BAGAIMANA MAHATHIR TELAH MEROMPAK TANAH-TANAH MILIK ANAK LANGKAWI?
PULANGKAN RESERVE PANTAI YANG TELAH ANDA RAMPAS DARI KAMI. JANGAN MENJADI SEPERTI BELANDA MINTA TANAH DI PULAU KAMI. JANGAN JAJAH PULAU KAMI. KAMI MAHU ANAK TEMPATAN YANG MEMIMPIN MASYARAKAT KAMI!
Ketika menjadi Perdana Menteri, Mahathir telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 15 Mac 1990 dan diperbadankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai destinasi pelancongan.
Kenapa Mahathir menuduh 1MDB sebagai syarikat yang ditubuhkan untuk mencuri? Ianya adalah kerana itu lah modus operandi Mahathir selama ini. Dia adalah siapa yang dia fikirkan! (Begitu juga dengan rompakan yang dilakukan melalui dasar penswastaan).
Mahathir telah menggunakan LADA untuk membeli tanah-tanah yang dimiliki oleh anak Langkawi dengan harga yang murah. Tanah-tanah ini sebahagian kecilnya digunakan untuk pembesaran lapangan terbang, jetty, hospital yang mana ianya sangat penting untuk menarik pelancong ke Langkawi.
Pelancong yang ramai akan memajukan hotel-hotel 5 bintang di sisi.
Sebahagian besar dari kawasan pantai yang suci dan indah telah dirompak oleh Mahathir dengan membina hotel-hotel 5 bintang tanpa menghiraukan kepentingan anak Langkawi.
Sebagai contohnya keseluruhan kawasan barat daya dan utara Langkawi kini menjadi kawasan “private beach” yang mana sepanjang pantai itu tidak lagi boleh digunakan oleh anak tempatan. Di Bahagian Tanjung Rhu juga kini sudah tidak lagi menjadi kawasan perkelahan setelah dibina hotel 5 bintang.
Anak tempatan kini hanya boleh menggunakan pantai Pasir Tengkorak yang seluas lebih kurang 1km sahaja untuk beriadah bersama keluarga.
Saya dan anak Langkawi yang lain membesar di pulau ini dengan kehidupan pantai. Pantai teluk Burau dan Pantai Kok adalah tempat di mana saya mengetuk siput di atas batu dan makan mentah-mentah, bakar makanan laut di tepi pantai dan kami tidur bermalam bersama keluarga di sana. Itu budaya hidup kami sebagai anak pulau.
Bayangkan bagaimana pulau dengan keluasan 47,848 hektar dengan 25 km panjang utara ke selatan dan lebih kurang 30km timur ke barat, hanya memperuntukkan 1 km pantai untuk anak tempatan beriadah.
Saudara dan saudari,
Anak-anak Langkawi tinggal di pulau yang ini sejak ratusan tahun dahulu. Kami tiada tenpat lain untuk pergi selain project reclamation yang akan memusnahkan ekologi pantai. Jika tanah pusaka yang mungkin berusia ratusan tahun diusahakan nenek moyang kami hilang, maka tiada lah lagi harta yang tinggal kepada anak cucu.
Paling menyedihkan kan adalah apabila anak pulau tidak lagi boleh hidup seperti anak pulau kerana pantai-pantai kami telah dirompqk dengan rakus oleh Mahathir dan kroni-kroninya.
Jika pelukis tidak memiliki berus, jika pemuzik hilang istrument, jika tukang masak hilang kuali, begitulah ibarat nasib anak pulau ini yang kini tidak lagi memiliki pantai untuk kami meneruskan budaya hidup.
Jika pantai telah hilang dari kehidupan kami, selayaknya Mahathir memulangkan hak kami dalam bentuk tabung amanah Anak Langkawi contohnya. Projek kebajikan berimpak tinggi, atau program pembinaan usahawan anak Langkawi yang mampu melahirkan jutawan tempatan. Sudahlah tiada satu pun dari projek besar ini dimiliki sahamnya oleh anak Langkawi, malah anak Langkawi dimomok-momokkan denagan jasa baik mereka menyediakan peluang pekerjaan. Itu sahaja kah yang boleh mengubah nasib kami berbanding nilai hartanah ratusan billion yang dirompqk dari kami?
Sebagai anak Langkawi, saya bertanggungjawab untuk menyuarakan hak anak Langkawi. RESERVE MESTI DIPULANGKAN KEPADA ANAK LANGKAWI. MEREKA BOLEH MEMBINA HOTEL 5 BINTANG KERANA TANAH-TANAH TERSEBUT TELAH DIROMPAK DARI KAMI, TETAPI JANGAN NAFIKAN HAK ANAK LANGKAWI TERHADAP PANTAI KAMI. PANTAI ITU ADALAH KEHIDUPAN DAN NYAWA KAMI.
KAMI JUGA MAHU MENUNTUT DARI KESEMUA HOTEL-HOTEL 5 BINTANG INI,
WANG SUMBANGAN TETAP UNTUK ANAK LANGKAWI DI BAWAH YAYASAN AMANAH YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK KEPERLUAN PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN ANAK PULAU.
PULANGKAN APA YANG TELAH ANDA RAMPAS DARI KAMI. JANGAN MENJADI SEPERTI BELANDA MINTA TANAH DI PULAU KAMI. JANGAN JAJAH PULAU KAMI. KAMI MAHU ANAK TEMPATAN YANG MEMIMPIN MASYARAKAT KAMI!
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA
#SinsOfMahathir
#DosaDosaMahathir
#EmpiricalMalaysia
Sumber - https://www.facebook.com/sophy.inara/posts/969346933243380
No comments:
Post a Comment