Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Sebelum saya menghentam PPBM, saya sendiri terlebih dahulu telah mengakui bahawa saya telah ditipu untuk memfitnah Perdana Menteri. Adakah mengakui kesilapan itu menjadikan saya seorang yang hina? Tidak.
Malah saya telah merungkai perihal dakwaan ke atas DS Najib berkaitan isu salah laku menerima derma politik RM 2.6 billion dengan fakta dan bahan pembuktian yang jelas dan terang. Ternyata propaganda jahat yang sengaja ditanam di pemikiran saya sejak 2014 adalah dakyah politik jahat yang semata-semata berniat untuk menjatuhkan Presiden UMNO ke 6. Saya tidak marah membabi buta. Saya membela dengan fakta dan bukti.
Saya juga telah bercakap tentang isu 1MDB yang telah diputar belit oleh pembangkang hingga menjerat leher mereka sendiri hari ini. Jika Tun M berjanji untuk menyiasat dan menghukum DS Najib jika berkuasa nanti, nasihat saya kepada ahli PPBM, desaklah Pengerusi PAKATAN HARAPAN untuk menjalankan domestic inquiry ke atas YB Tan Seng Giaw dan YB Tony Pua jika benar jujur. Mereka berdua adalah wakil DAP di dalam PAC yang telah menyatakan bahawa DS Najib Razak tidak bersalah dalam isu 1MDB dan wang RM 2.6 billion yang saya heret ke mahkamah itu bukan wang dari 1MDB.
Dan jika benar Tun M jujur, jawablah soalan saya tentang bagaimana beliau boleh memegang aset UMNO di atas nama peribadi beliau dalam syarikat Realmild yang memiliki MRCB, NST dan TV3 pada tahun 2000 bersama penerima dedak yang juga kroninya Dato A Kadir Jasin.
Mengapa Dato A Kadir Jasin boleh membeli saham syarikat milik UMNO, menjualnya dan sehingga kini gagal membuktikan bahawa wang tersebut telah dipulangkan kepada UMNO.
Paling tidak, tolong berikan tarikh dan masa yang sesuai untuk saya memohon kerjasama saudara Arul Kanda untuk hadir di Ibu Pejabat PPBM bagi menerangkan kepada Tun tentang 1MDB. Jika Tun mahu, saya sendiri akan mengiringi saudara Arul Kanda ke sana. Saya akan masuk ke kubu anda sebagai seorang bekas Pengasas Bersama PPBM.
Dan jika benar Tun ikhlas pada hari ini, mahukah Tun berjanji kepada rakyat Malaysia pada hari ini bahawa Tun akan menyiasat TS Rafidah Aziz jika Tun menjadi PM ke 7?
Jika apa yang saya perjuangkan hari ini salah, Tun arahkanlah PDRM untuk menangkap saya pada hari pertama Tun menjadi PM ke7. Saya tidak akan ke mana-mana, Tun. Saya akan menunggu untuk dibawa ke tahanan siksaan Tun pada Subuh pertama tersebut di Masjid Padang Matsirat, Langkawi, yakni tempat di mana saya akan mengundi BN pada PRU14.
Jika dulu saya benar-benar mempercayai pembohongan Tun hingga saya pernah memberitahu peguam saya untuk menjaga kebajikan anak-anak saya jika saya ke penjara atau dibunuh, malah saya pernah berjanji akan menyokong Tun hingga hujung nyawa, hari ini saya U TURN mengikut cara Tun untuk mempertahan kan maruah bangsa saya dari hancur di tangan kuasa parti rasis yang Tun pohon maaf baru-baru ini.
Jika Tun benar-benar mahu pohon maaf, bukan pada mereka, Tun. Bukan pada DS Anwar Ibrahim yang dokumen pembuktiannya jelas di fail mahkamah, bukan pada Hindraf, Tun. Tetapi pohonlah maaf kepada Allah SWT kerana Tun telah mengkhianati kami.
Jika ada yang menggelarkan saya Joan of Arc kerana menjadi satu-satunya rakyat di dunia ini yang berani menyaman Perdana Menteri sendiri di mahkamah atas tuduhan salah laku kewangan, bagi saya KEBERANIAN YANG SEBENAR adalah apabila saya berani memohon maaf kerana telah diperdayakan untuk memfitnah Perdana Menteri.
Ya mungkin saya diketawakan oleh segelintir individu yang masih marah dengan saya dalam UMNO. Tetapi Saya juga ingin tegaskan bahawa lebih 3 juta ahli UMNO (termasuk saya ketika itu)juga pernah di tipu oleh Tun M dan tali barutnya iaitu TS Muhyiddin hingga Presiden UMNO ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dipaksa untuk melepaskan jawatannya. Sehingga kini Tun Abdullah tidak pernah didakwa atau dibuktikan bersalah di mana-mana mahkamah.
Jika saya malu, saya hanya malu kerana walau apapun yang telah saya lakukan kepada DS Najib Tun Razak, insan yang berkuasa sebagai Perdana Menteri itu tidak pernah menjentik, menganggu, mengugut ataupun memenjarakan saya.
Lebih 2 tahun saya di pentas politik di hadapan ribuan manusia seluruh negara, saya telah menggelarkan beliau sebagai Penyangak, Pencuri, dan Penyamun yang Bangsat. Jika tanya saya apa erti anak lelaki, Perdana Menteri Malaysia ke 6 adalah anak jantan yang sebenar.
Jika anda pernah menonton sebuah filem bertajuk The Count of Monte Cristo (sebuah filem tahun 2002 berlatar belakangkan dunia kapal perdagangan Perancis sekitar 1815). saya umpama Jocopo yang secara sukarela bangun untuk membela Edmond Dantes yang telah difitnah, dianiaya dan disiksa akibat ketamakan kuasa dan harta oleh Danglars dan Fernand Mondego. Jocopo membantu Edmond Dantes atas dasar kepercayaan, keyakinan dan perikemanusiaan tanpa di minta atau dibayar oleh Edmond Dantes.
Saya boleh lenyap dari dunia politik selepas Disember 2016, namun saya bangkit melawan PPBM hari ini atas dasar kepertanggungjawaban kepada bangsa saya yang berpecah belah dan kacau bilau dan saya mahu melihat DS Najib dibela dan mendapat keadilan di atas segala fitnah dan pengaiban yang ditanggung beliau sejak 2014.
Fitnah, maki dan cercalah saya, niat di hati manusia adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya. Percayalah, tidak kemana pun pendustaan yang dibawa oleh pengkhianat bangsa.
Kepada YAB DS Najib Tun Razak, samada DS sedar atau tidak apa yang saya lakukan hari ini dan walau seumur hidup tidak pernah berjabat salam, saya mahu DS tahu bahawa apa yang saya lakukan hari ini adalah kerana saya seorang insan yang dikurniakan Allah hati dan fikiran sebagai manusia. Tidak perlu bertemu hingga akhir usia juga tidak mengapa. Saya hanya tunaikan tanggungjawab sebagai insan. Jika fitnah adalah makanan pengkhianat negara, biar mereka tersungkur musnah dalam balasan Allah pada PRU14.
Jika anda fikir saya takut, ya saya takut. Saya takut dosa saya kepada bangsa saya tidak cukup terhapus dengan apa yang sedang saya usahakan hari ini.
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA
No comments:
Post a Comment