KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Port Dickson bagi membantu Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Oktober ini.
Dr
Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau akan
turun padang sambil mengerahkan jentera parti dalam skala besar.
“Saya dan jentera parti akan berada (di Port Dickson) pada 8 Oktober di majlis besar-besaran kempen kita.
“Kita juga berharap pengundi Port Dickson di luar akan balik mengundi kerana tiada undi pos.
“Kena
balik juga kerana banyak (pengundi) berada di negara lain,” katanya
dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH
di sini, hari ini.
Turut
hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo.
Menjawab
dakwaan gerakan BERSIH yang PH menggunakan menteri untuk berkempen di
Port Dickson sebagai tindakan tidak adil, Dr Mahathir berkata, menteri
adalah ahli politik.
Katanya, menteri selaku orang parti, mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada turun berkempen.
"Walaupun
jadi menteri, kita parti punya orang. Kerja (dalam) parti kena buat.
Lagipun, kita bukan dapat bayaran walhal guna duit sendiri sahaja,"
katanya.
- BH -
No comments:
Post a Comment