PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nafi beliau menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengenakan tekanan ke atas ahli UMNO.
Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, beliau, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, siasatan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat aduan dan jika cukup bukti, mereka akan dikenakan tuduhan oleh PDRM atau SPRM di mahkamah.
“Secara kebetulan, mereka disyaki terlibat dalam jenayah... Kalau mereka tidak terlibat jenayah, mereka tidak disiasat, polis pasti mengetahui perkara ini,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu.
Dakwaan itu timbul susulan dua pemimpin kanan UMNO bertindak keluar dari parti itu, iaitu ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman.
Sementara itu, ditanya sama ada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjumpa dengan beliau untuk menyertai PPBM, Dr Mahathir berkata ia hanya perjumpaan biasa, termasuk dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain.
“Mereka datang berjumpa saya, selepas berjumpa saya, mereka jumpa Pas. Anda sekarang bebas, tidak seperti dahulu, sebelum ini kalau berjumpa orang salah, orang income tax akan datang," katanya secara berseloroh.
No comments:
Post a Comment