ‘tidak lari’ sebelum memulakan titah, Dr. Mahathir hanya berkata, ia ditujukan kepada mereka yang berkaitan.
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive