KUALA LUMPUR 14 Mac – Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai individu yang tidak bertanggungjawab selepas menuduh pihak polis mendorong beliau untuk memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 atas kesalahan rasuah dan liwat.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Muhammad Muhammad Taib mendakwa, beliau mendengar sendiri bagaimana
bekas Perdana Menteri itu pernah berkata bahawa dirinya telah menemubual
mangsa-mangsa pada ketika itu, dan langsung tidak pernah menyebut
tentang campur tangan polis berhubung kes berkenaan.
Jelas beliau, pada masa itu semua pihak
mempercayai Dr. Mahathir kerana mana mungkin beliau berbohong tentang
sesuatu perkara yang serius dan berat seperti itu.
“Saya
nak timbulkan sesuatu, kalau tak silap semalam Dr. Mahathir cuba
mengubah persepsi, dia kata yang tangkap Anwar ini, yang pergi dakwa
Anwar ini semua (adalah kerja) polis bukan dia, jadi terang-terang depan
rakyat satu Malaysia ini.
“Kita ini (saksi)
semua hidup lagi. dia kata dulu, saya dengar sendiri dia kata pasal kes
Anwar, dia kata dah panggil semua mangsa-mangsa dan temu bual sendiri
mangsa. Macam mana dia boleh buat macam ini, ini bukan benda kecil,
seluruh pasukan polis dan bekas ketua polis macam mana sekarang,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika
menjadi tetamu dalam forum Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Memahami
Mahathirism di Facebook UMNO Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment