Hutang Zaman Mahathir Untuk Apa?



Mahathir membandingkan hutang zaman beliau dan sekarang.
Mengikut blognya, apabila beliau berhenti kerajaan ada hutang sebanyak RM185 bilion. Sekarang hutang kerajaan RM666 bilion.

Mahathir buat apa hutang sebanyak itu?
KLCC dibina guna duit Petronas, Putrajaya duit Petronas, LRT projek penswastaan, monorail duit swasta, lebuh raya duit swasta.

Hampir kesemua projek besar kerajaan Mahathir bercorak konsesi termasuk Putrajaya. Mahathir membina legasi dengan memaksa kerajaan hari ini membayarnya.
Syarikat-syarikat kerajaan seperti TNB, MAS dan banyak lagi telah diswastakan (dijual) yang bermakna kerajaan dapat duit.

Penyediaan janakuasa juga diswastakan dengan tujuan kerajaan tidak perlu berhutang dan kroni makan besar.

Gaji kakitangan kerajaan tidak dinaikkan kerana elak beban kewangan kerajaan.
Jadi RM185 bilion hutang zaman Mahathir tu untuk apa?

Zaman sekarang kita tahu kerajaan bina infrastruktur mega seperti LRT fasa 3, MRT, ECRL, Pan Borneo guna wang pinjaman.

Kerajaan juga terpaksa subisidi berbilion ringgit kepada konsesi lebuh raya dan IPP setiap tahun sejak Tun Mahathir bersara.

Jumlah kakitangan keselamatan, kesihatan, pendidikan bertambah berkali ganda dari zaman Mahathir.

Gaji kakitangan awam dinaikkan supaya sesuai dengan tuntutan zaman. Tidak ada lagi kakitangan awam yang tinggal di setinggan seperti zaman Mahathir.

Hospital, sekolah, lapangan terbang dan empangan bertambah berkali ganda.
Sebahagian hutang negara hari ini juga kerana menanggung masalah tinggalan Mahathir seperti perjanjian berat sebelah konsesi Tol dan IPP. Kerajaan juga terpaksa menyelamat syarikat tenat tinggalan Mahathir seperti MAS dan LRT.

Kita juga mewarisi hutang Mahathir hampir RM200 bilion.

Penulis Ab Jalil Backer
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik