Kalau Kapal Equanimity bukan milik Jho Low jadi milik siapa ???

Image result for equanimity milik mahathir

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang berpendapat kapal Equanimity bukan milik Low Taek Jho perlu mendapatkan khidmat guaman dan membawa pertikaian itu ke mahkamah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata sehingga kini tiada pihak tampil mengemukakan bukti di mahkamah bagi membuktikan kapal persiaran mewah bernilai kira-kira RM1 bilion itu bukan milik ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

“Oleh itu, kes ini dibawa ke mahkamah sejak perintah penahanan, penyitaan dan kelulusan menjual dikeluarkan terhadap kapal berkenaan.

“Setakat ini, tiada pihak mengemukakan pertikaian mengenai pemiliknya.
“Saya pun hairan, kalau betul kapal ini milik orang lain, sepatutnya mereka mencabar di mahkamah,” katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Siti Zailah meminta perincian sama ada kerajaan berupaya mengesahkan kapal mewah itu milik Jho Low, selain mendedahkan identiti syarikat yang mengendalikan perolehannya selepas dikatakan didaftar di Pulau Cayman.

Susulan perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti), Mohamed Hanipa berkata, semua urusan pendaftaran di Pulau Cayman ditamatkan, sekali gus membolehkan urusan penjualan aset mewah itu dilakukan kerajaan.

“Orang yang beli (kapal ini) akan mendapat hak milik sah, justeru saya hairan kenapa tidak cabar dari awal (bahawa ia bukan milik Jho Low),” katanya.

Menjawab soalan tambahan Teh Kok Lim (PH DAP-Taiping) mengenai status tindakan perundangan terhadap individu berkaitan, termasuk Jho Low, Mohamed Hanipa berkata, proses yang giat dijalankan itu tertakluk kepada bidang kuasa Peguam Negara.

Beliau turut menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat membantu membawa balik ahli perniagaan kontroversi itu ke tanah air bagi berdepan pertuduhan supaya berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita harap kalau Jho Low dengar, baliklah untuk pertahankan diri sebab ketika ini difahamkan beliau sanggup belanjakan RM4 juta dengan melantik firma guaman bagi memperbaiki imejnya di serata dunia,” katanya.

- BH - 
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik