ALOR SETAR,. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan
bahawa beliau tidak menggunakan peruntukan kerajaan untuk membawa ahli
keluarganya bersama ketika lawatan kerja rasmi di New York dan London,
baru-baru ini.
Menurutnya, beliau mendapat surat keizinan yang jelas menyatakan
lawatan rasmi itu hanya melibatkan beliau dan isteri sahaja bersama dua
orang pegawai.
“Bagaimanapun, saya sendiri membiayai belanja perjalanan anak saya
termasuk penginapan bukan dibiayai kerajaan seperti dipertikaikan
sesetengah pihak,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Exco, negeri
di Wisma Darulaman di sini, petang semalam.
Mukhriz, beliau tidak melihat lawatan tersebut sebagai satu percutian
keluarga semata-mata hanya kerana ia turut disertai anak dan isterinya.
“Saya tidak nampak ia satu masalah memandangkan ia tidak langsung
menggunakan peruntukan kerajaan malah perlu saya mohon keizinan daripada
Pejabat Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas komen netizan yang
mempertikaikan lawatannya ke Amerika Syarikat dan United Kingdom
berkenaan turut disertai anak dan isterinya.
Mukhriz turut bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan
delegasi Pejabat Menteri menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA), baru-baru ini.
Dalam lawatan rasmi itu, Mukhriz berjaya mengadakan perjumpaan dengan
Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan beberapa pihak
yang berminat terlibat dalam inisiatif di Kedah.
Hasil pertemuan itu, beliau turut berjaya mencari peluang dan dana dalam pemeliharaan hutan di Kedah.
“Selain, saya turut mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan yang
berminat untuk melabur di Kedah dalam pelbagai bidang selain mencari
peluang baik untuk dibawa balik ke Kedah,” katanya.
Susulan lawatan itu, semalam, Mukhriz mengumumkan kerajaan negeri
membuat keputusan untuk membatalkan semua permohonan pembalakan di
kawasan Hutan Simpan Ulu Muda.
Keputusan itu diputuskan untuk memastikan pembekalan air di Kedah dan negeri berhampirannya dapat diteruskan tanpa gangguan.
- Gerbang Post -
No comments:
Post a Comment