LELAKI MENGAMUK DAN MENIKAM MANGSA SELEPAS PELANCARAN TABUNG HARAPAN NEGARA

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Image may contain: one or more people and people sitting
Image may contain: one or more people and people sitting
Image may contain: one or more people

SEPANG: Akibat gagal mengawal kemarahan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan nekad menikam lima remaja yang juga jirannya serta rakan mereka dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans selepas dihubungi orang ramai.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca akibat perbuatan mangsa yang sering membuat bising, terutama pada waktu malam sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, suspek sebelum ini sering menegur mangsa supaya tidak membuat bising pada waktu malam, namun teguran itu tidak diendahkan.

"Suspek juga pernah menegur rakan kepada jirannya itu supaya pulang dan tidak membuat bising tetapi tidak diendahkan.

"Suspek juga dikatakan rasa tercabar dengan perbuatan jirannya itu yang sering membunyikan ekzos motosikal pada waktu malam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, berikutan itu, suspek kemudian mengambil pisau di rumahnya dan pergi ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan dan menikam semua mangsa.

"Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri manakala, kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.
Share:

BATAL PROJEK RAKYAT (HSR) KERANA DENDAM ???



HSR: Kerajaan digesa bersikap telus dalam keputusan untuk membatalkan projek tersebut.
1. Projek keretapi laju HSR Singapura – Kuala Lumpur bukan diilhamkan hanya berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh satu negara sahaja. Keputusan untuk projek ini dibuat berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap manfaat dari kos yang dibuat oleh kedua-dua pihak bertahun lamanya yang turut membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi kedua-dua negara.

2. Projek ini mempunyai potensi untuk membentuk masa depan dan bagaimana kita dapat bekerjasama bagi faedah bersama. Kajian turut menunjukkan Malaysia adalah penerima manfaat utama bagi projek ini memandangkan majoriti landasan adalah di negara ini. Menggabungkan secara integrasi dua bandar utama dan ekonomi di Asia Tenggara akan menghasilkan manfaat yang besar yang melangkaui jualan tiket dan kos bagi infrastruktur itu.

3. Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi dan visi kita untuk Malaysia baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk kerjasama antara dua negara, meningkatkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan gaya serta taraf hidup lebih baik untuk semua rakyat.
Ia juga akan mewujudkan satu pusat pertumbuhan baharu dan memberi nafas baharu kepada bandar seperti Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Melaka dan Seremban di mana manfaat berganda daripada projek ini adalah sangat besar.

4. Pada ketika kita memahami bahawa ia adalah prerogatif kerajaan baharu Pakatan untuk membatalkan projek ini, saya kecewa dengan keputusan terburu-buru untuk membatalkan projek ini dan menggesa kerajaan untuk bersikap lebih telus dan mengadakan rundingan sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan ekonomi, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Saya turut merasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi pencerahan bagaimana keputusan dibuat kerajaan BN terdahulu bersama kerajaan Singapura bagi projek ini.

5. Pertama, kerajaan baharu mendakwa kos projek ini adalah RM110 bilion. Jawatankuasa bersama Malaysia – Singapura, sehingga awal tahun ini telah mengunjurkan kos bagi projek ini adalah kira-kira RM72 bilion, termasuk pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia, *berasaskan kepada* penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini.

6. Kos sebenar hanya diketahui apabila tender sepenuhnya bagi merekabentuk, membina, pembiayaan dan penyelenggaraan kesemua stok guling (rolling stock) dan aset keretapi HSR, yang dijangka ditutup sepenuhnya pada 28 Disember, 2018.

7. Sehubungan dengan itu, kerajaan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka RM110 bilion? Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara?’

8. Saya juga terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR.

9. Realitinya, projek infrastruktur seperti HSR ini, membawa pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah, kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dari Singapura serta pelancongan.

10. Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir apakah projek-projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja? Sudah tentu tidak.

11. Projek-projek infrastruktur ini mendatangkan pulangan kepada negara dari segi kepesatan ekonomi. Kerajaan akan meraih pendapatan daripada cukai yang diperoleh daripada ekonomi yang lebih rancak. Manakala, rakyat pula mendapat kemudahan dan peluang pekerjaan kerana dapat berhubung dengan mudah.

12. Rasional yang sama digunakan dalam pembinaan HSR ini. Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, *laluan penerbangan Kuala Lumpur Malaysia adalah yang tersibuk di dunia*. Terdapat permintaan yang luar biasa terhadap perjalanan Kuala Lumpur-Singapura ini. Kerana itulah HSR ini sebenarnya sangat menguntungkan negara.

13. Saya juga ingin bertanya adakah agensi terlibat dengan projek ini sudah diberi ruang untuk membentangkan kes mereka kepada kabinet dan Majlis Penasihat Kerajaan? Adakah kajian impak ekonomi dan penilaian impak alam sekitar sudah dibentangkan dan dipertimbangkan? Bolehkah kajian ini kini didedahkan kepada umum?

Unjuran yang terkandung dalam laporan berkenaan yang pernah saya lihat menunjukkan manfaat ekonomi sehingga RM650 bilion bagi GNI sehingga 2069. Manakala akan wujud 110,000 peluang pekerjaan dan ia diunjurkan akan meningkat sehingga 442,000 menjelang 2069. Untuk lebih telus, laporan ini seharusnya ditunjukkan kepada orang awam sebagaimana dilakukan kerajaan BN sebelum ini ketika laporan dipamerkan kepada orang ramai untuk maklum balas.

14. Adakah pembatalan ini adalah keputusan seorang sahaja? Saya difahamkan Menteri Pengangkutan baharu telah membuat kenyataan bahawa projek HSR ini tidak pernah dibincangkan dalam kabinet manakala Menteri Kewangan baharu enggan memberi ulasan tentang pembatalan projek HSR ini.

15. Projek HSR ini adalah projek jangka panjang dengan pelaburannya akan dapat diperolehi kembali pada dekad mendatang, dari pertumbuhan trafik selain kesan limpahan manfaat ekonomi berkaitan projek ini.

16. Impak ekonomi dari projek HSR ini juga turut mengambil kira analisa kewangan dan laporan Bank Dunia bagi unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini dan beberapa tahun akan datang.

17. Dengan pembatalan projek ini, prospek pertumbuhan KDNK Malaysia akan menyusut dan pertumbuhan peluang pekerjaan akan terencat? Kerajaan baharu perlu mengambil kira faktor ini dan mempunyai langkah pilihan bagi mengisi jurang kekurangan ini.

18. Zaman kini sudah berubah dan ekonomi hari ini lebih sofistikated dari dulu dan adalah mengecewakan jika Perdana Menteri gagal melihat pulangan projek ini sebagai pemangkin ekonomi seperti HSR ini di luar skop hasil jualan tiket sahaja. Jangan membuat keputusan semata-mata kerana dendam kesumat terhadap individu ataupun Kerajaan Barisan Nasional. Keputusan yang dikaburi emosi hanya akan merugikan rakyat.

- Najib Razak -

Share:

RIBUAN ANAK MUDA KUANTAN BANJIRI LOKASI YANG 'DIJUAL' KEPADA CHINA



TUN MAHATHIR AKUI SILAP TUDUH DATO SERI NAJIB JUAL KEDAULATAN NEGARA DAN PROJEK DENGAN CHINA DITERUSKAN

Berduyun-duyun anak muda dari seluruh negara datang ke Qinzhou Park, Kuantan untuk peluang pekerjaan.

Dulu projek ini dikatakan menjual kedaulatan negara. Sekarang mengaku ianya taktik raih undi untuk pilihanraya!

Padan muka rakyat kena tipu!

Macam mana lah saya nak terangkan kepada rakyat supaya mereka faham kenapa saya katakan saya tidak lagi boleh menyokong Tun Mahathir?

Tetapi orang Melayu ni kurang cerdik mindanya. Maaf saya cakap. Tapi terima lah kenyataan ini. Mereka taksub kepada orang yang membina bangunan berkembar tertinggi di dunia. Tapi hari ni pembina nya sendiri akan jual kedaulatan negara dengan mengapungkan Petronas.

Kalau dah tumbang kerajaan Melayu, dan sekarang baru nak siasat maknanya selama ni UMNO tumbang tu sia-sia lah. Tiada bukti penyelewengan pun. Semuanya cakap-cakap kosong.

Sperma pun boleh terbang masuk bontot orang zaman sekarang ni. Jadi, gunakan lah petunjuk itu untuk mengesan plot drama tamil ini.

Rakyat sudah memilih. Terpaksa lah saya cakap anda tidak cerdik. Marah lah saya. Bukan saya yang tolong undi untuk anda. Anda yang undi sendiri.

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

#EmpiricalWatch

Image may contain: sky, house and outdoor
Image may contain: 2 people, people standing and crowd
Image may contain: 1 person
Image may contain: one or more people, people standing, crowd, basketball court, sky and outdoor
Image may contain: car and outdoor
Image may contain: car and outdoor
Image may contain: outdoor
Share:

Masa untuk bekerja, bukan masa menyerang kerajaan terdahulu - Anwar Ibrahim

PERMATANG PAUH:

Sekarang adalah masa untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dan bukannya masa untuk Pakatan Harapan (PH) menyerang pihak lawan.

Itu ingatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ( PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua wakil rakyat  PH yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) .


Anwar berkata, sebagai wakil rakyat mereka perlu menunjukkan kesederhanaan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik.


Tambahnya, untuk menempa kejayaan PH tidak seharusnya bergerak atas dasar dendam.


“Saya pesan kepada kita yang sudah menang tetapi tidak perlu menyerang lawan.

"Tumpuan kita adalah untuk memastikan orang yang menang ikut amanah, baik tunjuk kesederhanaan dengan mengelak dari kegiatan boros dan rasuah yang kita serang dulu,” katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana di Yayasan An-Nahdhoh, di Permatang Pauh pada Jumaat.


Dalam pada itu, Anwar berkata zaman kini adalah zaman kebebasan media dimana setiap wakil rakyat akan sentiasa dipantau oleh rakyat.


Justeru mereka perlu menunjukkan komitmen sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang selama ini setia menyokong serta memberi kepercayaan kepada PKR dan PH.
Share:

BELUM TENTU BELIAU BERSALAH,NAJIB PERLU CARI PEGUAM TERBAIK - ANWAR IBRAHIM


JAKARTA: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC International Sdn Bhd, akan dilakukan secara adil dan bebas.

Anwar meminta semua pihak tidak menjatuhkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu sebelum siasatan rapi dan pelaksanaan undang-undang dipatuhi sepenuhnya.

Namun nasihatnya kepada Najib: "Kepada beliau (Najib) nasihat saya, cari peguam bela yang baik," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie, bersempena sambutan 20 tahun reformasi Indonesia di sini, hari ini.

Anwar yang mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu, berharap apa juga siasatan terhadap Najib akan dilakukan secara adil dan bebas.

Pengampunan penuh Anwar dibentang dan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Seri Azam Baki sebelum ini berkata Najib dikehendaki hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, Selasa ini, bagi membantu siasatan SPRM melibatkan kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes membabitkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Mengenai pertemuan dengan Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin atau lebih dikenali BJ Habibie yang berlangsung hampir tiga jam di kediaman BJ Habibie di Jalan Patra Kuningan, di sini, Anwar berkata pertemuan itu atas undangan BJ Habibie, bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Reformasi Indonesia.

Anwar berkata tahun 1998 adalah tahun keramat bagi Malaysia dan Indonesia dan tarikh 21 Mei 1998 diingati rakyat Indonesia sebagai tarikh jatuhnya rejim Orde Lama dan bermulanya zaman peralihan kuasa serta pengukuhan institusi demokrasi yang berlaku dengan pentadbiran Presiden BJ Habibie.

"Sementara itu, pada 2 September 1998 diingati rakyat Malaysia sebagai tarikh bermulanya kejatuhan rejim Barisan Nasional (BN) yang akhirnya selesai hampir dua dekad kemudian pada 9 Mei 2018," katanya.

Anwar berkata pertemuan dan perbincangan dengan BJ Habibie akan mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua negara serta memperkukuh iltizam melaksana agenda reformasi di Malaysia.

Selain itu Anwar berkata kerajaan PH akan melaksanakan agenda secara lebih spesifik, antaranya mengukuhkan lagi badan kehakiman, kebebasan media yang lebih adil dan program pembasmian kemiskinan yang lebih tersusun. - BERNAMA
Share:

JANGAN JATUH HUKUM PADA NAJIB SEBELUM MAHKAMAH - ANWAR IBRAHIM


KUALA LUMPUR : Sebarang proses pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu mengikut proses dan lunas undang-undang.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata orang ramai tidak boleh menjatuhkan hukuman sehingga mahkamah membuktikan bekas Perdana Menteri itu bersalah.

"Orang kata Najib bersalah, tapi kita kena ikut proses. Saya beritahu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan dia kata, pergi cari dokumen.

"Saya setuju tetapi kenalah ikut proses. (Perasaan) marah kita, benci kita, jangan menyebabkan kita tinggalkan landasan hukum.

"Negara ini ada hukum dan kita berjuang untuk tegakkan hukum, bukan hukum rimba (law of jungle). Walaupun kita percaya ada cukup alasan untuk mendakwa Najib, kita mesti ikut proses, (ada) prima facie yang cukup kuat sebelum dakwa," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Iftar Anwar Ibrahim bersama 500 penyokong di kediamannya di Bukit Segambut, malam tadi, yang disiarkan portal MediaRakyat, di saluran Youtube.

Mengulas lanjut, Anwar mengingatkan penyokong PH untuk tidak menjadikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai proses membalas dendam kepada musuh.

Katanya, rakyat diingatkan untuk tidak menzalimi orang lain, sebaliknya bersyukur dengan kemenangan itu bagi menegakkan keadilan.

"Jangan kemenangan kita itu menghilangkan rasa syukur kepada Allah. Kalau kita syukur, kita kena ikut perintah Allah. Jangan kita kata syukur kepada Allah, kita bantai dia (Najib), terus suruh tangkap. Itu namanya dendam.

"Bukan mudah untuk kita bawa perubahan. Apa yang penting adalah kita tegakkan undang-undang," katanya.

- Berita Harian - 
Share:

Siasatan 1MDB atau Pembunuhan Karektor?



1. Menggeledah rumah Najib dan keluarga kemudian mengangkut keluar harta-harta peribadi di hadapan media bukanlah satu bentuk siasatan, tetapi "witch-hunt" bagi mewujudkan kebencian rakyat biasa kepada pentadbiran lalu.

2. Kita faham jika barangan yang diambil membabitkan pembelian oleh 1MDB. Namun sehingga hari ini kita semua tahu tuduhan dan dakwaan kononnya berlaku penyelewengan wang 1MDB berlaku di luar negara.

3. Jadi atas sebab apa semua barang-barang seperti beg tangan dan jam diambil oleh Polis? Apakah barang-barang yang diambil tersebut sama dibeli menggunakan akaun 1MDB?

4. Apa yang nampak sekarang ialah kempen persepsi hendak memburukkan Najib Razak semata-mata dan mengalihkan isu sebenar mengenai pentadbiran negara hari ini yang penuh kekusutan dan "cempeqa".

5. Bekas Peguam Negara Ghani Patail menyatakan beliau telah mempunyai bukti untuk mendakwa Najib sebelum dipindahkan. Ghani adalah orang yang mengusung tilam ke mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim dan menyebabkan kita hilang Pulau Batu Putih.

6. Jika sudah ada kertas pendakwaan ketika itu mengapa perlu ada apa-apa siasatan dan "agenda setting" lagi? Dakwa sahajalah. Apakah pada masa itu Ghani mereka-reka kertas pertuduhan kerana berkonspirasi dengan Tun Mahathir?

7. Seluruh episod ini hanya membuktikan satu perkara, Tun Mahathir tidak pernah berubah.

8. Beliau akan membuat apa sahaja untuk menjayakan matlamat dan cita-citanya. Ini termasuklah melantik orang yang ada kes rasuah di Mahkamah sebagai Menteri Kewangan.

Penulis - Ab Jalil Backer
Share:

POLIS SERBU RUMAH AHLI KELUARGA NAJIB, KASUT 'BABY' ANTARA YANG DIRAMPAS



1. Rumah salah seorang ahli keluarga Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah digeledah oleh pihak PDRM selama lebih 10 jam dan barang - barang peribadi seperti hadiah kahwin, barang hantaran, beg tangan dan sebagainya telah dirampas.

2. Malah kasut - kasut bayi kepunyaan cucu kepada Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak juga turut dirampas oleh pihak berkuasa.

3. Bukan itu sahaja, pembantu rumah di rumah tersebut juga dilaporkan disuruh oleh pihak yang membuat serbuan untuk menyediakan makanan untuk beberapa orang pihak berkuasa. Malah makanan di dalam rumah tersebut habis dimakan oleh pihak polis semasa serbuan.

4. Apa yang pelik tentang serbuan dan rampasan yang dilakukan pada lewat malam semalam adalah komputer dekstop dan komputer riba di dalam rumah tersebut tidak pula diambil, ini menimbulkan tanda tanya sama ada serbuan tersebut benar-benar untuk mencari bukti 1MDB atau ada agenda lain.

6. Walaupun pihak polis membuat kenyataan bahawa serbuan dilakukan dengan professional, namun realiti sebenar adalah berlainan, seperti yang berlaku di atas. Mungkin ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan dan mengaibkan mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut dan ahli keluarga beliau.

7. Seperti orang lain, Datuk Seri Najib adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Namun beliau dan keluarga beliau sejak dari zaman ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak dan ibunda beliau Tun Rahah telah banyak berjasa kepada negara, tanahair dan rakyat selama berdekad lamanya. Apakah kerana geram dan dendam semua ini dilupa dan beliau kini dicerca dan dihina?

8. Marilah kita berdoa dalam bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT melindungi orang-orang yang teraniaya.

Sumber - Artikel Viral
Share:

JANGAN DENDAM KEPADA NAJIB - ANWAR IBRAHIM

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu orang lain melalui pengalamannya yang dituduh dan disabitkan kesalahan tanpa melalui proses sewajarnya di bawah undang-undang.

Bercakap kepada kira-kira 500 penyokong yang menghadiri majlis berbuka puasa di rumahnya di Segambut di Kuala Lumpur malam ini, Anwar menegaskan perkara itu meskipun beliau percaya ada bukti mencukupi untuk mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


- Gambar Hiasan -

"Walaupun saya percaya ada cukup alasan untuk mendakwa Datuk Seri Najib, tapi adakah saya boleh arah untuk dakwa dia? Tidak. Dia mesti ikut proses, dapatkan kes prima facie yang cukup kuat sebelum dakwa.

"Boleh kita atur hukum hakim? Tak boleh. Kena melalui proses itu," kata.
Bersempena bulan Ramadan, Anwar juga mengingatkan penyokongnya agar bersyukur ke hadrat Allah SWT dan tidak menyimpan dendam terhadap mana-mana individu.

"Jadi saya nak sebut jangan kemenangan kita itu menghilangkan rasa syukur kepada Allah. Kalau kita syukur kita ikut perintah Allah.

"Ini kita syukur kepada Allah tapi kita cakap kita bantai dia (Najib), tangkap dia. Ini tak kena sebab itu namanya dendam," katanya.

Kenyataan Anwar malam ini dibuat sehari selepas polis melancarkan serbuan ke rumah Najib di Jln Langgak Duta dan dipercayai masih berterusan sehingga kini.

Anak perempuan Anwar yang juga naib presiden PKR Nurul Izzah, sebelum ini mengutuk serbuan pihak berkuasa itu dan menyamakan pengalamannya ketika bapanya ditangkap.

"Sebagai bekas mangsa serbuan pada awal pagi, saya mesti tegaskan bantahan saya terhadap penggeledahan pada mana-mana rumah pada waktu yang tidak sewajarnya," katanya.

Tegakkan hukum, bukan hukum rimba
Anwar berkata beliau telah menyampaikan mesej yang sama kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keperluan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang semasa pertemuan mereka hari ini.

"Saya beritahu kepada Tun M, dia kata pergi cari dokumen dan sebagainya. Saya setuju tapi beliau kena ikut proses.

"Marah kita, benci kita jangan menyebabkan kita tinggal landasan hukum. Negara ini ada hukum dan kita berjuang untuk tegakkan negara hukum, bukan hukum rimba," katanya.

Terdahulu, Mahathir terdahulu hari ini menafikan campur tangan terhadap urusan polis dan mengatakan serbuan itu dibuat berdasarkan prosedur operasi standard.

Beliau juga berkata tidak berniat untuk 'menyeksa' sesiapa dan mahu setiap individu dilayan dengan baik.

Share:

ANWAR IBRAHIM AKAN DIBEBASKAN ESOK (SELASA)



MESYUARAT Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim esok diawalkan kepada jam 11 pagi dan bukannya 5 petang seperti diberitahu sebelum ini.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya berkata, pihaknya mendapat pengesahan itu melalui setiausaha parti sebentar tadi.

"Mesyuarat akan berlangsung di Istana Negara dan akan dihadiri oleh Tuanku DYMM Agong (Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V), Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota lain.

"Pembebasan Anwar dijangkakan berlaku lebih kurang tengah hari esok dan semua anggota parti serta penyokong dicadang berkumpul di perkarangan Hospital Rehabilitasi Cheras untuk menyambut beliau," katanya.

Sehingga jam 3.40 petang Nurul Izzah masih berada di pusat rehabilitasi berkenaan melawat bapanya sejak 1.13 tengah hari tadi, manakala beberapa wakil media terus berkumpul sejak pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini Anwar.

Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik