Bercakap kepada kira-kira 500 penyokong yang menghadiri majlis berbuka puasa di rumahnya di Segambut di Kuala Lumpur malam ini, Anwar menegaskan perkara itu meskipun beliau percaya ada bukti mencukupi untuk mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
- Gambar Hiasan -
"Boleh kita atur hukum hakim? Tak boleh. Kena melalui proses itu," kata.
Bersempena bulan Ramadan, Anwar juga mengingatkan penyokongnya agar bersyukur ke hadrat Allah SWT dan tidak menyimpan dendam terhadap mana-mana individu.
"Jadi saya nak sebut jangan kemenangan kita itu menghilangkan rasa syukur kepada Allah. Kalau kita syukur kita ikut perintah Allah.
"Ini kita syukur kepada Allah tapi kita cakap kita bantai dia (Najib), tangkap dia. Ini tak kena sebab itu namanya dendam," katanya.
Kenyataan Anwar malam ini dibuat sehari selepas polis melancarkan serbuan ke rumah Najib di Jln Langgak Duta dan dipercayai masih berterusan sehingga kini.
Anak perempuan Anwar yang juga naib presiden PKR Nurul Izzah, sebelum ini mengutuk serbuan pihak berkuasa itu dan menyamakan pengalamannya ketika bapanya ditangkap.
"Sebagai bekas mangsa serbuan pada awal pagi, saya mesti tegaskan bantahan saya terhadap penggeledahan pada mana-mana rumah pada waktu yang tidak sewajarnya," katanya.
Tegakkan hukum, bukan hukum rimba
Anwar berkata beliau telah menyampaikan mesej yang sama kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keperluan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang semasa pertemuan mereka hari ini.
"Saya beritahu kepada Tun M, dia kata pergi cari dokumen dan sebagainya. Saya setuju tapi beliau kena ikut proses.
"Marah kita, benci kita jangan menyebabkan kita tinggal landasan hukum. Negara ini ada hukum dan kita berjuang untuk tegakkan negara hukum, bukan hukum rimba," katanya.
Terdahulu, Mahathir terdahulu hari ini menafikan campur tangan terhadap urusan polis dan mengatakan serbuan itu dibuat berdasarkan prosedur operasi standard.
Beliau juga berkata tidak berniat untuk 'menyeksa' sesiapa dan mahu setiap individu dilayan dengan baik.
No comments:
Post a Comment