Pelan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua
penggal mungkin ditangguhkan kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan
yang menghendaki sokongan dua pertiga anggota parlimen, maklum Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini katanya antara pembaharuan yang perlu ditangguhkan sehingga
Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapatkan sokongan mencukupi di parlimen.
"Satu perkara yang tak mungkin kita lakukan ialah perkara-perkara
yang perlu pindaan perlembagaan ini tak dapat dilakukan kerana kita tak
punyai dua pertiga ahli dalam parlimen
.
"Tetapi berkenaan perkara-perkara tertentu, jika kita dapati kelakuan
dari parti lawan bahawa mereka akan sokong dan memberi sokongan dua
pertiga kepada pindaan, barulah kita akan buat tindakan-tindakan yang
perlu kelulusan dua pertiga daripada parlimen," kata beliau kepada
pemberita pada sidang akhybar selepas mempengerusikan mesyuarat khas
kabinet mengenai antirasuah awal hari ini.
Menyebut had tempoh jawatan perdana menteri sebagai contoh, Mahathir
berkata beliau akan berbincang dengan parti pembangkang tidak lama lagi.
PM akan bincang dengan pembangkang
"Misalnya, apabila kami kata kami mahukan perdana menteri memegang
jawatannya selama satu penggal sahaja, kami perlu memiliki kuasa
tertentu di parlimen. Beberapa perkara itu memerlukan pindaan
perlembagaan.
"Ini antara punca yang menyebabkan kami terpaksa menangguhkan (janji
ini) sehinggalah kami mendapat sokongan yang mencukupi," katanya.
Ketika ditanya wartawan jika HARAPANH akan membincangkan dengan parti
pembangkang mengenai cadangan pindaan berkenaan, Mahathir berkata:
"Kami telah memutuskan hal tersebut sebentar tadi. Selepas ini, saya
akan berbincang dengan pihak pembangkang."
Antara janji manifesto HARAPAN pada PRU14 lalu adalah mengehadkan
tempoh memegang jawatan perdana menteri selama dua penggal sahaja dan
perdana menteri tidak boleh menjawat portfolio menteri kewangan.
No comments:
Post a Comment