GEORGETOWN: Selepas mencetuskan kontroversi kerana mendakwa Tun Dr
Mahathir cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana
Menteri, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani hari ini mahu Bantuan
Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan.
Abdullah
berkata, keputusan kerajaan yang mahu mengurangkan seterusnya
memansuhkan BR1M, adalah satu pengkhianatan kepada rakyat yang memilih
mandat baharu pada pilihan raya lalu.
“Kita tidak boleh khianat manifesto kerana ini adalah janji kita kepada rakyat.
“Kalau
nak mansuhkan juga, kos sara hidup seperti minyak dan sebagainya harus
turun, baru seimbang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam
ini.
Terdahulu, Abdullah yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat PKR menyampaikan ucapan pada Majlis Reformasi 20 Tahun Pulau Pinang.
Dr
Mahathir dalam kenyataannya semalam dilaporkan berkata, BR1M akan
dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.
Mengulas
lanjut, Abdullah berkata, beliau akan menentang pemansuhan BR1M dan
tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan menindas rakyat.
Ditanya
adakah kritikan berkenaan ditujukan kepada pemimpin tertentu, katanya,
beliau menentang sesiapa yang bersetuju dengan pemansuhan BR1M.
“Sesiapa yang bersetuju (dengan cadangan mansuh BR1M), itu yang saya tujukan. Tidak kira saiz atau pangkat mereka,” katanya.
Abdullah
sebelum ini mendakwa Dr Mahathir dan Pengerusi Majlis Penasihat
Kerajaan, Tun Daim Zainuddin mendalangi konspirasi untuk menghalang
Anwar daripada menjadi Perdana Menteri dan mendapat kerjasama Timbalan
Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau bagaimanapun memohon maaf secara terbuka dan menghantar surat kepada Dr Mahathir pada minggu lalu.
No comments:
Post a Comment