SHAH
ALAM 10 Nov. - Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari
masih belum hadir memberi keterangan berhubung dakwaan diberi rasuah
sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor,
Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah meminta
suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu untuk hadir bagi diambil
keterangan melalui adiknya .
"Kita telah cuba untuk menghubungi Farid Kamil
tetapi gagal. Oleh demikian, kita telah menghubungi adiknya bagi
memaklumkan perkara tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini
malam ini.
Semalam, Polis Selangor memaklumkan
akan memanggil Farid Kamil dalam masa terdekat susulan dakwaan pelakon
itu mengatakan dirinya cuba diberi rasuah sebanyak RM5 juta oleh
kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam, 43.
Laporan tersebut dibuat kira-kira pukul 6 petang kelmarin di Balai Polis Kota Damansara dekat sini.-UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment