Laporan SPRM Dibuat Berhubung Sindiket Penjualan Kebesaran Naning



PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat hari ini berhubung sindiket penjualan anugerah kebesaran Naning yang dijual pada harga RM50,000 hingga RM100,000 setiap satu.

Laporan itu dibuat Ketua Panglima/Pegawai Khas Ke bawah Kaus Orang Kaya Sri Raja Merah Datuk Undang Wilayah Naning Ke-19 Datuk Irwan Mohd Nor di pejabat SPRM di sini.

Irwan berkata laporan itu dibuat kerana sindiket tersebut dikesan beroperasi sejak 2011 dan turut aktif di sekitar Kuala Lumpur.

"Kita ada beberapa bukti yang kita serahkan kepada pihak berkuasa.

"Saya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil beserta dengan bukti-bukti dengan tawaran sebanyak RM19,019.19 untuk setiap individu sehingga tertangkapnya (ketua-ketua) sindiket ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Irwan berkata pihaknya baru-baru ini turut membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, Kuala Lumpur, berhubung perkara tersebut.

-- BERNAMA

Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive