Rahsia Disebalik Perlaksanaan GST! Pendapatan Untuk Kerajaan???



Kalau sekarang bercakap tentang GST pastinya semua yang Negatif sahaja bermain dalam fikiran Rakyat,
harga barang naik,kos sara hidup meningkat dan sebagainya.

Tapi ada rahsia disebalik perlaksanaan GST yang BELA percaya ramai tak tahu.
GST yang memberi maksud Goods and services Tax akan dilaksanakan pada April 2015.
ia akan melibatkan semua peringkat perniagaan Pembekal-Pengilang-Pemborong-Peruncit.

Adakah peniaga goreng pisang dan keropok lekor tepi jalan juga perlu bayar GST?
Jawapannya TIDAK! ia hanya melibatkan perniagaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan pendapatan perniagaan RM500,000 dan keatas sahaja!

Apa pula yang dikatakan Rahsia tadi?
Dengan GST yang menggantikan sistem percukaian sedia ada (SST) dapat menutup lubang-lubang ketirisan yang sering dilakukan terutamanya Pengilang yang tak bertanggungjawap.
Atau dengan istilah lain dapat menghalang dari Pengilang MENIPU cukai.

Kita bagi contoh macam mana cara mereka menipu:
Kilang BELA Mengeluarkan Seluar yang sepatutnya berharga RM100,
Dan jika cukai sekarang 10% memerlukan mereka membayar RM10 bagi setiap helai seluar.
Oleh kerana sistem percukaian sedia ada hanya pada satu peringkat amat mudah bagi Kilang BELA untuk menipu cukai, caranya mudah.
Buka Syarikat Pemborong BELA dan seluar dari Kilang BELA yang sepatutnya RM100+Cukai 10% tadi dijual dengan harga hanya RM10 dalam 'Invoce' jadi Kilang BELA hanya perlu membayar 10% Cukai dari RM10= RM1,dan Kerajaan telah kerugian sebanyak RM9 kutipan cukai dari sehelai Seluar tadi.

Pemborong BELA boleh menjual seluar tadi dengan berapa RM yang dia suka tanpa dikenakan cukai.
Tetapi dengan GST cukai dikenakan pada setiap peringkat,
kalau pun Kilang BELA berjaya menipu Kerajaan,
Pemborong BELA tak akan terlepas dari membayar 6% GST.
Tak kan lah Peringkat pemborong akan jual Seluar yang sepatutnya berharga RM110 tadi dengan harga RM11 kepada Peruncit mereka kan?

Ini antara banyak lagi kelebihan dan kebaikan GST apabila ia dilaksanakan April 2015 nanti,
Kalau penulisan BELA ni kurang jelas boleh tonton Video Penerangan dari Kastam Diraja Malaysia sendiri.



Ps: Dah tentunya Kerajaan dapat menyelamatkan Berjuta-juta Ringgit Malaysia daripada ditipu pengilang-pengilang yang tak bertanggungjawap! Siapa mereka tu? Fikir sendiri... :)
Share:

2 comments:

  1. Masalahnya.. pengilang tetap naik harga sebelum perlaksanaan..

    ReplyDelete
  2. Masalahnya.. pengilang tetap naik harga sebelum perlaksanaan..

    ReplyDelete


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive