GAJI MENTERI DAP RM1.2 JUTA SETAHUN, RAKYAT MASIH MEREMPAT

 

MELAKA TENGAH - Penduduk di sekitar Tanjung Kling di sini, bimbang dengan nasib seorang warga emas yang dilihat sering berkeliaran, terbiar dan tidak terurus di kawasan terbabit.

Mereka berharap, pihak berwajib khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil tindakan termasuk menempatkannya di rumah jagaan orang tua agar kehidupannya lebih terurus.

Seorang penduduk, Othman Abu, 55, mendakwa, warga emas terbabit, Hassan Ab Rahman, 62, berasal dari Kampung Pinang di sini, dikatakan mula mengalami masalah kesihatan mental sejak muda lagi.

Othman yang juga jiran kepada Hassan berkata, warga emas itu tidak pernah berkahwin dan hidup sebatang kara.

“Dia selalu tidur merata-rata, kadang-kadang di pondok menunggu bas dan ada masanya dia dilihat tidur di surau.

“Harapan kami, ada pihak yang bertanggungjawab terutama JKM supaya terjaga makan dan minumnya,” katanya yang juga Timbalan Ketua Nelayan di Jeti Pengkalan Lereh di sini.

Menurut Othman lagi, biarpun difahamkan Hassan adalah penerima bantuan bulanan daripada JKM, namun dia sering diberikan sedekah oleh individu yang bersimpati terhadapnya.

“Apa yang saya tahu, dia tidak suka meminta tetapi bila lihat keadaannya ramai yang hulur sumbangan pada dia, malah kami pun para nelayan selalu berikan makanan buatnya setiap kali melihat dia muncul di sini.

“Meskipun begitu dia tidak mengancam sesiapa cuma ada kalanya dia gemar mengalihkan barang orang ke lokasi lain,” katanya.

Othman juga memberitahu, warga emas terbabit juga ada kalanya berkelakuan normal dan berbual seperti orang biasa.

“Saya pernah bertanya kepadanya, tentang adakah dia mahu menetap di rumah orang tua-tua atau tidak, jawabnya dia setuju.

“Cuma terpulanglah kepada pihak terbabit mahu respon hal ini atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JKM negeri, Burhanuddin Bachik ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk melakukan siasatan hal ini sebelum sesuatu tindakan dapat diambil.
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik