Macam tajuk artikel ini, bukan nak kempen cuma hendak cerita kepada
140,000 para perwakilan kenapa perlu memberi peluang kepada Tun Faisal
Ismail calon Majlis Tertinggi UMNO bernombor 60 menjelang Pemilihan
Agung UMNO 2013 pada Oktober nanti.
Pada awalnya saya terkejut apabila KJ mengumumkan nama Tun Faisal (TF)
antara empat nama dari 'Team Pemuda' yang mendapat pengesahan dan
sokongan (endorsement) oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk
bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Bagi saya Pergerakan Pemuda UMNO melalui KJ telah membuat pilihan yang
tepat bagi 'meremajakan' UMNO sekaligus memastikan ada wakil untuk
membawa hasrat dan suara dari kalangan orang muda di dalam Majlis
Tertinggi UMNO Malaysia.
Kenapa saya kata pilihan tepat...?
Pertama - Bila kita mencalonkan seseorang untuk membawa suara anak muda,
calon tersebut mestilah dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai
pengalaman mendampingi serta mampu menyelami kehendak golongan muda.
Pengalaman saya bersama UMB, saya berani katakan TF banyak terlibat
dengan aktiviti berbentuk 'engagement' bersama golongan muda yang
dianggap kumpulan penentu survival UMNO dalam PRU14.
Foto TF bersantai bersama kumpulan mahasiswa UiTM |
Melalui program berbentuk santai serta tidak diselit dengan aktiviti
yang dianggap bosan oleh golongan muda beginilah TF menjawab serta
menerangkan dasar-dasar parti serta kerajaan.
Program-program pendampingan ini bukan sahaja melibatkan golongan anak
muda dan belia dari kalangan mereka yang berbangsa Melayu malah ia turut
melibatkan belia berbangsa India dan juga Cina.
rileks dan sporting antara ciri-ciri yang membuatkan TF disenangi anak muda |
Antara 'engagement' TF bersama belia berbangsa India ialah program sehari yang memfokuskan peranan belia terhadap masyarakat |
Kenapa saya kata TF pilihan yang tepat...?
Baca Selanjutnya: Double-Y
No comments:
Post a Comment