KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan
Eng mencatat pendapatan tertinggi di kalangan Ahli Parlimen dan
pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86,464.92.
Ia
berdasarkan Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan
pentadbiran kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Kedudukan
seterusnya adalah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan
RM75861.57, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (RM73,576.15),
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (RM72,276.37) dan
Menteri Industri Utama, Teresa Kok (RM68,142.66).
Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan
kesembilan dengan pendapatan sebanyak RM 59,048.33.
Maklumat
itu dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM tanpa memaklumkan
butiran terperinci mengenai jumlah itu sama ada bagi tempoh sebulan atau
setahun.
Portal
itu juga memaklumkan setakat ini seramai 46 ahli parlimen kerajaan
sudah mengisytiharkan harta mereka sementara 77 lagi belum melakukannya.
Manakala
seramai 19 anggota pentadbiran kerajaan sudah mengisytiharkan harta
mereka dan 30 lagi belum melakukan perkara yang sama.
- BERITA HARIAN -
No comments:
Post a Comment