Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS #MH370

Kecoh seluruh dunia ,mengenai sebuah pesawat MAS yang dikesan telah hilang dari radar.
Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.
Flightradar24 / AFP PHOTO HANDOUT
MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Majority  penumpang dalam pesawat berkenaan adalah terdiri dari warganegara China.

Peristiwa ini menjadi suatu perkara yang begitu pelik kerana MAS diantara pesawat terbaik didunia yang dilengkapi sistem alatan canggih. Mana mungkin pesawat yang canggih dan dipandu oleh juruterbang yang berpengalaman  boleh hilang begitu sahaja tanpa dikesan?
Bila melihat kepada situasi ini,inilah masa yg terbaik utk Amerika masuk melintasi sempadan Asia tenggara,, 
CIA bantu dlm kes ini... Jika dikaitkan dgn pengganas,, negara berdepan tekanan besar.
Namun diberita-berita pro barat, kehilangan ini dikaitkan dengan pengganas.


Dan kenapa laporan Interpol berubah setelah wajah suspek yang menggunakan  passport palsu berjaya dikesan??
Kerana suspek tersebut dilihat memakai rantai salib bukan?
 Mungkin jika suspek tersebut memakai serban, jubah, sudah tentunya Interpol akan mengaitkan dengan pengganas. tetapi kita perlu tahu, situasi dalam negara amat berbeza dengan ditanah besar Arab.
Selepas gambar cctv didedahkan kepada media, Interpol  membuat pengumuman suspek terbabit tiada kaitan dengan pengganas dan percaya mereka menjadi mengsa pemerdagangan orang...
Mungkin mereka juga secara kebetulan menaiki pesawat ini, dan rampasan pesawat melalui udara berlaku. Secara tak disengajakan, mereka menjadi mangsa keadaan..? wallaualam..
Lihat semula insiden WTC di Amerika.siapakah yang menjadi mangsanya? 


Jika WTC dijadikan sandaran dan bahan utk menyerang Afghanistan  dgn dikaitkan pengganas, tak mustahil agenda yg sama digunakan ketika kehilangan MH370 ini..Pengganas Islam dikatakan bertanggungjawab diatas insiden serangan 11 September 2001.

 Insiden WTC ini berlaku di Amerika sendiri dimana situasinya jauh berbeza dengan situasi yang berlaku hari ini.. Dalam serangan WTC, suspek yang dikatakan terlibat adalah Al-Qaeda, namun ianya kurang bukti untuk mengaitkan mereka dgn serangan pengganas. tetapi di Malaysia, kerana pendedahan 2 individu yang menggunakan passport palsu terbabit dimana salah seorangnya memakai rantai salib, tuduhan pengganas itu perlu digugurkan dari laporan Interpol sendiri.



Insiden WTC, yang menjadi mangsa adalah rakyat Islam Iraq.
Apakah situasi yg sama juga dilihat bakal berlaku dgn meletakkan China sebagai sasaran.. 
Soalnya kenapa China ?? 
Sejak dari awl tahun 2014 lagi, hubungan ketegangan diantara US dan China tidak begitu baik.. Laporan-laporan media barat juga banyak menyebut mengenai peperangan diantara US & China..
Salah satu news  ini datang daripada CNN 
http://www.rense.com/general38/conflict.htm

Kenapa CIA begitu berkeras mahu membantu dalam misi mencari pesawat ini dan kenapa media barat terutamanya Amerika kerap kali menyelar China.



US cuba menimbulkan ketegangan dan mensabitkan China sebagai sasaran...
Jika  pesawat ni akhirnya diletup atau terhempas... China akan menuntut bela atas kematian rakyatnya.. Amerika juga akan menggunakan platform sebagai  FBI & CIA konononya utk menyekat serangan pengganas...

MAS Malaysia yang menjadi kambing hitam.
Dalam pada masa yang sama, media barat melaporkan militan dari pengganas China yang bertanggungjawab sama seperti halnya menggunakan nama Al-Qaeda di Iraq yg dijadikan sasaran.

Militan ini dikatakan bertanggungjawab diatas kehilangan pesawat MAS MH370 namun dinafikan China.




" Chinese Martyrs’ Brigade "

http://hollywoodlife.com/2014/03/10/chinese-martyrs-brigade-missing-plane-malaysia-responsibility-flight-mh370/

Dlm mana-mana tragedi peperangan sebelum ini... kambing hitam itu yg penting dlm misi  agenda peperangan. Lihat  serangan WTC, pekerja disitu yang menjadi mangsa......
baca sejarah... anda akan ketemui jawapannya.


 Lihat juga situasi ini.
Kerajaan Malaysia mengesan radar di Selat Melaka.. dlm masa yg sama, beberapa orang membuat laporan di kawasan pantai timur dr lokasi yg berbeza.., system pemantauan traffic seperti diceroboh.

Lihat video dibawah, laluan radar seperti di hack.

 Mungkin bila dibuat petunjuk flight disitu.. operasi bantuan akan dikerah kesitu.. makanya.. kuasa-kuasa besar seperti Amerika turut memasuki perairan Malaysia dan secara tak langsung perairan negara telah diceroboh dengan menggunakan alasan misi bantuan pencarian..



Apakah pesawat ini telah dirampas melalui ruang udara dengan memutuskan segala sistem talian komunikasi masuk dan keluar serta radar pengesan? Apakah pesawat telah disembunyikan dilokasi rahsia akibat rampasan yang berprofile tinggi ini? 


Satu hal lagi bila difikirkan mengenai pesawat yang dikatakan dikesan radar disekitar selat  Melaka dan dikatakan berpatah balik, Mungkin ada kemungkinan yang jarang difikrkan kita semua.

Semasa flight hilang dari radar pada jam 2.40 pagi, negara-negara seperti China & Japan juga mempunyai unit kawalan trafik dinegara mereka. Jadi untuk menghilangkan kesan pesawat ini menuju ke Timur adalah dengan berpatah balik kebarat, tapi tidak memasuki ruang udara Malaysia..
Mengapa??


 Jika hal ini disahkan oleh MAS & DCA sendiri dengan beberapa pengesanan radar seperti gambar dibawah.. apakah perlunya pesawat ini menuju kelokasi yang mempunyai radar pengesan bagi negara-negara yang berdekatan?






Jalan yang mudah adalah dengan memasuki kawasan yang tiada pengesanan radar.. dimanakah ia lokasi itu? 

Indian Ocean.


Dimanakah pesawat tersebut perlu dibawa dan disembunyikan adalah bergantung kepada jumlah bahan api yang mencukupi.


Adakah disini lokasinya pesawat tersebut disembunyikan??



Tahukah anda dimana lokasi ini??

2000 km dari jarak Benua India
4500 km ke Tanah Arab
3500 km ke Benua Afrika
3500 km jarak ke Nusantara
5000 km jarak ke Benua Australia

Ingin tahu?? kita rahsia dulu..


Kenapa setelah negara-negara yang membantu dalam misi ini  beralih perhatian pada kawasan Indian Ocean dan seketika itu juga, pegawai dari US menyatakan menerima isyarat pesawat MH370 ini?

http://www.bbc.com/news/world-asia-26572172

kenapa US tidak mengeluarkan arahan atau isyarat ketika pesawat itu hilang dari radar disekitar Laut China Selatan setelah hampir 3, 4 hari yang lalu?

Adakah ini dilakukan kerana tidak  mahu  misi bantuan dari negara-negara serantau yang mencari pesawat ini menuju kesini??

Renung punya renung, akhirnya saya  temui beberapa jawapan lagi berkaitan hal ini.
Masih ingatkah kita terhadap rundingan TPPA ??
TPPA ini dibuat dari tahun lepas..
Sebenarnya, rundingan TPPA ini adalah salah satu agenda Amerika dan pihak barat meluaskan kawasannya secara tak langsung dirantau Asia Pasific.
Tun Mahathir dapat menghidu gerak kerja mereka sebab itu ditentangnya habis-habisan..

Antara negara yang terlibat dalam perjanjian TPPA ini.
Amerika, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Singapura, Vietnam, Jepun, Brunei, Malaysia, Australia & New Zealand.
Kerana telah  mendapat beberapa tentangan dari beberapa negara jadinya agenda ini tergendala buat sementara waktu.

Cuba lihat, kenapa China dan Rusia tidak terlibat dengan TPP ini? Adakah TPP ini hanya sebuah rundingan biasa atau ada sesuatu agenda?
Namun pada awal bulan Mac 2014, berlaku insiden kehilangan pesawat MAS MH370 di lokasi Laut China Selatan menuju lokasi Vietnam dimana lokasi ini diantara lokasi  TPPA yang direncanakan.
Namun kehilangan pesawat ini menimbulkan misteri seluruh dunia kerana radar tidak  dapat dikesan dan juga tiada sebarang komunikasi yang berhubung setelah lebih masuk 6 hari (setakat ditulis).
Bukankah Amerika mempunyai sistem komunikasi tercanggih dunia? menghilangkan pesawat dari radar dan menyekat sebarang komunikasi juga boleh dibuat dengan sistem perisikan..
Bukankah mereka juga mencipta beberapa pesawat tanpa juruterbang dan tak dikesan radar?
Kenapa dalam laporan Washington Times menekankan tentang perairan Laut China Selatan??

Zon lokasi Laut China Selatan menjadi perhatian pihak barat untuk menguasai seluruh rantau Asia Pasifik.

Mungkin jika pelan menguasai Asia Pasifik dengan TPP ini tidak berjalan, plan seterusnya perlu digunakan.
Apakah kehilangan misteri pesawat MH370 ini salah satu agenda tersusun rancangan dari kuasa besar negara itu?


Apakah benar serpihan serpihan yang dilihat ini adalah  serpihan dari pesawat yang dilaporkan hilang seperti yang dilaporkan media China atau hanya satu jalan untuk Amerika masuk ke perairan di negara itu?


Secara kebetulan pula, tragedi ini berlaku selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dalam kes liwatnya pada 7 Mac, dan menjelang pagi 8 Mac pada jam 2.40 pagi, kehilangan pesawat ini terjadi.


Adakah ini secara kebetulan atau adanya suatu rancangan disebalik campur tangan kuasa-kuasa besar dunia?

Jadi, satu konspirasi dalam 2 keadaan yang berbeza adalah perancangan yang bukan sebarang percaturan biasa.
US mungkin berjaya tundukkan China dengan memegang rakyatnya di dalam pesawat terbabit dan dalam masa yang sama, US berjaya menundukkan Malaysia utk melepaskan Anwar Ibrahim sehingga PRU14 yang akan datang kerana Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang diperlukan untuk melakukan  'regim change' di negara ini.

Jika tiada apa-apa kepentingan bagi pihak Israel, kenapa mereka menyibuk sangat nak ambil tahu? 

Apakah misteri dan pengakhiran ini bakal berlaku dengan sebuah tragedi yang menyayat hati disebalik percaturan konspirasi dunia hari ini??


Saya tidak meminta anda mempercayai sepenuhnya hasil penulisan saya ini kerana ianya adalah pendapat dari seorang Marhaen biasa yang tiada apa-apa kelayakan sehingga mampu berfikir ke tahap menteri bak kata seorang wanita UMNO terbabit  terhadap saya.. tak mengapalah...


Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
SUMBER: [BLOG]

 >  akan datang bahagian ke-2
Share:

OBJEK YANG DITEMUI BUKAN MILIK PESAWAT #MH370 #Pray4MH370



SYDNEY 30 Mac - Beberapa objek yang ditemukan di Lautan Hindi disahkan bukan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, objek terbabit yang dipungut oleh kapal China dan Australia dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.

Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan.

Sementara itu menurut AMSA, operasi mencari pesawat MH370 yang memasuki hari ke-23 hari ini memberi fokus di kawasan seluas kira-kira 319,000 kilometer (km) persegi berpandukan hasil analisis lebih terperinci para penyiasat nahas kapal terbang.

Katanya, mengikut perancangan, 10 buah pesawat terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth.

Lembaga itu juga berkata, semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dilihat pesawat sejak dua hari lalu.

"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini dengan hujan renyai dan awan rendah tetapi operasi mencari dijangka diteruskan," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 239 penumpang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Menurut AMSA, pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.

Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari semalam.

"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu.

Katanya, kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.

"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual berlayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA. - DPA, BERNAMA
Share:

Tuntutan #COMANGO ancam keharmonian Agama dan Negara !!! #antiCOMANGO

apa itu comango

Mereka (Gerakan COMANGO) adalah kumpulan yang mempunyai ideologi hak asasi tertentu yang rata-ratanya cenderung ke arah Barat dan sekular. Hak asasi bagi mereka tanpa batas. Oleh itu, mereka yakin pandangan mereka betul dan orang lain salah.

Mereka akan memperjuangkan pandangan itu supaya menjadi polisi negara. Mereka tidak kisah apa orang kata walaupun asas mereka adalah Barat. Kita ada asas budaya, agama dan Perlembagaan, kenapa kita perlu berdiam diri? Kita perlu pertahan hak kita
. - Dr Yusri Mohamad

Dibawah ini senarai tuntutan gerakan SONGSANG COMANGO.
Info lengkap untuk disebarkan kepada semua rakan dan saudara Islam kita supaya tidak mudah terpedaya dengan gerakan mereka.



Jelas sekali keenam-enam tuntutan diatas bercanggah dengan Agama Islam iaitu Agama Rasmi bagi Persekutuan Malaysia.
Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan:
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana- mana Bahagian Persekutuan. Kita sudah cukup selesa aman damai walaupun negara kita berbilang kaum dan agama,
jadi tidak perlu ada gerakan songsang yang hanya akan menyebabkan keamanan dan kemajuan yang kita kecapi selama ini hancur begitu sahaja.

Ayuh! kita bersatu atas nama Islam tolak gerakan COMANGO SONGSANG ini secara total !
--klik banner di bawah, like FB page...
sebagai tanda sokongan anda #AntiComango--
Share:

Karpal Signh Mesti Bercakap Benar Sebelum Mati !!!



Politik Malaysia makin menarik apabila Pengerusi DAP Karpal Singh umum melepaskan jawatannya berikutan dijatuhkan hukuman denda RM4000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan seseorang didapati bersalah dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara minimum setahun, tidak boleh memegang jawatan di dalam sesebuah pertubuhan berdaftar.

Tapi perletakan jawatan itu masih belum cukup untuk memadam dosa-dosa yang dilakukan pemimpin DAP yang biadap ini. Masih ada perkara yang dia mesti selesaikan sebelum mati.

Kita imbas kembali apa yang dikatakan Karpal pada 22 OKT 1997 di Parlimen oleh Karpal sendiri. Dalam rakaman hansard Karpal telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai peliwat, dan dia sedia untuk memanggil Azizan Abu Bakar yang telah membuat akuan sumpah telah diLiwat oleh Anwar Ibrahim datang ke Parliment.

Ini adalah FAKTA yang tak dapat dinafikan Karpal mahupun Anwar sendiri.Kerana ia adalah bukti yang dipetik dari Hansard parliament.

 KLIK GAMBAR UNTUK SIZE BESAR

Jadi ini bermakna Karpal sebenarnya banyak tahu dan simpan rahsia Anwar Ibrahim.
Sehinggakan dia berani mendesak Anwar Ibrahim supaya bertaubat.



Kali ini giliran saudara Ramesh Rao pula mendesak Karpal Singh supaya bercakap benar,
dan menceritakan kejadian sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum dia mati.
Klik SINI untuk Petikan penuh desakan President Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin itu.


Adakah Karpal berani sahut cabaran dari Saudara Ramesh?
Sama-sama kita tunggu dan lihat. Bercakap benarlah Karpal walaupun ia pahit.

"KARPAL SINGH HARUS BERTAUBAT"
Share:

Kembar #MH370 ditemui di ISRAEL! Siapa Dalang???

Menurut laman Planes Potters, iaitu laman yang menceritakan 1001 persoalan dan jawapan mengenai pesawat. Maknanya, pasti ada jawapan bagi merungkai misteri/konspirasi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang menjadi tanda tanya diseluruh dunia sejak 8 Mac 2014 lalu.




Saya begitu tidak sangka bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 iaitu pesawat jenis Boeing777-200 (9M-MRO) mempunyai kembar di Israel!!!!



ADAKAH INI SEMUA ADALAH KONSPIRASI JAHAT ISRAEL? KENAPA SEMUANYA BERKAITAN? IANYA SEPERTI SUDAH DIRANCANG LAMA!


Lebih lanjut -> BLOG [KLIK]

Share:

Nik Aziz Minta Maaf Kesilapan Mentadbir Kelantan


NIK AZIZ NIK MAT

KOTA BHARU 29 Mac - Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bergenang air mata hari ini memohon maaf di atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri ini.

Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah 'kifarat' atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini.

Permohonan maaf itu dibuat ketika beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka di sebelah rumahnya di sini pagi ini.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.
"Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya yang dipetik daripada akaun laman sosial, Facebooknya di sini hari ini.

Turut hadir di kuliah itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Abdul Aziz, 83, merupakan Menteri Besar paling lama dalam sejarah memerintah negeri ini.

Tokoh yang dikenali dengan pelbagai kenyataan kontroversi itu menerajui pemerintahan negeri ini selama lima penggal bermula pada tahun 1990 sehingga 2013.

Beliau melepaskan teraju pemerintahan kepada timbalannya, Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu kerana masalah kesihatan.

Dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada 12 Januari lalu, beliau buat pertama kalinya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya seperti masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya.

Difahamkan pada masa kini, Nik Abdul Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan 'tok guru' terpaksa lebih kerap berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk menerima rawatan.

Beliau juga tidak hadir pada himpunan Reformasi 2.0 di Kota Bharu yang disertai Anwar kerana tidak sihat.

Bagaimanapun sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan tersebut, keadaan dalaman Pas negeri ini agak berkecamuk dengan pergeseran di antara pemimpin.

Malah ada di antara pemimpin Pas mula mengkritik kepemimpinan Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan atas pentas ceramah secara terbuka.

Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
Share:

Pangkalan Rahsia Diego Garcia Yang Dikaitkan Dengan TRAGEDI MH370


Diego Garcia adalah salah satu pangkalan militan USA yang paling rahsia.


Luasnya cuma 44 km2. Letak pulau karang itu terpencil di tengah Samudera. Jaraknya jauh dari mana-mana daratan. Dataran terdekat adalah Selatan India, lebih kurang 1,790 km.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Pulau ini pertama kali ditemui oleh pelaut Portugis sekitar tahun 1512. Setelah Perang Napoleon tahun 1814, pulau ini jadi milik Inggeris. Semasa dunia ke II tahun 1942, Inggeris memanfaatkan Diego Garcia untuk menjadi markas angkatan udara untuk misi-misi pengintaian dan memburu kapal selam dan kapal perang Jepun di Samudera Hindia.
 
Tahun 1966 Inggeris sepakat memberikan Amerika Syarikat mendirikan pangkalan militan di pulau Diego Garcia. Tempat ini adalah strategik untuk operasi militan AS di sekitar Samudera Hindia semasa era perang dingin.
 
Amerika menempatkan beberapa kapal perang, pengebom dan tempat pembekalan logistik di pulau ini. Markas ini dipercaya jadi tempat 'inteligent'  AS dengan segala kelengkapan canggihnya.
 
Beberapa operasi militan yang digelar dari Diego Garcia adalah perang Teluk tahun 1991, Perang Afghanistan tahun 2001 dan Perang Iraq tahun 2003.
 
Daerah ini juga dikatakan bebas dari imbasan satelit mahupun radar negara mana pun. Ini yang membuat mana-mana Pesawat yang melintas seolah-olah hilang tanpa jejak.
 
Berita Utusan Malaysia mengutip Cabal Times menjelaskan analisa itu. Cabal Times adalah sisipan misteri dan berita konspirasi.
 
Beberapa bukti menguatkan andaian ada pesawat disembunyikan di Pangkalan AS Diego Garcia.

sumber
Share:

MH370: USTAZ DARUL MANZIL TAMPIL MENCERITAKAN MIMPI PUNCA PESAWAT JATUH DI LAUTAN



MH370

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. -TTO


21/03/2014

Sumber: BLOG
Share:

PANAS!! Penumpang MH370 minta tolong dari Pulau Diego Garcia !!!


Seorang penumpang dari penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang telah berjaya memberitahu kedudukan semasa dia ketika ini.Lelaki tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Philip Woods telah berjaya memuatnaik satu gambar hitam yang setelah di kaji,gambar tersebut di Upload dari Diego Garcia!

Hal ini menggemparkan pengguna forum dan sedang viral di internet.Nampaknya Teori Diego Garcia sangat tepat ketika ini.


"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. "


Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg
Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat : 


Camera: Apple iPhone 5

Date: March 18, 2014 8:49:41PM

Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East

( -7.316197, 72.426544 )

Hal ini bertepatan dengan yang dilihat oleh beberapa saksi di Pulau Maldives.Mereka melihat satu pesawat besar terbang rendah menuju pulau Diego Garcia pada 8 Mac yang lalu.


Di akhir post tersebut ada yang menarik diperkatakan
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "

Admin tengah cuba meneliti gambarnya.Dan hasilnya memang benar seperti yang dijangka


Di ambil pada 18 Mac
Koordinat gambar diambil


Smartphone yang digunakan Philip Woods
Dan bila dicari kedudukan koordinat tersebut inilah hasilnya

Sumber: BLOG
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive