Hadi hanya sesuai sebagai 'ustaz kampung' - Dr M



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lebih sesuai mengajar hal agama di kampung, kerana tidak mahir dalam bidang politik.

Malah, Dr Mahathir turut 'menasihati' Naib Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa itu supaya mendalami semula ilmu agama, agar lebih memahami Islam untuk berceramah dan tidak sewenang-wenangnya mengkafirkan orang Islam.




"Dia (Abdul Hadi) sepatutnya jangan masuk politik. Dia patut jadi ustaz mengajar di kampung, yang mana dia cukup layak tapi bidang politik dia tak tau apa pun. Jauh sekali dalam bidang pentadbiran.

"Tengok apabila (PAS) dapat (memerintah) Terengganu (tahun 1999), apa jadi dengan Terengganu. Sebab itu saya nasihat Hadi balik ke sekolah ajar agama, agama yang betul bukan yang mengkafirkan orang.

"Kalau tak tau berkenaan agama Islam, saya boleh bawa dia rujuk al-Quran bahawa mengkafirkan orang Islam adalah perkara yang dilarang. Pergi belajar lagi fahaman Islam lebih mendalam dan balik sini. Kalau pandai kita boleh bagi jadi pensyarah di universiti Islam," katanya pada sidang media di Galeri PPBM di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi di Juru, Pulau Pinang semalam, yang menasihatkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu supaya berkhidmat sebagai doktor di Klinik 1Malaysia untuk berbakti kepada rakyat dan bukannya sibuk menjadi calon untuk pilihan raya.



Abdul Hadi turut berkata, tindak tanduk Dr Mahathir yang kembali aktif berpolitik ibarat sudah menjatuhkan tarafnya daripada seorang 'jurulatih' kepada 'pemain bola sepak'.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata pakatan pembangkang sudah mempunyai pelan kecemasan untuk memastikan calonnya akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) seandainya calon mereka ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

- BERITA HARIAN - 

Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik